Just a quick update.
Tadi pagi lepas sahur aku tak terus tido sebab terkena cirit birit yang tak serius sangat. Dah lepas pukul 9 camtu, nafsu tido pun dah tak tahu pegi mana. So sepanjang hari aku duk melukis je keje. Yay!
Dalam pukul 2.30 petang aku dah start sakit kepala. Ahh sudah.. Dah la nak kena pergi supermarket cari barang-barang basah untuk seminggu ni. Kalau tak, kebulor la dibuatnya. Tapi sebab sakit kepala dan mata yang dah berpinau-pinau ni, aku pun tumbang la kejap.
Elok lagi sikit nak slip into the dreamland, tercium bau yang amat..amat.. amat.. memikat selera la orang kata. Perghhh, sedap sungguh. kecur air liur aku yang time tu memang tengah lapar. Almaklumlah.. Sahur air kosong sahaja. Aku cuba jugak pejamkan mata. Tido Day, japgi tumbang time tolak troli, naya..
Tapi memang tak boleh. Bau dia masha allah.. Sungguh umpph.. Aku jeling jam kat dinding.. Tak gerak sebab dah habis bateri. Aku jeling jam kat phone, baru pukul 3 petang. Aduyai.. Jiran aku ni boleh tahan excited nak bukak puasa. Bersangka baik.. Bak kata kawan aku, Haj, masak untuk bazar ramadhan agaknya..
Aku telan liur.. Rancangan nak tidur terus cancel. Siap-siap pergi supermarket. Semangat pulak aku nak masak hari ni.. Semua jiran aku punya pasal.. Tadi masak lauk Thai.. Thanks for the recipe Yus! (Have you visited her blog? She makes digital comic too..)
Puas ku teka menu jiran aku tu.. Sampai sudah tak tahu masak lauk apa.. Haha..
By the way, tak tau la korang perasan ke tak. Aku tukar format/template comic.. Perasan tak? Yang ni pakai template lama, entry sebelum ni pakai template baru. Leave a comment on which template you prefer. Ok?
Adieu
-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -
rajin bebeno melukis.. aku dari pagi semangat nak melukis, bila pegang pen tablet, langsung takde idea,, koh koh koh
ReplyDeleteTime idea tengah membunga ni memang rajin semacam. Cuba tgh artblock.. haaa... kering kontang..
Deletetemplate lama ni cun seyh~ ;3
ReplyDeleteDah biasa pakai yg ni, macam reluctant gak nk tukar template. Tapi background template lama ni putih dia kelabu asap. Geram betul
DeleteMesti la format yang nie! Yg baru pon okay je.. tapi nie nmpak rajin skit. Kah3.
ReplyDeleteSure yg ni nampak rajin. Hmm.. takpe.. nanti aku post satu entry buat perbandingan. Tp personally mmg aku prefer yg lama
DeleteDua-dua pun cantik~~ tp saya lebih suka yg mcm entri sblm ni :)
ReplyDeleteYang baru ni lebih sistematik sebab box dia clear..huhu
DeleteMencabar iman betul kalau bau makanan sedap dr rumah jiran....
ReplyDeleteAku pon slalu kena gak camtu...
Nak tunggu dia ketuk pintu nak bagi sepinggan, idoknyer ler...
Bab template, aku rasa dua2 pon best...
Aku tak kisah mane2 pon...hehehe
Zaman duk kampung dulu ada la jiran hantar lauk. tapi tu pun sekarang dah pupus dah amalan tu. Semua pun dah jadi strangers. Sedih kan?
DeleteBagus ni tak cerewet. Boleh pakai mana2 template. haha