Yang di Belakang

Wednesday, July 23, 2014

Hi Guise,

So aku ternampak satu post kat FB baru-baru ni. Alah yang tampal kertas kat belakang kawan tu. (Tulis : Aku Gila, Jangan Kawan dengan Aku etc). Aku rasa prank tu dah old tapi golden. Hahaha. Tak lawak pun tapi kesian dengan magsa yang tak tau menahu.

Jangan cakap korang tak pernah buat la, aku tak caye.


Instead of kena tampal kertas, aku selalu kena tampal sticker harga pastu mula orang yang nampak siap tutup mulut bajet lawak sangat. Pastu mesti ada nak tanya "Eh Day, Harga kau 5 ringgit setengah eh". Pastu gelak-gelak padahal tak lawak mana pun lawak dia tu. Mesti dia bajet dia lawak macam Mr Bean. Pastu aku pun tak tau kenapa mangsa-mangsa ni kena rasa macam kena prank sangat. Selekeh. Hahaha

Tapi time sekolah dulu, selain kena tampal sticker harga, ada lagi satu prank yang budak pompuan je boleh main.



Yang ni betul lawak. Bukan sebab tudung tersimpul tu nampak lawak tapi sebab kesungguhan kawan ko nak ikat tudung tu. Punya la gigih. Tiba-tiba bertenggek kat belakang. Ingatkan buat apa, sekali duk menyimpul tudung orang. Mind you zaman sekolah dulu tudung labuh so masa kena simpul tu memang tak rasa apa sebab tak rasa macam tudung kena tarik pun. Orang yang kena prank ni memang bila jalan baru perasan sebab simpulan tu duk langgar belakang macam ladung dalam eksperimen sains tu. Pastu start la gelak sambil mangsa buat muka kelat. Lagi tinggi simpul lagi susah nak bukak, lagi besar chances nak kena tempeleng sebab dah kedutkan tudung orang.

Ada ke patut duk menyimpul tudung orang. Takde keje saje nak cari penyakit. Bila dah bukak, mau berkeronyok tudung orang tu. Haihh..

Biasanya yang selalu kena dulu Ana, sebab.. Aku pun tak tau sebab apa aku suka simpul tudung dia. Hahahaha.. ye.. Hakikatnya memang aku la yang selalu buat keje takde pekdah ni. Dah la Ana pantang baju kedut. Aku rasa lagi sikit muka dia nak cair time tengok kedut kat tudung dia. Hahahaha. Aku gelak cam kambing pastu blah cepat-cepat.

Bodoh betul perangai menyimpul tudung ni. Haha. Yang jantan takyah nak try. Bukannya korang boleh prank simpul rambut pun, rambut kontot. Apa kelas. Tapi kalau nak try gak, aku cadang simpul kain pelikat. Bayangkan lepas terawih tiba-tiba dari makmum sampai ke tok imam kain pelikat tersimpul. Ok, tu lawak keji. Jangan buat. Tapi kalau buat, sila upload gambar aku nak tengok. Priceless!

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

10 comments:

  1. Hahahaha.. bab dia prank ke orang boleh plak...
    Aku masa sekolah aku cuma ikat tali kasut member jer.. tapi tak selalu berjaya laaa.. bebudak mana duduk diam bila dalam kelas...

    *Ni rajin sangat update blog ni.. ni yang aku jeles ni... sebab aku dah lama tak update.. kakaka... *bizi* *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la. Orang lain kena suka la kita. Bahaha..

      Oi hapdet blog cepat

      Delete
  2. Hahahaha...sempat plak nak menyimpul tudung kan...

    Kalau cerita prank zaman sekolah, aku dulu selalu tarik kerusi sape2 yg suka buat kaki dua (alaa, yg jongket kaki kerusi ke belakang tu). Bila tarik kerusi diorang, muka kena mini heart attack tu mmg priceless. Tapi natijahnya, sama ada kena carutan panjang ataupun pelempang sedas dua...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni aku selalu tengok. Memang berkejaran la kanak2 riang. Risiko kena tumbuk pun ada tu

      Delete
  3. Tape ana lagi keji past cicak mati dlm tisue kt ko. kekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish ana.. xleh blah aku.. mana minah tu.. mana????

      Delete
  4. Aku tak pernah buat, sila percaya dgn sepenuh hati... #NoKidding, #Nerd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siyes plain?? Di mana zaman kanak2 mu. Omaigod.. hahaha

      Delete
  5. biasa laki2 buh selotip je..

    lukisan ko makin improve la..good good

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danke Kartunster.. Tak tau nak react cane ni. Ada sedikit riak dah kembang kuncup ni. hahaha

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*