Jengkel

Tuesday, May 03, 2016

Hi guise,

Hari ni aku nak membakar. Ya! Bakar bakar bakar!!!
Tiba-tiba je bakar. Mukaddimah takde, apa takde tiba-tiba bakar.

Tarik nafas.. hmmm.. Lepas.. fuuuuuuuuu~~~!

Aku nak tanya kenapa ramai sangat makhluk menjengkelkan di luar sana? There are reasons why I prefer to lock myself up in my room instead of going outside for you know, walking around and stuff.. Haih... Aku jenis yang suka terperap di rumah, tengok youtube, tengok cerita kat laptop. Tapi kadang-kadang aku terpaksa keluar untuk tengok wayang, beli barang dapur dan sebagainya. Dan masa aku jarang-jarang keluarlah terjumpa makhluk-makhluk jengkel yang menguatkan keputusan aku untuk taknak ada apa-apa interaksi dengan manusia in real life. OMG.. aku dah macam antisocial. Heh, a bit.


The Lift Blocker

Listen, if you push through a crowd coming off the lift, I'm gonna judge the shit out of you. This is common sense people! Bagi orang keluar dulu baru kau masuk. Dari yang muda sampai ke tua, tak- reti-reti benda simple macam ni. Apa yang dia duk kalut sangat pun tak tau. Aku kalau jumpa makhluk ni memang aku buat muka la. Muka clear cakap "Ko bodo"


The Questionable Parenting
Aku sentiasa merasa jengkel terhadap kanak-kanak. Here comes the boo.. Ye ye.. Aku tau, budak-budak biasalah buas tak terbendung. Masa aku kecik dulu pun buas yang amat. Tapi kalau kau bawak anak-anak pergi beli barang dapur dan kau tengok je anak-anak kau panjat sana sini tak cakap apa, sorry, kau ada masalah. Tolong KAWAL anak kau! Bukan sengih sumbing je tengok anak kau huru-harakan tempat tu. Yang jenis langgar orang ngan troli tu pun satu hal. Sekali aku lesing baru tau.


The Filth
Ok aku mengaku aku jenis bersepah kat rumah. Tapi perangai tu aku tak bawak keluar, tolonglah. Aku perasan kat Subway contohnya, takde cleaner. So basically doesn't that mean that you have to clean up after yourself? Bukan susah sangat kan? Kumpul sampah yang korang buat time makan tu, bawak tray pergi trashcan, buang situ. Korang nak basuh tangan gak lepas makan kan, so apa salahnya angkat sampah tu? Ni tak biar je bersepah atas meja. Orang lain nak duk situ pun tak selera. Tu belum cakap lagi pasal sos meleleh atas meja. Mulut jenis bocor tepi agaknya sampai sepah macam tu sekali. Nak tengok kes naya boleh tengok kat Ikea. Fuh, nampak sangat buruk perangai orang Malaysia ni.

The Campers
Yang ni berkait rapat ngan spesies kat atas. Suka hog tempat lama-lama. Sayang, nak melepak dipersilakan ke taman ye. Dah habis makan tolong blah. Boleh pulak buat muka tak bersalah duk kunyah straw time orang melilau cari tempat duduk. Apasal tak bawak khemah, camping terus kat meja makan tu? Takpun ko angkut la bangku ngan meja tu balik umah.


The Boobs Too Close To Comfort
This actually happened...

Makhluk ini adalah jenis yang tak paham personal area ataupun personal space. Kalau diikutkan dalam setting sosial, seseorang memerlukan ruang radius sekurang-kurangnya 1.2m. Itu normal okay. ITU NORMAL! So kau yang jenis nak berdiri dekat sampai berlaga bahu ni kenapa? Kita bukan tengah rapatkan saf nak solat jemaah, kita tengah beratur nak beli tiket wayang Kapten Murrica. Tolong jauh sikit lah. Tak puas menempel kat uterus masa dalam perut mak ke? Apa kau fikir kalau beratur rapat-rapat ni lagi laju ke line tu? Stop breathing on my neck, you perv. Aku tumbuk boobs ko nanti.

Aku seboleh-bolehnya taknak jumpa spesies manusia macam ni. Oleh sebab itu aku sangat merancang bila aku nak keluar dan berapa lama aku akan luang masa kat luar.

Rutin beli barang dapur aku sangat simple; parking dekat ngan lif, naik lif tingkat 1, amik bakul seret, pergi aisle sabun amik sabun Kao Attack ngan refill Ambi Pur, singgah ruang air, capai Yakult twin pack less sugar satu, pegi ruang daging, dilema jap pikir nak makan daging lembu ke kambing ke ayam ke, last-last amik semua jenis, pastu kalau terlebih rajin pegi aisle coklat amik 4 ketul Whittaker Berry and Biscuit, pastu beratur pi bayar. Biasanya tak sampai sejam setel. Record paling laju 15 minit sebab tak ramai orang beratur.

Kalau tengok wayang lagi laju. Naik parking tingkat atas, pilih Ladies Parking betul-betul depan pintu masuk tangga wayang, beratur beli tiket tayangan terdekat, kalau dapat masa lambat, pergi makan Subway jap pastu 5 minit sebelum masuk panggung singgah beli air ngan mini sausage combo, masuk wayang, gelak sorang-sorang sebab takde kawan, keluar panggung, balik.

Takdenya aku nak berlama kat luar buat orang annoyed dengan kewujudan aku. Aku harap lebih ramai rakyat Malaysia cuba untuk tidak menjengkelkan orang lain dengan kewujudan masing-masing. Jagalah perangai anda bila di tempat awam. Kalau tak mampu nak behave, jadi cam aku, berkurung dalam bilik sampai berkulat la sial.

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Aku tak tau apa masalah tablet aku ni. Dia tak detect pen pressure. Tah setting mana la aku click. yergh.. Tapi panel last macam ada pressure difference. I don't understand this gdi

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*