wajah baru

Friday, January 28, 2011

ok..ini sementara sahaja..tengah tunggu interior designer blog siapkan design baru..berpuas hati la dengan apa yang ada ni..

adieu

akak, boleh mintak tolong tak?

Thursday, January 27, 2011





" 1..2..3.."


sherry duk main alat senaman kat tepi tasik UTM. gigih sungguh..


" best ke Sher?"aku tanya

"13,14,15..haah..best jugak"

aku peluk tiang besi tengok sherry yang gigih. aku? segan la, ada ramai sangat orang tengah tengok. tiba-tiba..

"akak, boleh tolong tak?"

serentak, aku sherry & kalle pusing tengok budak pompuan pakai baju kurung dengan papan tulis kat tangan, sebelah dia budak ala-ala nerd duk kelek DSLR..

budak tu hulur air tin power root..

" boleh tak jadi model promosi air ni? POwer Root mintak kitorang amik gambar lima orang student UTM untuk promosi keluaran terbaru ni"

Kalle tergelak besar. aku tanpa sepatah kata, mengatur langkah seribu, berlari ke bangku jauh di hujung jalan..

"AKU TAKNAK!!!" jerit separuh suara di pertengahan jalan..

maaf..aku bukan model..



adieu

nerd : kami tak bodoh [2]

Saturday, January 22, 2011

part deux everyone..


memandangkan kegagalan untuk berpindah sekolah disebabkan oleh latar belakang kokurikulum yang lemah (hey, don't blame me...sekolah tu memang tak bagi peluang kitorang aktif) aku tersadai lagi kat sekolah yang sama. niat untuk berpindah ke sekolah teknik juga ditentang keras oleh kawan karib aku cik yus dan cik ana. kononnya rindu..nanti payah nak jumpa. the fact is sekolah teknik yang dimaksudkan tu dalam sejengkal je. sangat drama la kami di zaman remaja.

bermula di tingkatan empat aku jadi jahat sikit.tak jahat sangat-sangat tapi ada jugaklah monteng kelas..dalam seminggu tiga kali je pergi sekolah sampai cikgu kelas datang jumpa aku tanya apa problema aku time tu. aku cakap sakit kepala. damn..dah takleh ponteng. cikgu dah perasan. serius aku ingat aku time tu sangat insignificance sampai takde orang perasan aku pergi sekolah ke tak.

terdengar kabar berita lelaki yang digilai sudah berkapel dengan kenalan di sekolah baru. aduh.. macam tertusuk panah beracun rasanya time tu. time ni aku dah mula berjinak dengan handphone. sangkutlah seorang mamat utara jadi marka che. pakwe pun setakat mesej.almaklumlah jauh..

orangnya baik tapi suka buat aku rimas sebab ayat wajib dia ni setiap kali mesej..

"Hidayah budak baik"

aku terlampau fed up dengan label tu sampai satu masa aku pun tak tahan lalu jatuhlah talak ke atas mamat capoera yang tak pernah ku tatap wajah baby facenya itu. sorry..aku memang kejam. aku tak baik pun..walaupun aku nerd..

bakal bersambung...

robocop

fes day keje kat bengkel abah aku..

aku bukan anak manja yang tau mintak itu ini je ngan bapak aku.
aku keje gak tolong my dearest old man..jangan tau nak mengikis duit
mak bapak je. tengok, berjaya gak wt robocop sebijik


perkenalkan..nama dia Sapek
tu bapak ku yang tersayang..abah, cool gila ah!

jangan tertipu.kecik je benda ni..

say hi to Sapek..dia cacat..jangan keji dia..


ok..tu je.. adieu..

nerd : kami tak bodoh

aku nerd..aku tau..

masa aku kat sekolah menengah dulu, aku pakai spek bulat, tudung bulat & segalanya pun bulat jugak..orang tak kenal siapa Nur Hidayah binti Abdul Halim kelas 2 as-saff. aku jalan tunduk sebab segan dengan orang. hobi aku melukis tak kira waktu.tak lupa juga membaca kamus KBSR. ya..aku tak buat lawak.aku memang suka baca kamus. tak tahu la kenapa. novel lak memang aku anti walaupun mak aku seorang penulis novel.

tak ada yang special pasal aku. aku bukan anak orang kaya. mak sedara aku bukan orang besar yang ada pengaruh kat sekolah tu. tak jugak bapak sedara aku seorang Datuk yang gah namanya. aku cuma seorang budak nerd yang selalu duduk di penjuru kelas. tak dikenali..tak ingin dikenali..

kawan-kawan kelas yang tak faham hobi aku selalu cakap aku buang masa duk melukis sedangkan masa tu aku kena dengar cikgu mengajar kat depan. aku tak amik port walaupun terguris jugak jiwa macho aku ni. aku rasa rendah diri dengan budak-budak sekolah aku. so, masa form three aku dapat tau aku ada peluang untuk keluar dari sekolah tu, mulakan balik hubungan sosial dengan makhluk bernama remaja dengan satu identiti yang lebih mesra alam.

satu pagi, lepas perhimpunan, seorang cikgu buat pengumuman.

" kepada pelajar yang berminat nak isi borang sekolah asrama penuh boleh datang depan amik borang"

aku berdebar-debar. Ok..aku nak sangat masuk sekolah asrama penuh. selepas kegagalan nak dapat MRSM masa UPSR dulu, makin berkobar-kobar rasanya nak try nasib kali ni. malu-malu tapi aku hadapkan jugak cikgu yang tengah bagi-bagi borang. aku hulur tangan. cikgu tu pandang aku..

" awak tak payah. takkan dapat jugak. result awak biasa-biasa je"

PAP!
rasa tertampar jiwa marhein ini. aku blah tak berpaling dah. yang pasti rasa bengang dan rasa tercabar. and finally result PMR keluar. ok, 8A. agaknya aku memang tak layak, macam yang cikgu tu cakap kat aku. hidup hampa, tambah rasa tak bermakna. nak-nak budak yang digilai telah berpindah sekolah. oh..tragis..


.bakal bersambung..


ada cerita di balik gambar: batu layar [1]

sila click untuk resolusi yang lebih jelas


aku suka pantai..nuff said


warkah untuk ibuku & adik-adik di rumah

Tuesday, January 11, 2011

assalamualaikum,
kehadapan keluargaku yang kusayangi begitu sekali..
hari ni nak pergi desaru jap..maaflah tak call dulu..
jangan marah, relakan pemergian ku..huhu

yang benar,
si comel yang makin kurus..

mainan kanak-kanak: ya, kami tidak normal!

tengah sedap aku duk baca profile Michael Ross *tak kenal?sila google tiba-tiba cik ferrari merengek..

"day, jom main mekap-mekap.."

aku stop baca article sambil cerna ayat cik ferrari baru jap tadi..main mekap? aik..biasanya aku yang ajak main mekap-mekap.tetiba lak budak ni.tak pikir panjang aku pun reply dengan nada bersahaja. semoga tak kantoi eksited nak main mekap-mekap. *korang tak tau ke aku suka main mekap-mekap ni?

" main mekap-mekap?ok..lepas mandi jap lagi la"

almaklumlah dua-dua pun hampeh belum nak mandi lagi walaupun azan dah bunyik dalam 5 minit yang lepas. aku sambung baca article Ross, cik ferrari sambung tengok Despicable Me.

tengok jam.
ish dah pukul 7.45. mandi belum, sembahyang maghrib apatah lagi.
cepat-cepat amik towel, masuk bilik air, mandi ala kadar.lepas sembahyang, tengok cik ferrari pun dah cam ura-ura nak pergi mandi. bagos.. itulah yang kita nak, ye tak?

sambil tunggu cik ferrari melangok lam bilik air, aku pun start la taip sikit intro post kali ni. dah panjang bebenor dah nampak gayanya.

ok..hasilnya..

-THE SEBELUMS-

ya..itu tangan aku..aku tidak malu akan kekontotan jemariku..


cik ferrari memang tak berapa sihat hari ni..



 -THE SELEPASS-

lentik betul mata mak nok..

bosar bonar bijik mato

overall, cik ferrari puas ati dengan mata alien beliau..aku pun puas ati boleh main conteng-conteng..tamat sudah kisah kali ni..

p/s: asal aku post pukul 2 pagi?sebab aku pergi enjoy dulu..hahaha

berita tipu ke berita separuh tak betul?

Sunday, January 09, 2011

patah-patah jari sikit..regang-regang sket otot-otot ketiak ni..get ready for something serious guys..



THE FACEBOOK SHUTDOWN

baru jap tadi aku bukak fesbuk setelah selesai buat flow chart Computer Programming..tiba-tiba ternampak status si mazuang ni.."yeay, fb nk ttp..jom g friendster..hahahaha"..dehel??! palehotak pulak si Mark tu nak shut down facebook!

apa lagi, jari jemari kontot aku ni cepat aje search apa yang patut..hah!ada pun article sal ni..


ini..ini..ini kesah benar neraca hidup kah? why so tak logic somehow ha?seriously..dah nak tutup ke fesbuk ni?aku dah start bimbang dan berpeluh-peluh kat celah ketiak..macam mana aku nak tunjuk perasaan kat boyfriend hati batu aku tu lepas ni? macam mana aku nak share gambar-gambar aku yang perasan hot tu? tidaaaaak...my life's over..

ok..takde la sampai camtu sekali..
honestly aku rasa cam cerita ni cerita tipu setipu cerekarama kat tv3 & tak logik langsung macam cerita si cantik dan si buruk rupa..jugak kat tv3..tv3 suka bebenor mengencing orang ye..

baca kat link ni untuk berita yang menyangkal kenyataan di atas.. 

anyhow, kalau betul pun fesbuk nak tutup apa kita boleh buat kan? Mark tu pun bukan orang kampung aku, aku nak marah-marah.. "oi Mark..sedap kepala abah ko je nak tutup fesbuk".. memang tak la kan? mau nak kena tala kepala aku..

takyah kalut sangat rakan-rakan..tunggu fesbuk betul-betul tutup dulu, pastu apa lagi jom pindah main twitter lak.hehehe..apa-apapun aku tetap ngan pendirian aku..


jangan cari penyakit

Saturday, January 08, 2011

aku ni dah macam patah pinggang duk melepek atas katil lagi..alah rileks la..rumate aku cik Ferrari tu pun dah start second round..haha..

berbalik kepada tajuk di atas..apa maksud aku jangan cari penyakit ni?penyakit kejadahnya tiba-tiba?adakah sifilis mahupun aids mahupun hepatitis b juga?sorry aku mengarut..ye, tak lawak..aku tahu..hello encik pecel lele, apa awak kesah kalau saya tak lawak?

aku sebenarnya tengah memujuk jiwa kental ku ini agar tak terburu-buru..terburu-buru apa? haa..itu yang kita tak tau.. *oi x pernah tengok los n faun ke? loser hang..

jiwa remaja aku ni tengah membuak-buak nak memberontak..lu tau ke apa yang wa maksudkan ni?memberontak nak sepak bola.to be honest aku memang nak main futsal pun tapi taklah sampai desperate sangat..sebenarnya tu modal je nak sakitkan ati encik papadom..almaklumlah..dia busy manjang ngan JKM dia tu.. * ahhh..aku benci JKM!!plus..aku benci jugak budak-budak junior gedik..


sama gak bila aku cakap aku nak minum coke tiap-tiap hari..modal nak kena marah ngan papadom..tapi tak berhasil..cehh..hati mamat tu keras bak granite..ke takde hati..ada hempedu je..alien hang! ko ingat aku ni tangki coke ke? bukannya aku boleh tahan minum coke banyak-banyak sangat..kembung perut bai..memang aku suka pun minum coke tapi dah tak tahan nak cakap apa..alah korang pun sama..dah minat sangat kat awek tu sorang..lama-lama tengok, jemu jugak kan..

apa aku mencarut tak habes-habes ni..
wak lu!

cerita ni simple je sebenarnya..aku nak mengingatkan diri sendiri je.. dengan itu aku postkan warkah untuk diri sendiri..moga-moga aku lebih kental menempuhi jiwa pemberontak aku ni..

kehadapan dan kebelakang diriku yang comel ini,
aku memang gedik suka puji diri sendiri..asal korang nak bising?
maafkan aku tiba-tiba teremosi..
kepada diri ku Cik Deaday Gonzales..sila jangan pergi main futsal mahupun jogging di tasik UTM.ya aku tau ko agak berasap apabila dengar budak JKM nak jogging ramai-ramai ngan geng politik kecik diorang tu..buat apa hang nak join depa..wat sakit hati ngan lutut hang je..cakap pasal lutut, hang cakap nak repair tapi sampai sekarang tak pergi jumpa doktoq lagi..hang nak mampuih kena pelangkung ka?
seterusnya, kepada diriku yang disayangi..stop makan/minum benda-benda yang terlampau manis.tak ingat ke sejarah keluarga yang diabetic ni?jangan musnahkan hidup & masa depan semata-mata sebab nak tunjuk terer hang boleh togok coke botol besar sedas je..orang dah tau dah pun hang terer..
akhir kata, hang bila nak hantaq CV kat GAMUDA.bengong..ko sedar tak nak LI sem ni?jangan jadi pemalas..sila rajin-rajin..aku tak suka bau orang tak mandi..


yang benar,
dirimu yang bijaksana..


p/s: mana nak cari buah delima? ubat kencing manis tu korang tau tak?

hari mencuba jaya

Friday, January 07, 2011

seronok hari ni..pergi jalan2 kat tebrau city..hahaha..sape cakap kalau tak keluar ngan pakwe takleh enjoy?aku enjoy je..

citer the tourist sangat sexy bagi aku sebab pelakon citer ni adalah two of the sexiest person on earth, angelina jolie & johnny depp..ouhhh..jalan citer takdelah best sangat..but seriously, i love angelina's wardrobe..sangat classic!

hari ni fes time makan baskin robins..hopefully aku takkan try dah sebab mahal nak mampos..almaklumlah aku bukan anak orang kaya.

lepas baca dalam cleo pasal sherbet ari tu, aku pun rasa nak try plak dah alang-alang ada promotion kat jusco..i must say..superb..try la kalau korang rasa berminat..aku suka perisa manggis..

one thing yang membara kat jiwa remaja ni yelah nak cepat-cepat grad, nak keje rajin-rajin dapatkan duit yang cukup so that aku boleh beli semua benda yang aku nak..

ouuhh..bestnya shopping takde limit langsung..

p/s : mengamuk kat mesen timbang berat sebab tak padam-padam..sape tu ek?lol

kes fatin liyana kena hentam

aku malas nak bagi link korang cari la sendiri..

ada sorang pengomen bodoh tu cakap, fesyen tudung sekarang pakai spender atas kepala..anak tdung syria la 2 maknanya..i mean watedel men?

berasap jap aku sebab aku pkai syria kan..
bajet bagos btol la mamat tu..
ceh ceh ceh..
mapuh ko..


p/s: teringat budak sekolah rendah aku dulu, sebab xde anak tudung terpaksa pkai spender so that rambut tak terkeluar..

sangat rindu sama itu budak korea

Thursday, January 06, 2011

aku sayang anak sepupu aku..semua sekali..yang si kecik alissa tu lagi la rindu..oooohh, along rindu yang teramat kat alissa sayang..nak jumpa korang2 semua anak2 ku...ouuuhhh...

tengok budak kecik 2 orang tu..sangat cohmel la!!!

muka cam korea..xpuas nak tgk budak ni..


a guardian angel

Tuesday, January 04, 2011

drama korea sangat tak logik but one thing for sure, ramai pompuan yang berangan nak jadi cam heroin lam drama korea.. ada guardian angel yang rajin melindungi tanpa sebarang gaji mahupun insurans..oh..how dreamy!
watak guardian angel ni biasanya lebih hensem dari hero utama..seriously, aku selalu jatuh hati ngan hero kedua yang baik hati lagi sabar menjaga pompuan yang dia sayang malaupun pompuan tu minat kat hero yang kadang-kadang perangai hampeh..tak paham betul..

ok...to cut the story short..contoh-contoh guardian angel yang best dalam drama korea;

SEO JUNG WOO [My Girl]
: Lee Jun Ki :

playboy yang berubah lepas jumpa pompuan pelik yang berjaya menambat jiwa kental si buaya. haha..known as the pomegranate boy in korea sebab kulit yang licin bak puteri (dan jugak sebab dia buat iklan jus buah delima). ikon lelaki jambu..oh..guardian angel yang ni memang kesian..takpe..ko kalah kat Gong Chan yang memang sangat comel dan poyo at the same time..hehehe..try again next time pretty boy.. 

PARK DONG JU [ My Girlfriend is a Gumiho]
 :No Min Woo:
haaa.... doktor hewan @ pemburu kacak..mamat ni tak tau nak cakap la..teramatlah sweet heart and smoking sexy..tah apa la yang dia makan sampai hensem sangat ni..walaupun aku minat kat Lee Seung Gi yang jadi hero citer ni, i can't fight the fact yang dia ni sangat-sangat perfect & deserve Mi ho more than Dae Woong..plus point kat sini, terer main music & sangat gentleman in real life..

LEE CHANG HWI [Hong Gil Dong]
: Jang Geung Suk :
aku yakin ramai yang kenal mamat ni dalam You're Beautiful..aku minat mamat ni dalam cite Hong Gil Dong..putera raja yang dibuang negeri..kesian awek terlepas kat hero utama.tapi hero utama pun not bad la..sweet sangat. but then kesian sebab hero ngan heroin mati last-last..bak kata Obefiend..mapuh kerah..kesian tak sempat honeymoon..


SEO IN WOO [Prosecutor Princess]
: Park Shi Hoo :

oh dia sangat dreamy..watak dia dalam citer ni sangat best...tak macam ending drama korea lain, dia adalah guardian angel yang berjaya mendapat gadis yang dihajati..peguam yang kaya raya & romantik..tah macam mana la Ma Hye Ri boleh jatuh cintan kat Yoon Sunbei time awal-awal citer..hahaha..

ramai sangat la kalau nak list semua..yang pastinya..mamat-mamat ni sangat bagus dibuat menantu..oh..please..tolong la hadir sorang putera cam diorang ni lam hidup aku..time sedih tolong sapu mata, time lapar tolong suapkan, time sakit tolong jagakan..oooooohhhhh...nak la sorang...

p/s: kawen ngan penulis skrip drama korea la senang...

jangan buat lawak di pagi hari

Sunday, January 02, 2011

bangun pagi perut bunyik "pizza pizza pizza"..ini tak lawak ini tragedi tau..semalam makan ns lemak je pagi-pagi buta, tu pun tak habes..so haruslah aku lapar nak mati pagi ni..mau makan baru boleh buat lawak..

now take me to pizza island

kuantan parade

sosej keju yg sangat sedap..ye..tu la yg best kt kuantan parade..
mana nak beli sosj camtu ek?




p/s: En. Pecel Lele..anda buat saya dengki & kelaparan

what i need

Saturday, January 01, 2011

1) a good shopping list
2) my room mate (cepat la balik sini cik aisha)
3) a new handphone (yep, another one)
4) a graphic tablet (yang ni tak compulsory)
5) a CV for GAMUDA
6) pakwe baru yang femes macam Fahmi Apek

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*