Artfriend The Curve (Mutiara Damansara) ; Level 2 escalator pintu utama. Bersebelahan dengan Reject Shop
This will be the last part, I think. Unless tiba-tiba aku buat perangai pergi beli barang kat Artfriend lagi. On a serious note, ada sapa-sapa boleh recommend decent art supply store area Seri Kembangan tak? Aku nak cari Pigma Micron pun payah kat sini.
Anyway, hari ni aku just post semua benda yang ada dalam camera roll aku in case ada sapa-sapa yang minat. Untuk post-post sebelum ni boleh rujuk list di bawah:
Part 0: Copic Special Entry
Let's go directly to papers. Ok, macam yang dah aku terangkan kat entry Part 2, aku terlupa nak snap gambar harga bleedproof marker pad. Aku berlama gak kat bahagian kertas cat air hari tu sebab duk gigih mencari Strathmore Watercolour Journal. Nak cari Khadi paper memang tak mendapat la sebab India export ke Philippines, Singapore ngan Thailand je.
Anyway, mengenai watercolour paper. Aku bukanlah pakar yang sesuai untuk bercakap mengenai kertas yang terbaik untuk cat air. Kebanyakan orang pun pakai drawing block dan menjadi je cat air tu. Penggunaan kertas juga bergantung kepada teknik cat air yang korang nak guna. Rata-rata yang memilih kertas cat air akan consider tiga benda: 1) Bleeding/water retention properties 2) Thickness 3) Surface
Berbeza dengan colouring marker, watercolour tidak memerlukan surface yang terlampau licin. Permukaan yang sedikit kasar sebenarnya membantu pigment warna untuk melekat elok. (based on personal observation. Silakan gelak kalau salah). Tapi ni pun bergantung kepada preference. Ada orang suka kertas licin. Water retention properties adalah bagi aku yang paling penting sebab nak blending pastu nak guna banyak layers. Kertas yang takleh retain air agak payah nak blend banyak layer which can be frustrating because watercolour can be a bit wild. Again, feel free to laugh at my amateur observation.
Aku jumpa dua jenis bahan yang digunakan untuk kertas cat air, selulosa dan kapas. Personally aku rasa kertas cat air kena ada a certain percentage of cotton. Kertas yang diperbuat dari kapas lebih tahan lasak. Bila aku guna cat air ada satu benda yang paling buat aku menyampah adalah kertas yang luka sebab padam kuat sangat ataupun cat kerap sangat kat satu tempat. Benda ni selalu jadi bila guna drawing block. Sebab tu tak boleh kasar sangat dengan drawing block biasa. Berbeza dengan wood pulp paper, cotton paper lebih lasak dan kurang luka (aku tak tau term betul dia apa).
Ramai orang kata nak pilih kertas cat air ni yang penting adalah ketebalan dia. Not entirely true but it's good to have a certain body to the paper to avoid warping. Kertas nipis sangat mudah meleding menyebabkan aplikasi layer kedua agak rumit. Mengenai hot press cold press lak aku macam tak reti beza sangat. Kertas hot press lebih padat berbanding kertas cold press. Pressing method juga mempengaruhi permukaan kertas. Hot press lebih licin berbanding cold press. So depends on how much you want your paper to absorb water, you can use either one. Behavior of water on your paper determine the end product of your artwork. So it really depends on you.
Ada banyak brand yang offer watercolour paper walaupun agak payah nak dapat kat kedai alat tulis biasa. Pilihlah ikut kemampuan dan kesesuaian. Yang penting kalau nak tahan lama pilih acid free paper sebab acid free paper tak menguning kalau tinggal lama. Antara kertas yang ada di Artfriend dan harga-harganya:
CAMPAP arto (Cold pressed, 10 sheets pack) - some prices are missing, sorry about that
- A3, 300 gsm, cotton - ??
- A4, 300 gsm, cotton - RM 13.00
- A3, 300 gsm, cellulose - RM 17.00
- A4, 300 gsm, cellulose - RM 8.50
- A3, 200 gsm, cotton - RM 18.00
- A4, 200 gsm, cotton - RM 9.00
- A3, 200 gsm, cellulose - ??
- A4, 200 gsm, cellulose - RM6.00
Fabriano (Cotton, cold pressed, total pages unsure 15-25 sheets per pack)
- 30.5x45, 300 gsm - RM169.60
- 23x30.5, 300 gsm - RM126.14
- 24x32, 300 gsm - RM 49.82
- 18x24, 200 gsm - RM 41.23
Price and product detail for this brand is a bit confusing. I should have taken more precise note.
Dah setel part kertas, aku nak brief sikit pasal Faber Castell Pitt Pen
Truth be told, aku sangat intimidated dengan product ni. Ramai yang bagi review tiptop. Aku sebagai seorang yang dari kecik pakai Faber Castell (barang reject free orang bagi) agak bias bila bab beli brand ni. Plus harga dia mahal nak meninggal. Dah la tak jual satu-satu (kat Artfriend. Tempat lain aku tak tau).
Artfriend carries two sets of Faber Castell Pitt Artist Pen; Set of 4 dan Set of 8. Yang aku confuse pasal product ni, description dia cakap Indian Ink tapi Tinta China. Aku confuse terus. Sebab chinese ink yang aku biasa jumpa bukan waterproof. Kononnya sebab ada tambah gelatin yang membolehkan ink tu untuk soluble bila ditambah air. Berbeza dengan dakwat india yang campur shellac menyebabkan kemasan akhir dakwat india nampak berkilat dan waterproof. (sumber google) Pen ni waterproof yang pastinya so I guess it's the later. Tempoh kering dan proof properties pen ni tak dapat aku komen sebab aku tak pernah pakai. Sama juga dengan kehitamannya. Tapi kepada sesiapa yang mencari-cari product ni, harga yang ditawarkan di Artfriend adalah seperti berikut:-
4 Pitt Artist Pen (Manga Black Set) - RM40.00
8 Pitt Artist Pens (Manga Basic Set - with grey toner) - RM88.00
Sampai sini je entry mengenai harga barang di Artfriend. Aku biasa survey harga barang yang aku minat je so guoche ke oil paint ke, memang aku tak check. Even water brush pun aku dah tak check harga sebab rasa membazir beli banyak bukan guna pun. Aku still tak reti perbagaikan penggunaan saiz berus. Kalau korang berpeluang ke Artfriend The Curve, aisle yang direct depan counter pembayaran tu ada Copic dan pen. Belah kanan bahagian depan ada pencil colour dan graphite. Pergi belakang sikit ada cat air, cat minyak dan sebagainya. Bahagian paling kiri, adalah bahagian kertas-kertas archival.
I bid you good luck and happy shopping.
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~