Aku nak luahkan sesuatu. Tolong terima tanpa bersangka buruk dan tanpa rasa aku holier than thou.
Semalam aku dikejutkan dengan public holiday dan cuti hujung minggu dibatalkan untuk memastikan semua kerja berkaitan MRT Station dapat dilunaskan sebelum 16/12/16 iaitu hari pembukaan MRT. Terkejut. Kecewa tak payah cakaplah. Aku seminggu ni cukup sesak. Nak berdiri pun rasa goyang sebab penat di site. Agak ironik sebab aku masih ada masa untuk taip entry ni. Tapi hati aku terpanggil untuk tulis benda ni sebagai peringatan kat diri sendiri bila aku kembali hanyut dengan dunia satu dimensi aku nanti.
Dengan hati memberontak aku gagahkan diri masuk ofis hari ni. Yelah harapan nak berehat esok dah hancur. Sungguh aku tak ada hati nak buat kerja. Tapi kerja tetap kerja kan. Mana ada sudahnya. Nasi lemak lauk paru aku tapau awal-awal. Sempat cilok, aku nak makan jap. Takut jadi gastrik macam semalam. Ye semalam aku seharian panjat stesen check pintu satu-satu, tak sempat nak berkutik. Aku harap korang ada peluang menjenguk Stesen MRT Sg Buloh agar korang faham betapa besarnya kawasan tu untuk aku menapak.
Nasi lemak elok atas meja. Sampai ofis aku siapkan paperwork yang tertangguh dua hari sebab berlama di site. Pukul 11 pagi ada temu janji di PJ Trade Center. Pejam celik pejam celik dah pukul 10.30 pagi. Memang tak sempat aku nak jamah nasi lemak tu. Aku dah menyumpah dalam hati. Nak makan pun tak sempat. Bazir buang je nasi tu. Sah-sahlah aku tak makan dah nasi lemak klau dah pegi HQ, lunch terus kat sana. Kena pula time tu Bangla cleaner datang bersihkan ofis.
Aku panggil bangla tu, tanya dia makan paru tak. Takut tak makan. Tapi dia cakap dia makan. Aku yang tengah bergegas terus tinggal pesan, "Makan la nasi lemak atas meja saya. Saya belum sentuh, tak sempat"
Dia pandang aku dengan mata bergenang.
"Terima kasih Mem" kata dia. Aku senyum takde makna, dah aku nak cepat. Ucapan terima kasih tak penting buat aku. Aku bukan tengah buat charity. Aku taknak membazir je. Kalau orang taknak, aku buang je. Tapi dia sambung lagi.
"Saya dah empat bulan tak dapat gaji. Nak makan apa pun saya tak tahu"
Aku terkedu tapi dalam kesibukan nak mengejar temujanji aku anggukkan aje. Bukan aku boleh bayarkan gaji dia pun. Gaji dia dekat kontraktor aku, bukan dekat aku. Aku ingatkan lagi dia makan nasi lemak tu, dah rezeki dia. Tak putus dia berterima kasih.
Dah tenang aku duduk dalam kereta, enjin dihidupkan, tayar bergolek menuju destinasi, tiba-tiba air mata aku menitik. Hati rasa berat dan penuh. Ya Allah.. Apa aku buat ni? Apa yang aku keluhkan? Semalam adik aku tanya nak beli beras apa kat rumah aku sempat merungut cakap aku makan beras sakura wangi je. Jangan beli beras lain. Kau tau apa aku rasa masa tu? Aku rasa kecik. Aku rasa hina. Apa yang aku buat sebenarnya? Kejar masa. Kejar duit. Bulan-bulan dapat gaji tapi mengeluh kerja berat tak padan dengan bayaran sedangkan saudara seislam aku, duduk sejengkal dari aku, tengah resah tak tau nak makan apa, menangis syukur dapat nasi lemak sebungkus. Allah.. beratnya kelebihan ni. Beratnya kecukupan ni. Aku harap kau tahu aku ni orang yang sangat pentingkan diri. Jarang sekali aku berhenti melihat di sekeliling aku, memerhati apa yang berlaku. Jadi hari ni cukup kuat tamparan aku terima.
Nur Hidayah.. Kau manusia yang cukup. Cukup makan. Cukup sihat. Tapi cukup jahil dengan keadaan orang di sekeliling kau. Aku tak berdaya nak tolong semua orang. Aku tak mampu. Tapi yang aku mampu adalah berhenti merungut dan sentiasa ingat untuk bersyukur. Aku berdoa semoga Allah permudahkan rezeki Bangla cleaner tu. Air mata aku tak boleh mengenyangkan dia. Tulisan di blog ni bukan berhasil penuhkan poket dia yang dah tembus 4 bulan. Aku cuma boleh cakap.. Sebelum kau maki pekerja-pekerja kau sebab lemau buat kerja, fikirlah, mungkin dia belum makan minggu ni. Ingatlah Day.. Tak semua orang cukup seperti kau. Tolong bersyukur. Dan tolong malu.