Inseparable

Wednesday, July 15, 2020


"Air dicincang takkan putus"
"Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua"

Gitulah kiranya hubungan minyak dengan Tupperware. Semenjak jadi level-level makcik, aku cukup gemar dengan Tupperware. Dulu bukan main kutuk mak obses ngan barang plastik last-last aku pun sangkut jugak. Heh!

Benda paling aku menyampah nak buat adalah basuh minyak dari bekas Tupperware. Kadang-kadang tu fikir dua tiga kali, "Hmmm.. mungkin aku patut guna tipuware je untuk bungkus makanan berminyak ni" sebab punya la menyampah nak menyental kesan minyaknya tu nanti. Agak-agaknya kenapa minyak ni suka sangat nak melekat di Tupperware ye? Kalau ada pakar kimia nak berkongsi, silakan.

Menurut pengetahuan kimia aku yang peringkat SPM ni, dua-dua minyak dan plastik (polyethylene to be precise since we're talking about Tupperware) adalah sebatian hidrokarbon dengan rantaian panjang yang non-polar. Air pulak polar jadi bahan-bahan ni taknak bergaul la dengan dia. Disebabkan itu minyak dengan polyethylene lebih selesa berdampingan bersama daripada bercampur gaul dengan Air. Perangai pulau-memulau ni bukan hanya ada apa manusia, dekat bahan kimia pun ada.

Sebab tu la juga kita memerlukan sabun untuk membersihkan kesan minyak. Sabun ni sifat dia bercampur polar non-polar. Senang cerita ada kekeliruan identiti. Tapi disebabkan sifat ni la dia boleh ubah sifat minyak dengan menyeliputi molekul minyak tu supaya minyak boleh bergerak bebas dalam air. 

"Babe, cleaning your greasy Tupperware should not be this complicated"

Memang la tak complicated tapi bila basuh Tupperware ni, tak kira la kau pakai sabun sebotol pun, jap lagi dah bilas confirm ada kesan minyak tu lagi. Punya la degil nak mampus. Biasanya aku akan basuh bekas tu dua kali, mula-mula dengan sabun pekat lepas tu bilas dengan air mutlak. DUA KALI! Kalau masuk kuah spageti ke, kuah nasi lemak ke, biasanya paling kurang pun 3 kali. Dah la berminyak, tinggal kaler la tu. Axion pun tak boleh bantu.

Pokoknya, kalau renyah nak basuh Tupperware, elok pakai jela bekas plastik tapau yang murah tu. Elok fedup duk menyental, kau campak je masuk gaung. Setel masalah..

"Tapi kak, we have to reduce single-use plastic"

Pulak...

Adieu

P/S: Takkan hilang minyak di Tupperware.. Punya puitis ayat kat twitter zaman sekarang LOL

8 comments:

  1. Laa.. I ingatkan i je ada masalah nak cuci bersih tupperware. I ingatkan tupperware i ni batch baru sampaikan payah sangat nak cuci bersih especially minyak. Melayu opkos makanan berminyak berlemak. i memang almost everyday bawak bekal ke opis. selalu lama depan sink, cuci bekas bagi betul2 hilang minyak. Sampaikan i basuh dengan air panas coway. I dulu guna bekas kedai eco rm2 pun senang je nak hilang minyak kat bekas tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Renyah nak membasuh kan? I tengok satu comment kat discussion board cakap jangan basuh dengan air panas, letak sabun pekat kat situ dan biarkan kejap, konon senang sikit tanggal. Tapi kalau dah sental pun takmau dia tanggal, apa nak dibuat lagi kan?

      Delete
  2. aah la, kalau ada bekas tu dlm sinki mmg tinggal jer..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. jangan dekat, nanti kena paksa basuh

      Delete
  3. Aku paling menyampah cuci celah penutup dia tu. Hampir give up, eh memang dah give up. Aku guna sunlight ok la jugak nak cuci minyak kat body dia tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyh celah dia tu naharammmmmm.. Memang aktiviti paling tak digemari!

      Delete
  4. betull la tu.. lagi2 kalau makanan tu dipanaskan dlm microwave... memang permanent mark la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la jadi permanent?? hamagad.. mahal saje je barang-barang plastik ni. Baik pakai luminark kalau camni

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*