In The Darkness

Monday, June 15, 2020

Aku jenis yang kalau terbangun malam nak pergi tandas memang jenis yang malas bukak lampu. Zaman hostel dulu pun bangun malam pergi tandas tak berteman. Pendek kata, apa yang cuba cakap adalah, aku tak takut pergi tandas sorang-sorang, tak bukak lampu.

Tapi aku memang annoyed masuk tandas yang sekelumit cahaya pun tak ada. Contohnya tandas ofis aku. Aku tak tau la sengkek level mana dah ofis ni sampai lampu tiga batang pun takleh tukar. End up kami-kami ni nak kena suluh pulak kalau masuk tandas. Kalau terlupa bawak phone pergi tandas, tawakal jela aim ke tempat betul. Taik yang dah keluar pun pikir balik nak u-turn ke tak dek kerana kegelapan.

Ini cerita minggu lepas. Ingin aku tegaskan di sini, aku tak takut masuk tandas gelap sorang-sorang. Tapi kejadian ni buat aku fikir dua tiga kali nak masuk tandas gelap lepas waktu senja. Masa tu dah dekat pukul 7. Aku tengah ready-ready nak balik. Terpaksa stay back sebab ada kerja yang belum usai. Sambil duk menunggu laptop shut down, (dan-dan dia nak update dulu baru mati) aku berfikir-fikir hmm patut tak aku pergi tandas dulu? Menengokkan peratusan updating tu macam sempat melabur aku cam, jangan buang masa. Moh le kita membuang apa yang patut.

Time ni dah ramai yang balik. Kubikel hujung blok dah bergelap. Tinggal dua tiga lampu je yang masih hidup so suasana agak suram. Aku pun bergerak la ke tandas yang beberapa langkah dari kubikel aku tu. Baru je duduk tiba-tiba dengar air kat tandas sebelah.. "Oh ada orang lagi?" Aku tanya dalam hati jela sebab macam buang tebiat  pulak nak berborak dengan orang tandas sebelah. Dah la gelap gelita. Tiba-tiba nak bertegur sapa, macam tak kena kan?

Tapi aku cam pelik sebab macam tak dengar orang masuk tandas. Mungkin ke bunyi air dari level atas? So aku ignore jela. Elok aku selesaikan urusan buang membuang dari duk pikir hal tandas sebelah. Aku baru nak bangun dari seat tandas dengar orang cam berdehem. Tapi bukan dari tandas sebelah, instead dalam tandas yang aku tengah duduk ni.

Hah kau kalau dah dengar tepi telinga ko rasa sempat lagi nak bertenang? Dalam keadaan panik nak bukak kunci selak (ni pun aku tak paham jugak, macam mahal sangat je nak tukar tombol) aku tertekan power button phone. Phone Redmi kalau kau tekan power button masa dia tengah sleep, automatik dia off flashlight..

Ummm!!!

Elok pintu bukak je aku terus bukak langkah seribu, tak pandang belakang dah. Memang tak la aku masuk tandas tu time lewat-lewat petang.

“Wehh..”


Adieu

4 comments:

  1. haha thats sounds scaryyy. Senja and gelap, great combo. lepas ni membuang dekat tandas lain je la

    ReplyDelete
  2. aa seram.. kenapa dekat sangat bunyinya

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*