Onto the next big thing..
Sekarang ni aku tengok makin ramai Malaysian youtuber yang tumbuh macam cendawan selepas hujan. Sebenarnya dari dulu pun kita ada niche group of youtuber tapi lately makin ramai. Dalam circle of friends aku pun dah makin ramai yang berhijrah ke platform ni. Which is great! Buasir Otak ada buat adaptasi komik. Mokcik Gemuk pun dah ada animation channel macam WanMars. Gila babeng semua jenis rajin. Aku buat animasi suka-suka berdurasi 3 saat pun rasa nak bersara selama-lamanya. HAHAHAHA.
Aku pun ada gak plan nak buat channel youtube sendiri. Mungkin aku boleh buat speed paint ke apa ke sebab kalau nak buat aesthetic vlog memang sampai kesudah la hambar. Tapi aku ni pemalas yarabbi. Mana maunya nak post video secara berkala dan berterusan. Hahahah.
Aku perasan (actually, boss Buasir Otak yang mengutarakan hipothesis ni) Malaysia ni lubuk view. Itu pasal la Indonesian channel banyak yang duk buat reaction video pasal Malaysia. Ada dua tiga channel tu macam melampau-lampau lak mengampu. At first it felt good to be praised as a nation, tapi dah lama-lama macam mmm..tah.. menyampah kot.. Sebab macam buat-buat. Sampai nak menangis terharu konon. Apo?
Kalau mat salleh yang puji pasal Malaysia pun memang beranak-anak la view count dia. I mean, there's nothing wrong with it but at least watch something yang genuine. Ni content tangkap muat, lebih duk kiss ass je. Herh..
Enough about kiss ass channel sebab aku kadang-kadang je tersesat tengok video-video camtu. Kadang-kadang ada gak tersesat tengok vlog orang Malaysia. Aku cakap kadang-kadang tu sebab sekarang ni aku dh tak minat sangat tengok vlog. Dulu-dulu suka la tengok sebab tertarik tengok lifestyle orang, tertarik nak tahu buah fikiran budak-budak yang macam up-up sikit belajar luar negara kan. Banyak jugak vlogger tempatan yang entertaining tapi serius aku takleh ingat sape sebab macam yang aku cakap tadi la, aku kureng sikit vlog-vlog ni.
Pokoknya di sini apa? Pokoknya di sini, aku sendiri tak tahu aku nak buat apa. Aku suka tengok youtube, ada aspirasi nak buat channel sendiri tapi at the same time I cringe at the idea of me being a youtuber and I dread about the workload that come with it. So buat masa ni aku jadi penonton jela. Kepada kawan-kawan yang dah pun jadi Youtuber, teruskan usaha anda. Pastikan content korang engaging. Know your audience and best of luck. Untung-untung jadi top youtuber boleh join convention. Ohoho.. Duit pun masyuk dengar cite.
"Everybody's a freaking Youtuber, dude. Get on with the programme!"
Adieu
ya lorh...semua ada youtube channel..ada yang saja2 buat untuk kenangan,bukan untuk meraih like..saja suka2..
ReplyDeletesekarang dh mcm2 content ada...ada yg youtube beli barang kedai rm2,ecoshop,ninso (i enjoying myself shopping ..so yeAHHHH video cmtu rjin tgk..kekeke
video yang relax2 camtu pun nice kan? As long as ada audience, why not. Tapi tu la, yang tak gemornya sekarang melampau-lampau banyak reaction video. Reaction buat-buat lak tu. nyampoh
Delete