Berangan itu Percuma

Monday, August 10, 2020

Baru-baru ni aku balik ke kampung untuk buat persiapan apa yang patut untuk balik selamanya. Eh.. selamanya. yakin je. ahaha. Masa kat kampung ada la borak ngan umi abah, sambil tu pakat berangan sekali. Aku cakap, bestnya kalau ada ruang sendiri untuk aku fokus melukis. Ruang yang aku tak berkongsi dengan orang. FYI sekarang ni kat rumah ada adik ipar so memang kena jaga-jaga nak keluar bilik, nak ke dapur, nak ke bilik air. So kalaulah ada ruang yang lengkap berbilik air untuk aku berdiam, kan ke best.

Keluar la jugak angan-angan nak duduk rumah kayu, buat siri youtube pasal duduk rumah kampung, masak dengan dapur kayu, buat kuih-muih tradisi melayu Terengganu. Mata umi abah aku dah bersinar-sinar dah time tu. Anak-beranak tiga ketul memang berkongsi minat yang sama. Abah pun gesa aku buat plan rumah. Buat simple-simple supa lagi jauh angan-angan kitorang tu. So aku sebagai anak yang baik pun lukis jela kan..

Rumahnya tak besar pun. Besar sikit dari chalet. Beranda dalam 8'x4'. Cukup la untuk makan bersila ramai-ramai. Ruang bilik berpartisyen untuk peranti digital: Laptop, tablet, printer, silhouette machine, cutter dan shredder. Ruang tamu paling banyak pencahayaan akan dijadikan studio lukisan medium traditional dan perpustakaan kecil. Di bahagian bawah pulak akan ada pantry kecik dan ruang untuk solat. Bilik air ringkas pun ada untuk mudah nak melabur. Kalau nak masak ke apa boleh lari balik rumah umi abah jap tak pun nanti buat dapur kayu kat belakang rumah. Hahaha. Kalau berangan tu memang percuma noks.

Umi pun panjangkan lagi angan-angan percuma ni dengan membincangkan jenis dinding yang nak dibuat. Umi ada latar belakang pendidikan dalam binaan melayu. Pulak tu kerja kat muzium, hari-hari tengok rumah lama kat complex Muzium Terengganu tu. Jadi kami pun berkongsi buah angan-angan. Umi cakap, "Kak, buatlah dinding susun sirih. Macam rumah Mok (nenek)"

Hmm.. aku tak berkenan sangat pattern tu. Sebabnya senang nak kumpul debu. Aku cakap aku lagi minat dinding menegak, susun rapat-rapat. Barangkali namanya tindih kasih. Apa-apa pun umi berkeras jangan buat dinding janda berhias sebab dia dah jemu tengok dinding muzium Terengganu Hahaha. Bagi aku rumah yang besar cantiklah buat janda berhias tapi kalau rumah setakat dua depa, buat apa? Tak nampak la ukirannya kalau dah kecik sangat. Supaya korang tak keliru, nah aku sertakan illustrasi dari google.


(Dinding Janda Berhias)

Lepas fikir pasal dinding, umi usulkan untuk buat tingkap labuh. Aku pun minat tingkap labuh dengan pagar musang untuk pencahayaan dan pengudaraan maksima. Yang ni memang masing-masing setuju. Kami pun beralih ke bahagian atap pula. Aku dah awal-awal bagitau aku taknak atap metal deck sebab bising bila hujan. Aku nak atap genting, dipasang cara melayu. Umi cepat-cepat ingatkan jangan buat atap singgora. Atap A-frame dengan pemeles pun dah cantik. Sebenarnya, aku pun tak reti sangat bab-bab atap ni so aku iyakan aja. 

Sedap duk berangan, dah masuk waktu maghrib jadi majlis angan-angan pun terpaksalah ditangguhkan buat sementara waktu sebab pengerusinya nak pergi masjid. 

Gittew..

Adieu

3 comments:

  1. Semoga angan-angan menjadi kenyataan. Insyaallah .

    ReplyDelete
  2. lukis full seperti yang diangankan please haha. Moga jadi kenyataan Day! Nanti aku pergi sana boleh melawat? haha

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*