cuaca di terengganu cukup bagus akhir-akhir ni. hujan sangat tak, panas sangat pun tak. selesa betul bercuti dalam keadaan cuaca sekarang. subuhnya sejuk, embunnya malu-malu. keadaan dalam rumah aku pun sama macam 2 3 tahun dulu jugak. riuh di pagi hari dengan nak menyiapkan adik-adik ke sekolah. aku pulak sibuk mengetuk keyboard. agaknya jari aku ni dah jadi bentuk petak-petak dah sebab duk mengetuk keyboard ralit sangat. dari luar ayam jantan sibuk menjerit mengejutkan spesies-spesies manusia yang bakal lewat sembahyang subuh. kadang-kadang aku pun tergolong dalam spesies tu jugak. terima kasihlah pada jagoan kampung tu.bangun jugak aku.
jarak jalan dengan rumah aku memang tak jauh walaupun taklah betul2 didepan rumah. raungan motor orang kampung kadang-kadang menambah irama di pagi hari ni. deru air di kamar mandi berselang seli dengan rengusan adik yang gerun untuk mencurah air dingin di tubuh yang masih mamai.
aku toleh ke kanan. si kembang kucing pemalas yang aku dan keluarga cukup sayang tu buat gaya cliche..jilat tapak kakinya sambil buat muka kesian. mintak sarapan pagi namanya tu.
tu adik aku menjerit dari bilik mandi. jirusan air kedengaran makin laju. agaknya abah dah sediakan air panas untuk adik pagi ni.
aku ni orang kampung. apalah nak dipasang air panas dalam bilik air. bukannya kulit kitorang sekeluarga tak betah dengan sejuk. dah biasa sangat. dulu-dulu lagilah. tinggal di rumah nenek, awal-awal pagi dah wajib jirus air telaga atas kepala.
aku menggeliat puas. mata bersekang dari malam tadi, penat menggigit sendi tapi hati ni tak mahu tidur lagi. marah betul mata aku. terjenggil menahan rasa mengantuk.
entah apalah yang aku tengah taip ni. aku pun tak pasti. yang aku tau aku rasa seperti nak menulis sesuatu. sesuatu yang terlalu terbiasa dalam hidup aku namun bernilai teramat.
suara adik-adik bersilih menyanyi di pagi hari. aku diamkan sahaja. sekadar mendengar lebih enak daripada turut menyumbangkan lagu yang sememangnya sedikit sumbang pada awalnya.
denting duit berpindah tangan.tambahan lima puluh sen kepada nabila.aduh mewahnya budak sekarang ni.dah diberai seringgit nak lagi bonusnya..baru sekolah rendah tu.sekolah kampung lagi..darjah dua pulak tu..hai... aku pulak yang tiba-tiba rindu nak menadah tangan meminta duit saku ke sekolah.
seusia aku ni dah mula diajar dengan istilah withdrawal dan money transfer. dah takde duit berpindah tangan zaman kecik-kecik dulu.
deruman kereta meninggalkan perkarangan rumah manakala bunyi ekzos motor dah lama menjerit ke hujung anjung.sedar tak sedar dah sunyi balik teratak keluarga Encik Halim ni..bermulalah coretan harian kami.
deruman kereta meninggalkan perkarangan rumah manakala bunyi ekzos motor dah lama menjerit ke hujung anjung.sedar tak sedar dah sunyi balik teratak keluarga Encik Halim ni..bermulalah coretan harian kami.