Hi guise,
Bersempena kebanjiran movie superhero lately ni, jom discuss pasal superpower. Aku banyak kali dah berangan nak ada super power ni. Yelah, macam-macam boleh setel dengan senang kalau ada certain super power. Dulu aku pernah terfikir nak ada superpower yang boleh seru duit. Tapi bila pikir-pikir tak perlu jadi superhero pun boleh ada kuasa tu. Jadi bomoh tarik duit pun boleh seru duit. Seru duit orang bodoh yang mudah tertipu ngan janji palsu bomoh kelentong hahaha.
Anyway, kuasa seru duit tolak tepi.Pastu aku ada rasa nak ada kuasa boleh bertukar rupa jadi siapa-siapa je yang aku nak. Akulah perempuan paling hot kalau boleh tukar rupa camtu je. Tapi, kalau boleh tukar rupa, bukan rupa aku dah la. Bukan muka anak Ayah Chik Aleng ngan Mokcik Lah dah la. Eh takleh jadi. Taknak kuasa tukar rupa.
Last-last aku settle down dengan kuasa teleportasi. Alah, macam dalam cerita 'Jumper' tu. Yang boleh gerak ke mana-mana dalam sekelip mata. Aku taknak kuasa lari laju sebab still kena lari dan aku tak suka lari biarlah laju mengalahkan Quicksilver pun. Kalau ada kuasa teleportasi, takyah aku duk KL ni. Duk kat umah umi abah kat Ganu je. Setiap pagi nak pegi kerja kelip-kelip mata je. Hahaha. Rasanya tak jalan dah aku kalau boleh teleport sesuka hati. Bayangkan pulak kalau nak pindah rumah, aku just sentuh je barang apa aku nak bawak dan barang tu akan teleport sekali ngan aku. Uhuhuhuhu.. nice! Bercuti kat luar negara takyah cakap la. Jangankan Paris, Seoul, kalau nak makan ABC aku teleport je sampai puncak Everest, scoop ais parut fresh. Hahaha.
Kalau korang boleh pilih kuasa korang, apa yang akan korang pilih? Super strength? Super brain? Magic? Telekenesis? Jawab soalan ni kat blog masing-masing pastu tinggalkan link kat komen. Nanti aku jenguk.
Sebagai permulaan, aku buat tag wajib kena jawab kalau tak kena denda dua puluh sen. Aujinz, Ankel Jonni, cEro, Plain83, Zygha, Yus, Beng Osmang dan Faye, mohon menyahut. Tak sahut kena bayar dua puluh sen,
Yang lain tu bukan aku tak tag tau. Kalau semua pun aku tag, korang nak tag sape. LOL. Jangan lupa tinggal link kat komen bawah sana. Curious nak tau korang punya super power. Manalah tau kot-kot boleh tubuhkan Avengers ke Justice League ke League of Extraordinary Gentlemen ke (yang last tu mesti tak ramai yang tau).
Sebelum aku blah, jemput baca komik merapu~~! Pyyong!
Sesi daydreaming featuring Kei-san
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~
p/s: Kalau aku boleh bagi superpower kat semua nyamuk atas muka bumi ni, aku dah bagi kuasa sedut lemak kat badigol tu semua. Dah la gigit gatal, silap haribulan kena sakit denggi la, chikunguya la. Cuba sedut lemak ada jugak pekdah.
p/p/s: Kei punya superpower yang paling sesuai adalah invisibility. Come to think about it, dia memang ghaib pun. Ahahaha


