If Only I Had You

Saturday, July 05, 2014

Hi guise,

Mukadimah cerita hari ni.. Aku berbuka mamee classic sahaja tadi maghrib.. *sigh

Semua sebab menangguh keje. I really hate this one particular habit of mine.. Procrastinating! Keje yang sepatutnya siap awal minggu lepas aku duk tangguh-tangguh sampai boss bising nak hari ni jugak. Last-last aku stay back kat ofis sampai pukul 7. I don't really mind to stay even later if it's not in bulan puasa. Tapi bulan puasa ni kalau boleh taknak la balik lambat. Dah pukul 7 mana nak cari kedarahan? (kedarahan=makanan)


Keluar-keluar site office, jalan jem. Dah la jem, semua bawak macam pelesit tak kira sesak. Adoi.. migrain jap aku tadi. Sampai rumah dah 7.30. Sipi-sipi je dengar azan. Telan air sejuk dalam peti, rehat jap kejar nafas. Dengan rumahnya gelap gelita takde penghuni. Aku yang lapar ni pun rasa takde selera nak makan.

Tapi sebab macam lagi sikit nak gastrik aku gagahkan jugak masak mamee. Itupun mamai punya pasal, mee dengan perencah still dalam plastik aku duk campak je masuk periuk. Adoi.. Gourmet cooking la katakan.. Gourmet sangat!

Actually, the point of this entry is.. I need my family here with me. Especially during puasa ni. Berbuka sorang-sorang syahdu gila tau? Waaaarghhh!! If I had my family with me.. I think I would be a bit excited to go home. Ni tak.. Sama lemau je nak pergi ngan nak balik kerja. Takde point!

Gua mau pulang kampung!

At least kalau takleh balik duk kampung pun, bak la sini tukang masak sorang.. waaaaa!!!
Balik-balik ada orang tunggu adalah satu kebahagiaan. Nak-nak kalau tunggu ngan lauk ketam. Um yum yum..

Huhu

Adieu

p/s: Hahaha.. Obses ngan bahasa German akhir-akhir ni..
p/p/s: Mungkin aku patut tukar 'Adieu' jadi 'Auf Weidersehen'.. Nope nope nope.. Panjang sangat..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

15 comments:

  1. Sudah tiba masa... Kawen.. kawenn.. kaweennn..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Awww terharunya aku, mein liebschen...

      Delete
  3. hahahha.. kemainnnn.. untunglah kalau ada orang prepare masak masak kat rumah.. koh koh koh..

    hoihh, lawo header... jeles jeles.. aku kena tuko header gak laa.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mak ada sini.. waaaarghh.. rindu mak masak...


      Header lama xtukar..ni tukar la sebelum raya.. hahah

      Delete
  4. Tulah lawoo gila headerrr :D

    pergh sweet gila ada org tunggu tuuu.....lauk ketam lgi tuuu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu2.. sayang nk tukar header sbnrnya tp dh lama tak tukar kan.. huhu

      Delete
  5. pewwitttt~ header baru~ ;3
    owh lauk ketam? suka makan ketam eh, me not so fond of ketam, kalo udang ok ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak minat sangat ketam. Tp bila dh duk luar terengganu ni bukan main lagi suka makan..tp udang pun suka gak

      Delete
  6. Weyyhh!
    Berbuka sorang2 mmg syahdu wey...
    Aku byk pengalaman berbuka sorg!
    Kalau boleh, jgn laa buka sorang2...

    Takdak teman ajak aku...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dh jumpa lg sorang loner cm aku. Tp aku ni ada perangai mls nk kluar. Bahaha.. rela mkn dlm gelap dr kena bersiap keluar.. tengok entry sebelum ni..

      Delete
  7. dayah kene kawen da ni. fantasy tahap dewa da nampak gayanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawen lagi.. Duyai.. seram sejuk bila sampai topik ni

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*