Air Mata Jantan

Thursday, December 26, 2013

Hi guise..

Hari ni 26 December 2013, aku julung kali menompahkan air mata jantan aku kat ofis..

Sebenarnya aku cuti 26 Dec dan 27 Dec which makes my end year holiday spanning from 25 Dec- 29 Dec.. Tu yang aku rancang la. Tapi apa la nasib diriku yang malang ni. Terpaksa gak masuk ofis eventhough family semua dah kat sini, siap siaga nak spend time together, termasuk si Onie adik aku yang baru je dipos balik dari India.

Aku masuk awal pagi tadi. Dengan harapan nak cepat-cepat siapkan kerja (Nak compile summary bearing). Tah macam mana aku lupa pulak PC aku dah jahanam. Payah gila la nak buat kerja. Drawing semua duk dalam tu. Email lagi. Aku cuba bertabah, aku pinjam laptop senior aku. Terpaksa la buat dari scratch. Cari balik semua drawing dari sistem yang hidup segan mati tak mau. Sangat sedih OK. 

Aku cuba get through everything dengan muka tabah. Tapi makin lama makin sakit kepala, makin tensen. Nak-nak bila dah half way through dapat email dari rakan sekerja yang urge aku cepat-cepat submit report. Tak lama tu manager aku pulak jenguk, tanya dengan suara tegas "Hidayah, lambat lagi ke nak siap tu?"

Aku tak tau sebab apa. Mungkin ke sebab aku tengah pokai, perasaan tak menentu sebab tekanan takleh beli Copic banyak-banyak. Ataupun sebab aku pompuan yang sensitif. Mungkin tak bagi anggapan kedua tu. Yang paling best, budak IT call aku "Cik Hidayah, mintak maaf la.. Data Cik takleh back up ni. Kena format terus". Nak pengsan je rasa bila dengar budak tu bagitau. Habislah semua drawing & document yang dari awal aku kerja kat sini aku kumpul sikit-sikit. Some of them is impossible to retrieve. Arghh..

Dalam tak sedar, dah berair dah mata time tu. Rasa macam tak adilnya semua ni. Kenapa aku kena datang keje di hari cuti untuk buat kerja orang. Lagi best bila orang yang sepatutnya buat kerja ni langsung taknak angkat call. Macam lahabau!!! Nasiblah esok aku dah clarify awal-awal dengan boss yang aku cuti, so please jangan buat aku terpaksa datang kerja. To be honest, aku tak salahkan manager aku. Aku lagi geram kat boss besar yang suka hati pass kerja last minit sampai gelabah nak buat. Arghh.. tensen aku.

Apa-apa pun, semua dah setel. Aku dah balik umah pun.. Balik umah, masuk bilik (rumah kosong, family keluar). aku pandang pen-pen Copic yang baru aku beli semalam. Pokai-pokai pun gatal lagi duk beli pen. Tabahla Day.. Bukak drawing pad, lukis ikut suka hati. Dah puas main marker, bukak PC, lukis ngan tablet lak. Mood tak elok camni memang dosage melukis kena lebih sikit.\

Haaaa..

Tu jela..

Aku dah OK..

Adieu


P/s: Ehem..
Pilihan Copic Ciao di Art Friend The Curve

Yang membuat hati gembira


Rambut dengan scraf dah jadi. Overcoat macam kena libas ngan parang

Kaler tak harmoni. Tunggu gaji aku cari kaler yang lagi best. Puhahahaha!!

Mata asyik tutup je sebab payah nak menjadi. Menjadi pelik ada la..


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Weekends for Loner

Sunday, December 22, 2013

Hi guise..

While my friends are getting married and making kids, I am, as usual, burdened with this thirst for art. I want to try something new.. Nak try sangat coloring. Aku sebenarnya siyeslah sangat tak tau pape pasal cat-mengecat ni. So aku try search kat internet, looking for list of things that I need to have to start this new endeavor. I tried asking around for types of pen and where to get them (KL area la preferably).

Few days back I sent a PM to one of Malaysian Comic Blogger who I considered as a mentor. Aku silap bagi emoticon kucing, which is never supposed to happen. It was embarrassing. Aku takut gak dia tersilap paham plak kan? Mana la tau kot-kot dia ingat "Minah mana tiba-tiba emoticon bagai ni?". Thankfully, my sifu tak gelabah makyong so he let it pass and answered my question in a cool manner . Ecewah.. Ko nampak tu? Ko tau ko sape, sifu.. HAHAHAHAH -saje je mention ni sebab nak address my apology for sending inappropriate personal message. Trust me, I'm not a weird person.. T,T

To cut the story short, I went for an art supply shopping with my friend Yus. Kitorang pegi kat Art Shop area Taman Melawati. Awesome! Aku suka sangat pegi tempat cani. Huhuhuhu.. Sangat la gatal tangan nak beli semua pen. Sayangnya dah akhir bulan dan aku agak pokai bulan ni.. (Almaklumlah ramai yang kawen bulan ni. Ada kaitan? Macam la aku sponsor walimatulurus depa. HAHAHAHAHA)

So, antara hasil buruan barangan seni.. (ejewah seni):-


1) ZIG Clean Color II (No.9 Grey) : RM7.90 (ni aku beli dekat Art Friend The Curve)
2) ZIG Kurecolor Waterbase Ink (838) : RM 6.00 (Art Shop Taman Melawati)
3) ZIG Kurecolor Alcoholbased Dyestuff Ink (740 Pale Blush): RM10.50 (Art Shop Taman Melawati)
4) ZIG Kurecolor Waterbase Ink (W10) : RM 6.00 (Art Shop Taman Melawati)
5) Kunst (15 Geranium) : RM 4.20 (Art Shop Taman Melawati)
(Harga sebagai rujukan sahaja)

Aku nak cari sekali bleedproof paper yang sesuai untuk marker coloring tapi susah gila nak jumpa. Mungkin aku try beli online pasni. Tapi tadi aku ada gak beli kertas yang have the same properties like the bleedproof paper. Licin, senang nak blend color. But as you can see, I still need to work on my strokes. Jangan malas!

Aku sebenarnya cari Copic Marker sebab ramai reviewer cakap Copic lagi senang nak blending. Yang lain pun ok cuma nampak berbelak. But that also depends on skill which I have to improve. Tapi kepada sifu-sifu kat luar sana yang tau mana nak dapat Art Supply macam Copic marker, bleedproof paper, tolong la share ye.

Jadinya lepas beli barang-barang kejadah ni, aku ngan Yus lepak kat kedai kopi mahal, sambil duk try out markers. Lazat sekali perasaan itu. Aku serius nak belajar lagi.

Before anyone has the urge to ask " Hey Day, tak rasa membazir ke beli benda-benda mahal macam tu? Ko bukan buat benda ni untuk cari makan ke apa..". Personally aku rasa, bila dah penat keje kalau benda yang aku minat gila (harge bawah RM50 plak tu) aku takleh beli, aku rasa rugi sangat. Keje bukan main tapi akhir bulan nak belanja untuk diri-sendiri pun takleh ke? Ye dak? Lagi pulak, bagi aku benda ni tak rugi sebab one day when I've given up on doing this, I will give all my stationery (dengan graphic tablet sekali) to my sister who, like me, has immense interest in art. (Art lagi. Hahahah)

Versi Adik Nabil (She's 12)

Versi kakaknya (I'm 24)

Sebelum aku tutup tirai, mohle aku mengeshare gambo aku tengah perasan main marker kaler..

Trimas Cik Yus yang berjaya snap gambo ini.. yep, hidung aku mancung kan dari angle ni? Huehuehue

Jadi itu la yang aku buat untuk weekend kali ni. Di akhir kata, aku memohon ampun kepada Puan Azah yang kawen hari ni. Sorry beb, Aku takleh turun JB sebab kena standby di KL in case anything happen at the construction site. Selamat Pengantin baru Puan Ajah..

Makanya, itulah kesah hujung minggu seorang loner..

Adieu
  

(Meanwhile at home)

Ni topeng kamen rider ni apasal masuk sekali lam mesen baju ni? Eih la Anak Dara..

p/s: Segan aku ada orang nampak aku jemur anak-anak kat belakang umah. Puas sorok dah, nampak gak.. Eish.. Jangan duk ngendap sangat belakang rumah orang buleh dak?

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Picture Boys We Want So Badly

Tuesday, December 17, 2013

Hey.. Hey.. Can you hear me screaming your name in my mind?
Hey.. Look at me now..
You're just beside me but I can't stop missing you. I just have to keep telling myself that you are here so that I won't go crazy over missing you so much..

Mode: Listening to Panic at The Disco "All The Boys"..
Picture girls we want so badly
Isn't she a dream come true?
Closer now...
And closer still...
Then it's closer to her
Til she knows you're there


p/s: Jangan salahkan penulis yang kadang-kadang ada hormon nak jiwang karat
p/p/s: Truthfully.. I miss you, damn it!

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

The Big Bad Mood

Saturday, December 14, 2013

Hi guise,

Alkisahnya malam tadi.

(tolong ignore lukisan kete yang macam rupa pemadam doposen tu ye)

Kawan aku Pinud dengan Jue ada datang melawat. Boleh ke kata melawat? Jue keje sini gak kot. Ok, ignore the technicality. Lepas keje, aku ajak la Pinud keluar. Kononnya nak pergi makan kat OU la ngan Jue. Sekali jam macam haram depan OU so kitorang buat keputusan makan dekat The Curve je. Baik punya sabar aku redah jam. Sampai la kat OU.

Kitorang gerak pegi Waroeng Penyet. Aku order grill chicken. Lupa nak specify bahagian mana. Mamat tu hantar bahagian dada.. Omai, aku dah start badmood. Kepada yang dah lama follow blog ni mesti tau yang aku tak suka makan part dada. Memang banyak kali tercekik ayam la time makan. Almaklumlah makan tak ikhlas. Tapi perut dah lapar so aku telankan aje. Bukan salah dada ayam tu dilahirkan sebagai dada ayam. Takpe, akak paham dik dada ayam. Sapu air mata sambil suap isi ayam yang kering tu.

Perut dah kenyang, dah sendat kitorang pun berkisar-kisarlah nak pegi Big Bad Wolf dekat The Mines. Huh, dari Damansara nak ke The Mines. Jenuh jugak tu. Nak-nak bawak kete yang tak biasa bawak ni. FYI, malam tadi sempat lenjan kete baru dak Pinud. Ford Focus Titanium (sedan).. (sila masukkan lagu keraian di situ.. yeaahaa)

Tiga-tiga ketul manusia dalam kete tu semua haram tak tau jalan. terpaksa la bergantung kat encik GPS yang tah jalan mana dia hantar kitorang. Terlepas U-turn la.. Silap masuk lorong la. Yang paling takleh blah tersilap masuk parking persendirian. Aku cakap kat pakgad tu, bang, saya sila masuk lorong. Nak U-turn jap. Ingat setel la. Sekali nak keluar kena RM1.30. Whoi nak u-turn je wey.. Babi apa ni.. Oopss pardon my french.

Dah berada di jalan yang benar, sangkut pulak jam nak masuk The Mines. Lama gak la bersabar. Tiba-tiba datang idea nak bukak sun visor. Almaklumlah, Preve aku takde sun visor kejadah ni. Nak bajet omputih la kejap kononnya. Elok bukak sun visor menerpalah bau yang sangat familiar. Duhai, cane tak perasan ada lori durian kat sebelah. Kelamkabut Mak Lijah tutup sun visor.

Last-last kitorang give up nak pegi Big Bad Wolf. Minyak pun blink-blink dah time tu. Cuak jugak aku. Citenya, time balik pun sempat makan langsat. Nasib tak cicah jem je. Bikin panas..

Big Bad Wolf tadak, Big Bad Mood ada..

Adieu


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Dah Normal ke belum ni?

Friday, December 13, 2013

Hi guise..

Rasanya dah cukup la ni aku merajuk tak post pape kat blog kan?

Ekceli.. Aku bukan merajuk.. Aku sebenarnya dalam misi mencari identiti diri. Ada kecelaruan identiti jap. Sampai mental block la kejap orang kata.  Ecewah tudia.. Sorry got nothing to post these past 2 months. Bukan takde apa-apa yang menarik.. Aku cuma stop jap blogging sebab aku stop internet kat rumah. Don't ask me why, I just have to..

Ringkasan mimpi jadi nyata yang berjaya ditunaikan sepanjang dua bulan ni.. (apasalah skill menulis aku macam dah malap-malap nak mati ni?)




1) Berjaya menyelesaikan puzzle ultraman.. Siap frame dengan majesticnya..

Sebelum tu.. Mari kita semak gambar menarik bersama encik otomen..

Aku dan otomen yang obese

Kegigihan mencantum 500pcs otomen jigsaw puzzle

Ye aku tahu.. AKu sangat terharu dengan pencapaian ini. For the record, gambar konvo pun aku tak frame. Tah kejadah la aku duk frame gambar pakcik-pakcik otomen ni. Nangis terharu jap.. Pakcik otomen.. I love you guise...






2) Berjaya ke majlis dinner sebagai Harryati Potter..

Sebelum buat keputusan nak pakai baju harry potter, aku ada terpikir nak pakai Darth Vader takpun storm trooper. Tapi geng-geng pompuan aku buat muka pelik cam, erk, seriously Day? Please don't..

Time fitting hari tu..

Aku sangat hepi.. Whheeeee!!!

Lastly masa dinner aku end up playing safe, pakai baju Harry potter lah..Aku suka costume ni sebab tak ketat. Nice-nice je.

V for Vendetta pun ada la malam tu.. buuhuhuhu.. chomel sangat

With one of the kindest boss.. Yeke? Bolehlah bajet omputih jap amik gamba ngan mat salleh.. Pihihihi.. Kawan aku as Rapunzel. Kreatif idea lilit shawl. Me likey..

So to cut thing short.. Aku sebenarnya.. Ntahlah.. Ntahlah lah lah.. Enjoy ke? Mungkin gak. Rasa nak start berblog balik.. Tarik nafas panjang.. Jangan down Day. Jangan buang Vespa Buruk.. Tarik nafas panjang.. Jom start berblogging balik..

Heeee... Tungguuuuuu~~


Adieu love..

p/s: I'll start drawing digitally next time..


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*