Joykiller

Monday, June 01, 2026

Pernah tak korang ada kawan, rakan sekerja, atau mungkin seseorang yang korang anggap sebagai 'senior' yang dihormati, tapi setiap kali korang kongsi berita gembira, dia akan jadi orang pertama yang datang bawa 'hujan' untuk basahkan mood korang? Orang putih panggil orang macam ni wet blanket atau joykiller. Lebih parah lagi, bila orang ini berada dalam kategori "Orang Tersayang" atau orang yang rapat dalam hidup kita. It’s a painful irony, kan?

Lama juga aku muhasabah diri, tertanya-tanya sama ada aku yang terlalu sensitif atau overthinking. Tapi bila corak (pattern) yang sama berulang berkali-kali, aku sedar ini bukan isu kebetulan. This is a pattern.

Corak Halus Seorang 'Joykiller'

Bila aku ingat-ingat balik, 'racun' yang dibawa selalunya datang dalam bentuk yang sangat halus, kononnya atas dasar menasihati atau sekadar menyampaikan cerita. Antara situasi yang biasa berlaku:

Memperkecilkan Usaha & Inisiatif Kita (Diminishing Your Effort)
Setiap kali aku cuba untuk tingkatkan kemahiran diri, belajar sesuatu yang baru (self-study), atau rancang strategi ke hadapan, mesti akan ada ulasan yang bernada sinis. "Muda-muda ni memang la ada semangat lagi, nanti dah lama-lama malas la nak kejar semua benda ni." Ayat nampak macam keluhan peribadi je kan, tetapi impaknya macam nak bagi rasa ragu-ragu (self-doubt) dalam diri kita.

Menjadi 'Jurucakap' Berita Negatif (The Messenger of Negativity)
This is the most telling part. Setiap kali aku dapat pengiktirafan, pujian daripada pihak atasan, atau apa-apa jela pencapaian atas hasil kerja keras aku, dia akan tiba-tiba muncul membawa 'suara-suara sumbang' dari belakang. "Orang tu kata macam ni pasal kau...", "Ada yang tak puas hati kat sana...". Logik akal, if they are truly a friend, kenapa beriya-iya jadi posmen untuk menyampaikan perkara yang boleh merosakkan kegembiraan kita? Why are they fanning the flame?

Menambah Beban Ketika Waktu Kritikal (Adding Fuel to the Fire)
Semasa aku tengah undertake a huge responsibility, a very niche and specific task yang mencabar—bukannya bagi sokongan, tapi kritikan kecil yang tidak membina pula yang kerap diungkit. Nampak sangat macam satu usaha sengaja untuk menguji ketahanan mental kita waktu kita tengah under immense pressure.

Timing yang Terlalu Kebetulan (Impeccable Timing)
Baru je aku up status meraikan kesyukuran atau small wins di media sosial, sepantas kilat mesej peribadi masuk membawa khabar angin profesional yang tidak berasas,cakap ada pihak yang tak puas hati dengan kerja aku. Macam aku lepas tangan masa aku away from office to receive said award. Padahal, sebelum aku tinggalkan ofis aku dah selesaikan mana yang aku kena selesaikan dan serah tugas dekat orang yang sepatutnya. Orang yang kononnya tak puas hati ngan aku pun aku dah maklumkan dan update dari semasa ke semasa. Orang tu pun tak contact aku langsung. Dari mana datang tak puas hati dan lepas tangan ni? The timing is just too perfect to be a coincidence.

Aku sumpah pelik ngan perangai dia ni. Sebab aku sentiasa meraikan kemenangan-kemenangan dia. Sampai buat aku rasa pelik. Aku yang sensitif sangat ke aku ni memang annoying dan terlalu showy? Entah la. Tapi ni analisa aku:

The Why

Dari sudut psikologi, ini dinamakan Schadenfreude yang halus, atau refleksi daripada rasa tidak aman (insecurity) dalam diri dia sendiri. Bila tengok orang lain sentiasa bertenaga, produktif, dan mendapat perhatian positif, ego dia rasa tercabar. They can’t stop your success, jadi satu-satunya cara untuk dia rasa 'hebat' adalah dengan mengawal dan merosakkan emosi serta keceriaan kita. They just want to steal your joy.

The How to Protect Yourself
Aku jenis yang cepat lupa perkara yang menyakitkan hati, terutamanya kalau datang daripada orang yang aku sayang atau hormati. Aku pun cepat percaya bulat-bulat kata-kata yang datang dari orang yang aku hormati. Tetapi demi menjaga kesihatan mental jangka panjang, beberapa langkah sempadan wajib diambil:

Information Diet
Mulai sekarang, simpan small wins, rancangan masa depan, atau kejayaan peribadi untuk diri sendiri atau kongsi hanya dengan orang yang benar-benar tulus. Not everyone deserves access to your joy.

Tapis dengan Logik, Bukan Emosi
Bila dapat mesej atau kata-kata yang berniat menjatuhkan, jawab dengan ringkas, profesional, dan matang. Tunjukkan bahawa 'umpan' diorang untuk tengok kita melatah atau sedih tidak mengena. Don't give them the reaction they want.

Undestand that It's Them, Not me 
Kebahagiaan dan kejayaan aku bukan punca masalah; sebaliknya ia adalah cermin yang memantulkan apa yang tidak selesai di dalam hati diorang sendiri. It’s a reflection of them, not me.

 

Kalau korang ada terbuat macam si polan ni aku harap korang cepat-cepat muhasabah diri. Sebab menjadi joykiller dan wet blanket ni hanya menunjukkan satu benda je.. Yang korang ni pendengki. Bila member korang happy, doa la untuk korang pun dapat lebih baik. menyakitkan hati orang cara passive aggressive dapat apa? Kepuasan sementara?

Blog ini ditulis sebagai arkib peribadi dan peringatan untuk diri aku pada masa hadapan. Teruslah bersinar, teruslah belajar, and never let anyone dim your light!

Adieu

No comments:

Post a Comment

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*