Two for One

Thursday, December 27, 2012

Hi Guise,

Agaknya korang dah naik menyampah ngan cerita aku makan sorang-sorang. Jalan sorang-sorang like a loser.. I like to think of myself as eccentric. Macam tadi dinner. Terasa macam nak makan pasta kat Manhattan fish Market alang-alang nak pergi Curve cari komik. So there I sat alone.. Eating my pasta while reading my glorious comic book fresh from comic store. I've gotten used to stink eyes and under-breath loling oleh couple-couple terbahagia di dunia. well that's not the case.

In case ada reader blog ni yang ternampak sorang pompuan jalan kat Curve sorang-sorang, bawak plastic penuh ngan komik, muka macam baru tertelan biji rambutan, Oh korang mungkin dah ternampak aku, penulis kat Blog Vespa Buruk yang hambar ini. Tahniah..

Few days back pun aku dilanda dilema yang sama.. makan dalam kesunyian.. Ejewah..
Kalau ikutkan aku taknak keluar pegi cari makan pun tapi sebab cuak lagi lepas kes Myvi aku kena rembat ngan keparat, aku pun turun la jengukkan kereta company tu. Kang saje je lesap lagi sebijik. Alang-alang dah kat bawah, aku pun melilau la cari makan kat area Damansara Perdana ni.. Tah macam mana boleh sampai kat


Yes.. Aku kadang-kadang malu gak mengaku kat dunia ni yang aku seorang loner sejati. So aku end up beli pizza untuk dua orang makan.. Another reason why I'm a fatso.

Adieu

P/S: Sekarang dah ada 5 orang yang join Give Away hari tu.. Thanks guise. I had fun reading all your blog suggestion..

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

What's wrong with free items?

Wednesday, December 26, 2012

Hi guise..

Before I start on the topic I would like to say, Hey dah nak masuk tahun 2013!! Azam baru?? Azam baru is for losers! Hahah.. What about a wishlist? Great.. Lets fill our head with needless goal..

For me.. My ultimate wish list for 2013 is:

1) I wanna get a pc tablet. Senang nak update blog comic on the go. Nak melukis kat henfon memang sangat la azabnya.. I'm thinking about Samsung Note or Samsung Tab..Quite nice.. Would you agree? Oh yes..

2) PC baru!! Yep.. Laptop aku selalu lagging dah sekarang.. Adakah kerana menonton porn? Sori sikit.. ehem..aku tak...ehem... Aku layan Rumah Bekas Kuburan lakonan Jupe si dada mantap. Aku tak tau sangat spec bagi PC ni.. Kalau dapat yang similar macam kat office tu nice jugak. Cuma monitor la nak yang lagi best.. Syok gak nak melukis kat PC yang gabak la besarnya..

3) Wacom Cintiq 12wx.. Hamagad.. Tak dapat Wacom Cintiq 24HD, dapat adik dia pun agaknya angau aku tiap-tiap hari. Terasa nak upgrade drawing tablet sebenarnya. don't get me wrong. Aku sayang Bamboo aku. Cuma nak berangan dahsat siket. hehek.

Agaknya tercapai ke impian ni? Tengok pada gaji aku.. Hmm.. Mungkin ambik masa since aku ni sangat boros beli makanan. So, Macam mana? pc tablet sekarang dah almost 2K harganya kan? PC is about 5k. Cintiq 12wx harga lam 4.6K.. Tu belum sebut Cintiq 24HD. Closing to 16K.. Huiyyoh..

What to do?
Should I ask you guys for donation? Follower dah 199 orang. Kalau sorang bagi aku RM2 seminggu boleh dapat 1.6K sebulan.. Huiyyoh!! Tapi impossible la aku nak mintak camtu..


Ahha!! Advertlets!! Korang tak rugi duit tekan mende alah tu kan? Follower aku mungkin suka blog aku dan mungkin tekan iklan tu sebab kesiankan aku..Check income blog la.. Mana la tau dah menimbun kat adverlets aku tu dah setahun tak check..Heheheh

Wow.. RM3.. Giler ah.. banyak tu.. Boleh beli eskrem dua batang tapi tak lepas nak beli Kreko.

Huu.. (menangis dalam hati).. Tiba-tiba aku jadi tak paham macam mana blogger lain boleh buat duit dengan blog ni. Oh lupa.. depa follower beriban..Aku pun logout la advertlets tanpa kesat air mata..Sahdu Sahdu..

Siyesly guise.. If you like my entry, pls spare me your click. It's not like I'm asking you to give me RM2.. I sound like such a sell out.. But then again.. Don't I deserve a click or two? Kemon guise. You can do it..

Your click is free to you, but a fortune to me.. Feed me my minions..FEED ME WITH CLICKS.. POKE IT.. POKE IT HARD AND MORE..

Another thing is. don't you like freebies? Kamon guise.. This is my first time doing a give away.. I don't ask for you to promote my blog or anything.. Heck, you don't even have to share a link of my blog on your entry. Just leave a comment on my Give Away Thread  to notify me. 

Promote a good blog for me to read.. And I will give away free artwork.. I promise it won't be cincai-cincai like my previous artwork.. Hai, aku tengok ada yang sanggup bayar sampai RM15 untuk satu doodle (no offence), ni free takkan tak minat kot..

Maybe you guise don't like cheap thing like my artwork.. sobsss.. *poyo sedih*

Guise.. spare me a click maybe?

Adieu..

p/s: amboi merayu bagai.. Sedih-sedih.. 

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

A give away for those who want it

Hi guise..

Thinking about giving something back to you guise. Even though I've not gained any money from blogging, it did give me a lot of pleasure to let go of every anger I had. So, with that being said, I would like to make a preposition..

I'm giving away free artwork for those who are lucky.. Tak tau la kalau korang rasa tak best takyah join pun takpe.. It's very simple.

Step 1: You must have a blog.. (ofcos!)

Step 2: Read this entry properly..

Step 3: Post an entry on " My favorite blogger". List out three bloggers. Any blogger. (Dah lama aku tak blogwalk. Tengah cari bacaan bacaan baru. So please, recommend a good blog).

Step 4: List out two good things you like about this blog and two bad things you wish I would change in the last section of your entry.

Step 5: Leave a comment here with the link to your blog post.

oh lupa..

Step 5 + 1 : Click on the advertlets once for this poor blogger.. uhuk.. (Tak tekan pun takpe.. uhuk T-T)

The most creative entry with the most brilliant Blog suggestion will stand a chance to win:

1st Prize:  A customized BLOG HEADER. Full color. (the winner will have to email me what you want for your blog header) and a comic entry dedicated to you.

2nd Prize: A customized BLOG HEADER. Full color.(Subject to my creativity)

3rd Prize: An artwork of you. Full color. (Subject to my creativity)

- You may change your prize to the lower grade but not higher-


So what's the catch??
Nothing really.. You don't have to follow my blog if you don't wish to. Aku just nak tau apa reaction korang kalau aku buat give away camni. Nothing to do with blog popularity or what. Lagipun aku nak tau gak apa yang aku patut improvise for the betterment of this blog.

Tarikh tutup untuk Give Away ni adalah..To be confirmed. Sebaik sahaja ada cukup 10 penyertaan dari 10 blogger berbeza (Yes you may enter twice but only considered once. The best will get chosen). So selagi tak dapat 10 penyertaan the contest will remain open. Walaupun aku tak yakin ramai yang akan join, tapi kita tengok la nanti. Kalau lambat sangat nak reach 10 penyertaan..Haishhh

Hadiah tak berapa best, I'm sorry for lacking. Like I said. I'm a poor blogger..Please do your best and entertain me with your creative entry.

SELAMAT BERJAYA

Adieu

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Bukan Merungut.. Cuma Overwhelm..

Monday, December 24, 2012

Hi guise..

So it's Monday, and it's a day after and before a holiday.. What a way to fuck up a day.. Siyes takde mood nak buat keje tadi siang tapi keje berbondong-bondong datang bak cendawan mengawan di musim hujan.. Adakah mereka mengawan?

To cut the story short, memang aku duk tertunggu-tunggu time balik sambil terkejar-kejar setelkan keje sebab minggu ni dan minggu depan semua bos cuti. So apa-apa dokumen nak kena endorse hari ni. Pening pulak aku check semua benda alah tu. Ada gak terpikir. Apahal tak cuti je hari ni? Orang lain sedap je terbongkang satu hari atas katil, aku apehal kat sini???

Nak dijadikan alkisahnya..

(itu air mata kekecawaan ye)

Bagos!!!!

Dah pukul 5.15 baru nak declare half day. Terer gila company aku ni. Lagi tak best bila tersangkut lam meeting. Naik office tengok dah lengang semua staff dah cabut.. Tinggal aku dan staff work package aku je. Kitorang memang workaholic pun.. sangat.. (tangan ke bahu dada.. what the fuck is wrong with me?)..

End up kitorang balik lepas pukul 6 gak. Cam biasa.. Bagus.. Bagus..

Sebelum aku bajet Perancis tulis babai aku just nak clarify something.. Aku mungkin selalu sangat mengeluh ngan apa yang aku hadapi tiap-tiap hari.. keje la lonely la.. the truth is, aku takde la depress sangat. I actually love my job.. well sometimes la.. So before anyone starts thinking that I really despise my job I just wanna say.. My job is not that bad. It's cool actually..

Adieu

p/s; Siyes internet aku laju lagi. ajaib gila.. Kenapa ek? HAHAHAHAHAHA

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Jenis Mintak Penyepak

Saturday, December 22, 2012


Jenis-jenis macam mintak penyepak penerajang dekat kaunter pembayaran:

1) Jenis mengayat sales assistant
Macam dah takde tempat lain ko nak mengayat. mau aku cucuk lubang hidung kau dengan penyapu. Lepas tu sepak sekali sales assistant yang tergedik-gedik layan kau mengayat.

2) Jenis marah sales assistant
Bajet bagus sangat sampai nak tengking-tengking orang kat kalayak ramai camtu. Tegur elok-elok kan boleh je. Apsal sampai nak ugut panggil Manager bagai. Hello.. Just sebab kau customer tak bermaksud kau boleh layan sales assistant macam sampah. Puih..

3) Jenis topup barangan
Aih.. Sebelum kau beratur taknak pulak kau check barang apa yang belum ambik.. barang apa yang anak kau nak. dah depan sales girl mula la terkulat-kulat "Kejap ek.. Hubby I tengah ambikkan barang. Sory tau.. eheks".. Aku eheks atas dahi kau, nak?

4) Jenis pekak badak tak kesah orang
Kalau kau tahu anak kau tu suka meraung, boleh tak, aku ulangi.. boleh tak kau jangan bawak datang supermarket. Fine, kalau nak bawak jugak, dah budak tu meraung nak cikedis satu, beli jela.. memekik terlolong dah budak tu. Kalau kau dah pekak sebab selalu dengar budak meraung, boleh tak kau tolong consider kitorang yang belum pekak lagi ni?

5) Jenis cop-cop
Amboi-amboi.. cantik muka kau. dah depan kaunter boleh pulak kau mintak EOT (extension of time) sebab kawan kau belum datang. Dah kawan kau belum datang, boleh tak bagi orang lain yang takyah tunggu kawan datang baru nak bayar ni setelkan transaksi dulu. Shit, apehal aku kena tunggu kawan ko yang terhegeh-hegeh pilih panties dari tadi tak datang-datang? Dah lambat tu beratur la ngek!!!

OK..

Sekian

Adieu

p/s Aneh pulak data usage aku tak exhaustive lagi.. apahal? lol



Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

You're Not Alone, I'm a loner too..

Friday, December 21, 2012

Hi guise,

Hari ni aku rasa aku patut post proper komik. Dah lama sangat menyepi sebab kereta dicuri keparat. Anyhow, rest assured.. Aku dah kurang tertekan sekarang sebab bos yang prihatin dah allocate temporary car untuk aku, which means the world to me. Tapi tensen hal keselamatan la pulak kan. Untuk merawat kebimbangan memuncak, takut pisang berbuah dua tiga pat kali, aku pun pegi la cari steering and wheel lock dengan pasar raya kat area Damansara ni..

Seperti biasa, aku sangat awkward di tempat public. Nak-nak berjalan sorang-sorang macam kera sumbang. Anyhow, lepas settle beli lock dan beberapa helai baju baru bagi merawat hati yang pilu, aku gerak ke Gey Eph Si untuk makan ayam..

To those yang pernah outing sorang-sorang mesti paham how lonely it is to eat alone at a family restaurant.. Kiri kanan family dengan happynya melahap ayam.. kat penjuru mesti ada kapel tengah manja-manja I suap U, U suap I..

AHH.. So lonely..
Cepat-cepat bukak KREKO, baca sambil makan sebab taknak nampak awkward (but I think I look more awkward doing that). Any-who... Tekak rasa mual, takde selera sebab ada kapel kat depan aku tu asyik duk pandang je aku yang loner ini. Mungkin perasaan aku je kot.. Tak sempat abes ayam, aku cepat-cepat nak khatamkan sesi makan malam ni, bangun terus nak cuci tangan.. Soo...


And there he was, in the corner..Munching his meal, looking so lonely.. sad... (totally my personal opinion. Mungkin dia bahagia kot makan sorang-sorang. kita taktau an?)

Rasa terpanggil nak say HI..Tapi memang tak la.. kang nampak cam weirdo semacam lak. Ada lagi spesies kesepian macam aku kat dunia ni rupanya..Lepas nampak mamat kesepian tu, aku mula melilau tengok orang sekeliling aku.. Ramai gak sebenarnya jalan sorang-sorang, cuba elak pandangan orang, macam yang aku biasa buat.

Agaknya kita tak perasan semua ni. Aku rasa aku je yang sunyi sepi krik krik krik padahal ramai lagi atas muka bumi ni yang takde geng macam aku.. (Sound pathetic)

What I'm trying to say is.. Chin up..Being lonely is sad but you are not alone in being a loner. PERSEPAKATAN LONER BERSEPADU bangkitlah..

Ayuh.. Marilah bersosial.. Marilah bertegur sapa.. Marilah berkawanan..

Maybe.. Next time la.. I feel nauseous in public area..

Adieu

p/s: Saga FL is nice.. But I still miss my MYVI.. Where are you baby??


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Unlucky is my middle name..

Wednesday, December 19, 2012

And my middle finger is raised..


p/s: Baru tiga minggu keluar bengkel lepas accident hari tu, dah kena rembat ngan keparat..
p/p/s: kalau jumpa MyVi Pearl White (TBC 1744) kat area Damansara dan seantero Selangor wahima di luar tanah jajahannya sekalipun, tolong snap si penyangak yang menggunakannya..

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Promote

Sunday, December 09, 2012

Hi guise,

Did you know that I have a novel named after me? Betul ke ayat tu? mehehe.. Surely most of you had known by now that my mother is a novelist..sangat jiwang karat and kadang-kadang tak logik. Even though I myself tak suka baca novel (I love comic book), I must say, it is overwhelming having a novel with your name in it. The whole deal.. Hidayah Deaday Oyie.. The complete set of my numerous nicknames.

Tapi, bila aku baca novel tu ada la certain benda yang aku tak berapa suka. Mini Cooper was a nice touch. And the thing with Kpop craze. ada similarity kat situ. Including the part where I like to see myself as my father's son. All and all, I think my mom tried to portray me. TAPI!! Aku tak suka part jiwang melampau dan jalan cerita yang agak tak logik. anak orang kaya nak kerja jadi orang gaji? Oh man.. Including the thing with unrealistic quarrel between the hero and heroine. Ah banyak la.. Tapi standard la novel kan. Sebab tu la aku tak suka baca novel. In short, do see my illustration..


Ok.. So kenapa tiba-tiba aku baru cite sal novel ni? Padahal dah lama kot novel ni.. No particular reason.. I just think that my mom would be happy if I would mention about her work more often. I'm proud of you mom. I'm sorry that I don't favor reading novels but know this, I love the fact that I could see your novels whenever I went to the bookstore for my comic books. I take some pride in what you do.

Anyhow, to those who loves novel.. Terutama novel jiwang and stuff.. Please know that every purchase you made for my mom's novel will eventually finds its way to me. For example..My beloved Bamboo Wacom Graphic Tablet is a present from my mom right after she cash out her royalty.. HEHEHEHE..


Adieu

p/s: Tadi sebenarnya lukis full storyline tapi tah macam mana terdelete lak.. Petanda suh korang pegi beli kalau nak tau cite. HAHAHAHA.. Mom, please buy me something..


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Terasa Jengkel

Saturday, December 08, 2012

Hi guise,

So tadi lepas balik dari site Sungai Buloh sana tiba-tiba nafsu nak tengok wayang membuak-buak.. So aku pergi Cineleisure tanpa banyak bunyik. Sorang pun apa adahal. Bukannya kena saman kalau tengok wayang sorang-sorang. ye dak?

Tapi.. Aku sangat jengkel sekali...


Hey.. apahal orang duk pakat pakai couple T ni? Hari beragam sekolah ke apa? Bikin mata aku sakit. Tambah bengkek bila pompuan tu siap bagi mata kat aku "Uit, jalan sorang? I ada pakwe. You ada?".. Heh, aku tak jeles pun ko jalan ngan pakwe ke , husband ke.. melingkuplah aku tak heran.. tapi aku jadi menyampah tengok baju beragam korang.. (adakah ini tanda dengki?)

Anyhow.. Americano sangat sedap. Chuwa chuwa chuwa!!!

Back to the topic, mungkin aku jeles sebab baju diorang nampak baru dan aku still pakai T-shirt adik aku yang dah masuk usia veteran.. Ye, aku selekeh dan nampak miskin.. Tolong dermakan aku baju yang lebih Kiel kepada aku..

Adieu..

p/s: Hey you, congrats





Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Bontot Dahaga

Thursday, December 06, 2012

Adakah tajuk itu terlalu kuning?
lulz..

Hi guise,


Aku suka gatorade ungu.. nuff said.. tapi aku tak tau lak bontot aku pun dahagakan gatorade.. hahaha.. berendam lam gatorade.. nice sangat.. Anyhow, bontot bau wangi.. Buat aku dahaga lagi..Demn..

Adieu

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Saya Manusia Separa Normal

Wednesday, December 05, 2012

hakikatnya.. Aku memang agak menggila sekarang.. mungkin ke tensen keje.. yang pastinya.. aku dah tua dan gemuk dan dan dan..hey you, adakah kamu yang duduk Level 8, meja ketiga depan bilik meeting? Mana jumpa blog ni? *Eh, tetibe*


yep.. aku lah Nur Hidayah Abdul Halim, 23 tahun sejak September.. dan aku adalah.. manusia jadian.. aku sebenarnya seketul crepe durian. ewah, tompang glemer..


APEHAL DOWH!!

Adieu

p/s: Even if you are perfectly happy by saying that you are not guilty for what had happen, please know that, somewhere, somehow, someone is hating you with all her heart. And no amount of "Gee I'm sorry I didn't mean to" will shake that off. Itu pun kalau ko ada decency nak mintak maaf. I hate you Ann.. I really, truly, whole heartedly do. Lastly, just as you don't give a fuck about what I feel, I don't give a fuck to think otherwise.

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Ant

Tuesday, December 04, 2012

Because I hate you with all my heart



Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*