I'm a Bit proud

Tuesday, March 22, 2016

Korang ingat tak pasal adik aku yang minat nak jadi translator tu?

Baru-baru ni dia dah habiskan peringkat pertama Kelas Bahasa Korea. Tapi untuk sambung ke Peringkat Kedua mungkin kena difikirkan balik atas faktor wang dan juga tempat tinggal. Cuada bakal pulang ke Terengganu untuk habiskan sisa-sisa masa sebelum panggilan masuk ke universiti.

Memandangkan dia dah takleh join kelas bahasa, cikgu dia cadangkan dia buat subtitle untuk Korean Variety Show. So ni fes short video yang dia sub.. (Dia contribute cc kat Youtube)


So korang rasa camne? Mungkin korang tak follow sangat rancangan-rancangan camni. Yang feymes pun Running Man kat Malaysia. Tapi sebenarnya banyak lagi rancangan dari sana yang menarik tapi mungkin tak kena dengan selera orang kita.

Yang ni kena je ngan selera aku sebab video sal Rapmon. Ahahahaha!

Ada satu rancangan yang dia tengah sub sekarang tapi takleh upload sebab copyright. Rancangan tu bagus sebab banyak bincang pasal IQ test. AKU SUKA GILA! Dah la ada Rapmon, ada IQ test lagi.. erghhh.. Tazabarnya kita!

Tu je nak merapu. 

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

3 Down, 1 More to Go

Monday, March 21, 2016

DISCLAIMER: ENTRY INI BERKAITAN THIRD MOLAR EXTRACTION. TIADA GAMBAR DARAH DALAM ENTRY INI TAPI ADA SEDIKIT ILUSTRASI YANG MUNGKIN BAGI SESETENGAH ORANG SEDIKIT HARDCORE (tak pun sebenarnya). PROCEED WITH CARE.

Hi guise,

Lama betul aku hiatus disebabkan GiveAway dan dental surgery baru-baru ni. Actually bukan sebab dua tu je.. ada project komik yang nak dihantar akhir bulan di, jadual aku yang penuh dengan kelas di hujung minggu lagi tambah pulak aku ni berkerja. Memang tak berkesempatan nak hapdet blog. FB page pun tak sempat, apatah lagi blog.

Ampun.

Kalau yang masih ingat, Bulan 1 dua tahun lepas aku ada post pasal 3rd molar extraction. Kalau ada nak refresh balik kenangan ngeri itu sila ke link ini   TEKAN SINI!!

Di atas kejayaan Dokter Ahmad extract wisdom tooth aku (yang ada sedikit bebal sebab tak pandai tumbuh straight), aku kembali ke Rohana Dental Surgery untuk mengeluarkan lagi dua ketul gigi tak bijak.

Aku pada awalnya nak cabut terus tiga-tiga tapi memandangkan kalau cabut semua, makin susah la aku nak makan so I settled down with removing only two on the left; atas bawah. Sedikit penerangan mengenai wisdom teeth. Most adult have 4 wisdom teeth, which are the 3rd molars located at the last quadrant of human dentition (ayat cedok Wiki sebab aku tak reti istilah dentist ni weyh. Mohon korang baca sikit asal-usul 3rd molar tu sebab bagi aku sangat menarik cuma aku tak sempat cover topik ni takut panjang sangat). Bagi orang yang gigi bongsunya tumbuh straight, takde masalah. Wat lek je.

Masalahnya third molar aku yang sebelah kanan tu sedikit misaligned and in the course of impacting my second molar.

Yang belah kiri pulak bantut nak keluar. Plus selalu kacip daging pipi (mugkin sebab rahang aku kecik atau sebab aku gemuk. Kemungkinan besar sebab yang kedua tapi masa kurus dulu pun selalu je tergigit).

Gigi atas pulak yang muncul dengan elok tapi disebabkan gigi bawah yang diselimuti gusi, gigi atas kerap kacip gusi dan menyebabkan aku sakit sampai nak maki orang. Selalu masuk makanan lak tu celah gusi bawah sampai bengkak. (Swelling is a sign of infection. Kalau tekan keluar benda berair putih tu, maksudnya dah start nanah)



Penyelesaiannya, nak tak nak aku kena cabut lagi dua bijik tu. Belah kanan ko tunggu. Selamat lagi ko sementara tunggu gusi kiri sihat.

Kali ni bukan Dokter Ahmad yang buat tapi Dokter Firdaus. Orang muda lagi. Mungkin lagi muda atau sebaya dengan aku. Lebih sakit nak berbanding ngan Dokter Ahmad tapi mungkin jugak sebab aku punya root dah infected sampai cucuk bius pun still sakit. Tambah pulak aku memang nervous kali ni dan klinik tu tak menawarkan gas Nitrous Oxide (gas ketawa) untuk reduce nervousness. This relates to the pain threshold. Sebab tu orang yang takut pegi dentist, bagi aku, mungkin rasa lebih sakit nak berbanding dengan orang yang tak takut dokter. Telahan aku la. So jangan perlekeh orang yang takut cabut gigi. Dan kalau ko jenis yang memang nervous ngan dentist, aku cadangkan cari tempat yang bagi option untuk ko dapat gas sedation. Sorry aku tak cukup buat homework untuk kupas isu ni.

We come to the part where I give you a walk through on the procedure. Feel free to flee for those who can't stand depiction of oral surgery.



So itulah kejadiannya. Aku dapat mc dua hari. Procedure tu Sabtu malam, lasted for almost 2 hours, mc on Monday and Tuesday. For those who are curious, the procedure costs me RM780 in total; RM80 untuk gigi atas, RM700 untuk gigi bawah. I was on strict diet of soft food for a whole week. Tapi still gemuk, don't worry. HAHAHAHA. Sape bimbang ko hilang lemak Cik Mon oi..

Oh ya.. Kalau ko bawak balik gigi yang dicabut tu, rendam dalam clorox for two days or until all the soft tissue (gum) is dissolved from the teeth. Lepas tu simpan dalam air. Kalau biar je air-dried, dia kering dan huduh. Hahah. Selalukan tukar air tu. Kalau malas nak tukar air, simpan dalam dettol. Aku dah ada tabiat simpan gigi sebab adik aku yang belajar dentistry tu dulu mintak gigi aku untuk buat reference tapi sampai sekarang dia lupa nak amik. Last-last aku buat koleksyen. Angker sangat hahaha. Nasib tak buat rantai je.

Tu jela perkongsian kali ni. Mohon maaf kepada yang tak sanggup baca, Tu aku dah letak lam spoiler. Tekan ikut suka. Hahaha.

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

P/S: Kalau salah mohon betulkan. Aku cetek ilmu gigi.. Minat.. tapi cetek..Nak pergi dalam, tak pandai berenang. Nanti mati lemas pulak.
P/P/S: Baru perasan kartun last tu mirror image. Lukis dari memori. Hahahaha.. Tiba-tiba berubah side.

UPDATE Esok Aku nak Post Hadiah

Thursday, March 10, 2016

Hopefully!

Tapi ada lagi sorang yang belum contact aku iaitu Pemenang Tempat Kedua, Umie Yana. Please drop me an email pertaining your Name, Address & Phone number. Kalau aku termiss email tu, tolong jugak email lagi sekali ye.

gif kabur untuk peringatan

By midnight, kalau tak dapat detail, terpaksa aku cabut nama baru. Sebenarnya aku nak terus cabut je nama malam tadi dan bagi masa sehari untuk pemenang baru untuk contact aku tapi sebab sebelum ni aku dah janji nak bagi masa seminggu untuk para pemenang contact aku, so suka aku nak ingatkan, drop me an email please my dear.

cEro dan Shahida dah pun bagi alamat diorang kat aku. Rasa macam tak adil pulak hold hadiah diorang lama-lama. 

Kalau ditakdirkan aku kena cabut nama baru, aku mintak tambahan 3 hari untuk aku setelkan urusan pengeposan. Mungkin Isnin takde aral melintang memandangkan berkemungkinan besar aku masa tu tengah mc sebab hujung minggu ni ada minor surgery (minimum mc 3 hari ohohoho).

So tu jela pengumuman kali ni.

Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: aku sebenarnya rindu gila nak post komik kat sini tapi selagi Giveaway ni tak setel, rasa tak lawas pulak nak post pasal benda lain

UPDATE: Oh dah dapat respond.. Okay.. Sekarang semua alamat sudah berjaya dikumpulkan. Thanks baes..

Tunggu sat abiang nak pi pejabat post cari sampul. Ehhey!

p/p/s: Handsome betul la Rap Monster ni. RAP MON.. MONA.. rap MON..MONa.. heh, nama pun berjodoh la. Hahahaahahahahahahahahahahahahahahahaha *gelak tanpa penghujung*

GiveAway 2.0: And Winners Are.....

Friday, March 04, 2016


Oh hi guise..
Akhirnya berjaya jugak aku siapkan video ni. Sorry la cikai je tapi dah berjanji haruslah ditepati.


Congratulation to all the winners

Kepada pemenang, tolong email aku di alamat geena218@gmail.com ataupun PM di Facebook page Vespa Buruk untuk urusan penghantaran. Soal jawab berkenaan proses penghantaran hanya akan dilayan untuk tempoh seminggu sahaja. Maksudnya kalau aku tak dapat alamat mengkome sebelum 10 March 2016, terpaksa la aku cabut nama lain. (Refer to terms and condition in the Giveaway entry here)

Info yang diperlukan (sorry aku lupa mention sebelum ni):
- Nama -
- Alamat -
- No. Telefon -
Jangan bimbang. Maklumat peribadi anda akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan pengeposan hadiah GiveAway2.0 sahaja.

Di sini aku nak update tarikh penting;

Tarikh pengumuman: 4 March 2016
Tarikh tutup tuntutan hadiah: 10 March 2016 (untuk bagi masa aku post barang on 11/3/16)

Insyaallah, kalau takde aral melintang, dapatlah mengkome hadiah masing-masing dalam minggu depan atau minggu lagi satu.

Kepada semua yang join GiveAway kali ni, terima kasih banyak. Mohon jangan hampa sangat. Kalau aku boleh bagi semua orang satu hadiah dah aku beri tapi tak mampu *sobs*
Aku sangat hargai kunjungan kalian ke Blog Vespa Buruk. Janganlah segan-segan untuk menyinggah lagi ye.

Ini gif bagi yang tak dapat bukak video;

cEro, try next time bro. Kalau ko still nak cari pencil wallet gulung tu try cari kat Mr.DIY


Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

P/S:

bagi yang tidak berjaya, nah tatap la ultraman yang kachak ini. Semoga tidak berduka lagi

Mengumumkan: Giveaway 2.0 Kini Ditutup

Tuesday, March 01, 2016

Hi guise,

Ni nak umumkan.. Penyertaan Giveaway 2.0 telah ditutup dengan rasminya. Yay!!!!

Yay lagi sekali untuk poster yang masih gagal.

Berikut adalah senarai semak nama peserta dan jumlah nomination for president. cEro mendahului dengan total 8 kad undian. Hahaha, syabas cEro. Ramai anak buah ko. Tapi jangan bimbang. Nasib mungkin di sebelah anda time kita cabut nama bertuah nanti. So stay tune.

Supaya tak keliru, ini bukan senarai nama pemenang tau. Ini senarai nama peserta dan jumlah nama yang bakal dimasukkan ke dalam kotak cabutan.
Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, undian akan dibuat dalam format video. Maka, berikan aku sedikit masa untuk setup barang dulu. Suka aku ingatkan peraturan yang sebelum ni. Amik perhatian peraturan 1, 4 dan 5:


  1. Alamat surat-menyurat pemenang di luar Malaysia akan dikira batal. Cabutan akan dibuat semula dari pool undian yang sama. Aku taktau nak post hadiah ke obersee weyh
  2. Peserta anonymous adalah tidak dibenarkan. Bagi yang takde akaun Google/Blogger/Google+, jangan bimbang, komen guna pilihan Name/URL. URL tu letak URL facebook profile korang. Leceh sikit tapi sebab memang susah kalau anonymous. Macam mana nak tau sape menang kalau dah semua duk nak anon je manjang. Apa malu sangat kome ni, masuk pertandingan pun nak anon bagai.
  3. Jika jumlah peserta tak mencapai at least 5 nama, peraduan ini akan terbatal. Dan aku mungkin akan depress seminggu.
  4. Jika nama sama yang dicabut, cabutan kedua dikira batal. Senang cerita satu peserta, satu hadiah. Kira adil la kan?
  5. Jika hadiah tidak dituntut dalam tempoh seminggu, cabutan akan dibuat sekali lagi dari pool undian yang sama.

Dan tarikh-tarikh penting seperti yang dah diterangkan dalam entry sebelum ini masih valid:

14/2/16 - 29/2/16 : Tempoh Giveaway 2.0 berjalan
4/3/16 @ 5/3/16 : Pengumuman pemenang
13/3/16 - 31/3/16 : Tempoh tuntutan dan pengeposan hadiah.

Okay tu je perkhabaran hari ni. Selamat berjaya kepada semua 22 peserta. Harap-harap dari 68 kertas undian, nama koranglah yang terpilih nanti.

Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*