A Special Kind of Fairy Tale

Thursday, August 22, 2013

Hi guise..

Are you familiar with fairy tale like Snow White, The Red Riding Hood, Sleeping Beauty and such? Rasanya semua orang pun pernah baca kot. Paling tak pun tengok kat wayang. Tahun lepas Snow White je dah ada dua adaptation.. Red riding hood tahun sebelum tu (recall : Amanda Seyfried and that gorgeous GORGEOUS Shiloh Fernandez).

But do you know that the original version (at least the oldest version) by Grimm Brothers is slightly grimmer?(Ada ke comparative grimmer? Then superlative = grimmest??) Pardon my grammar.. What ever..

Back to the topic.. Do you know that in some of the earliest versions of Snow White, the step mother is actually Snow White biological mother? I guess people hate the idea of a mother killing her own daughter out of pure jealousy.. Hence the "change". Satu lagi part yang dibuang dari the more modern/censored version of Snow White is that at the end, Snow White commanded her step mother/mother to put on a glowing hot iron slippers and dance at her wedding. Pretty cruel right? Mungkin sebab tu kot people prefer the kinder ending, happily ever after..

Sleeping Beauty lak a little bit appalling. Dalam versi yang kita tahu sekarang, bila putera tu cium Sleeping Beauty, magically Slepping Beauty terbangun dari sumpahan tidur dia tu. But in the earlier version she did not wake up after the prince kissed her. The prince waited until he cannot wait anymore, and driven by his lust for the beauty, he raped her. Sleeping Beauty only woke up when she was about to give birth. The pain of giving birth woke her.. In another version she woke up after her infant son sucked on her finger which removed the poisoned flex from the spindle (korang tau kan citer Sleeping Beauty yang dia tertidur lepas tercucuk spindle tu)..

Cite-cite ni banyak diubah untuk sesuaikan dengan budak-budak kot. Taknak seram sangat. Tapi ada satu cite yang sangat-sangat-sangat grim sampai aku rasa tak ramai yang tau ada fairy tale ni.. Kalau yang tau pun mesti tak best nak ingat..

To be continued....

Adieu

BTW, yes, Kei was wearing a facial mask..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

All the while she's away

Wednesday, August 21, 2013

Hi guise,

Takde topik aku nak post pun benornye tapi tadi lepas balik dari ofis, aku duk termenung depan PC ni.. Terpikir, apa layang aku duk buat dengan life aku ni.. Balik melongok depan PC. Hujung minggu pun sama. BApaklah membosankan. Nak-nak duk malam2 sorang-sorang ni, boleh pulak buat perangai baca cite hantu.. Hehehehe.. Mula la jiran atas tendang-tendang lantai aku dah start pikir imej macam-macam. Itu pasal la jangan banyak merapu pikir pasal momok.. Haaa..

Kalau la aku tak keje, mau mati kebosanan aku ni..

In the meanwhile, apa Kei buat gamaknya kat rumah sepanjang hari?

I could only imagine..

ok, nak teruskan aktiviti membosankan..

Good night suckers..

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Harapan Setinggi Himalaya

Saturday, August 17, 2013

Hi guise..

Today's edition: Sedih tahap otomen!

First thing first, hari ni family aku dari kampung datang umah aku sebab ahad ni dah nak kena hantar budak bertuah, adik aku, Onie Si Doktor Gigi Mata Besar ke airport untuk diimport ke India.. Kesian diorang tunggu aku kat umah sebab aku lambat balik malam ni, keje tak siap. (Another great product of procrastination at work).. So when I get home my mom said "Kak, takde benda nak kunyah la kat umah ni"... Being a good daughter I am, aku gagahkan la ke mini market cari rezeki kudap-kudapan.. Setibanya di mini market..

Oh well oh well what do we have here...


Aku tersangatlah excited bila nampak kotak jajan yang ada printed Otomen di atasnya.. Homaigod.. I'm gonna get an otomen this time for real!! Hari tu dah tak jadi beli sebab yang kes entri dulu tu (Rujuk Sini)
So aku sangat excited okay! Cool day.. Bertenang.. Bayar dulu kat cashier.. (Walaupun hakikatnya mata aku dah dilated sebab eksaited sangat nak balik umah bukak kotak jajan tu)

Sesampainya kat umah aku pun bukak dengan gelojohnya..

BAPAKLAH KOROKNYA JAJAN NI!!!!

Ni apajadahnya kotak otomen isi dalam mainan kejadah haram ni!! Argghhhh depress aku..

Terima la hakikat Day... Ko memang tak berjodoh ngan Otomen.. Sigh...

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Leaving and Wanting to Stay..

Wednesday, August 14, 2013

Have you ever wonder how the world would be if there's no goodbye?

It would be under appreciated.. It would be plain..

But it would be less painful..


Selamat Hari Raya..
Say goodbye to your loves one.. For all we know, it is most probably temporary.. Look forward for the sweet reunion next time we meet.


Gahahaha..

Adieu

p/s: Damn it.. It took me 2 years to be emotionless.. Damn it... Damn it...


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Tiba-tiba terkenang

Sunday, August 04, 2013

Oh hoi guise..

Aku baru setel marathon TV series Charmed yang aku minat gila masa muda-muda dulu. Huh, alhamdulillah.. lega akhirnya dapat jugak tengok series finale yang aku terlepas beberapa tahun lepas.. Diibaratkan seperti sembelit biji durian, puas ku teran akhirnya selamat  jugak dalam mangkuk tandas.. Eww, disgusting. Sorry, that was uncalled for.

Settle down dua tiga hari ni, baru la ada ilham sikit nak berblog..
Urgh.. kesian, page pun tak sempat nak setelkan..

Ok~~~~

Entry kali ni cliche.. macam biasa, bulan puasa, dekat nak raya, confirm la teringat kejadian lampau kan..
Heheh..

Yang aku ingat pasal raya ni banyak.. salah satunya pertandingan tak rasmi, meriam buluh terpower kat kampung. You should have known it by now yang aku ni tak minat sangat nak cam anak dara lain, jahit baju raya, pasang langsir raya, buat kuih raya... Urgh.. Sangat tak jantan..

So one day, aku lepak kat belakang umah nenek. kononnya tunggu sepupu aku yg lain, nak ajak main kejar-kejar. tapi pandai mana la nak main kejar-kejar bulan puasa ni.. ye dak? Bosan betul.. haish..

Tapi!!
Dari kejauhan aku nampak dua tiga orang budak kampung aku (dua orang tu adik sepupu aku muda dalam 4 tahun kot) duk usung meriam buluh. Ohmaigod! This is exhilarating! Aku dengan excitednya "Whoi, Kak Oyie nak join!"

Elix (adik sepupu aku) jawab.. "Ish, takleh la..Orang nak lawan kampung sebelah ni"..
Kampung sebelah dah start membedil dah time tu.. Hurgh.. Eksaitednye.. Aku nak join gak.. Diorang pun pasang meriam tu (pasang?). Nampak takdelah besar sangat pun tapi diorang cakap power bunyi dia. So aku pun tunggu jelah tepi pokok kelapa. Sorang sorang cucuh meriam tu. Boom! Boom! PErgh, boleh tahan penangannya. bingit woah..

Tapi nak dijadikan cerita.. Dari jauh nampak benda laju je, warna putih, meluru ke arah kitorang.. Penyapu kat tangan kanan, bertelekung.. NENEK KITORANG!!

"Whoi!! Aku tengah sembahyang Zohor korang duk pumpang pumpang bakar meriam. Tunggu situ siap aku kerjakan' - not the exact word. But you get my meaning.



Tudia, orang Terengganu cakap "Chak rapok ye lari" maksudnya lintang pukang budak-budak tu cabut dari tempat kejadian. Selamat dari dibantai dengan penyapu. nenek aku jeling aku dengan bengisnya.. Aku cakap "Tu la budak-budak ni. Bulan-bulan puasa main meriam. Kalau meletup ke muka tak tau la. Penat akak nasihat tadi" sambil pelan-pelan berjalan sopan ke basikal..


Hehehe..

Pengajarannya, jangan main meriam time masuk waktu solat..

And, bila akak korang cakap nak join main meriam, Yes kan je..HAHAHAh

Adieu


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*