Hi Guise
Sebelum apa-apa, ye aku dah jumpa pen aku. Tersorok lam laci kertas. lolol
Hari ni aku cuba untuk menulis dalam bahasa melayu. Kebanyakan entry dalam blog ni aku tulis dalam bahasa inggeris sebab aku takut nak rosakkan bahsa melayu aku dengan tulisan merapu. Tapi hari ni aku terpanggil nak bincangkan isu melayu dan bahasa.
Hari ni aku ternampak topik di Facebook mengenai negara Jepun dan Korea yang maju tanpa bahasa inggeris. Kenapa melayu perlu belajar bahasa inggeris untuk maju? Kenapa banyak majikan memilih pekerja berdasarkan kebolehan mereka berbahasa inggeris?
Ada seorang pengomen tu hujahnya lebih kurang seperti di bawah.
Satu benda yang selalu aku dengar. "Dah kenapa kena belajar bahasa inggeris? Asyik nak tiru penjajah je bila kita nak maju? Ni lah melayu asyik nak mengagungkan orang barat sampai bahasa sendiri pun dah tak utamakan"
Perangai orang macam ni bila tak berjaya salahkan orang lain sebab letak syarat tinggi. Tak pandang silap sendiri yang tak berusaha untuk mencapai syarat-syarat diperlukan. Bodoh sombong. Dah bodoh, sombong lagi. Tak puas hati. Semua silap orang lain, bukan silap sendiri. Bila tanya kau boleh ke baca jawi, tersipu malu tak reti. Apa-apa pun berbalik pada diri sendiri jugak kan?
Rugi ke belajar bahasa? Rugi ke ruang otak kau untuk belajar bahasa? Banyak orang aku jumpa yang pandai berbahasa inggeris pandai baca jawi.
Jawi belum mati. Tapi kau sendiri pun belum tentu nak menghidupkan jawi.
Tak payah cakap pasal tulisan jawi la kalau masa exam PI dulu pun malas nak tulis jawapan dalam tulisan jawi. Jangan cakap gebang. Pokok pangkal, belajar la untuk maju. Bukan untuk jadi keyboard warrior melalak tak kena cara.
Bahasa bukan penentu kemajuan tapi nilai tambah. Jepun dan Korea maju sebab attitude. Attitude paling penting.
Dah la. Kang cakap aku lebih-lebih pulak.
P/S: Teringat ada satu rancangan Korea ni. Bila cakap pasal orang Malaysia terus presepsi diorang "Oh orang Malaysia memang terer English." Macam kagum gila diorang. Harap maklum, orang Korea pun belajar bahasa inggeris ok.
Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!
Nasib baik aku sampai ke IPT pun tulis note dengan Jawi. Wkwkwkw...
ReplyDeleteTahniah inchek.. Marilah kita menulis jawi. Sayangnya aku tak reti menaip jawi.
DeleteGeng2 yang konon poyo patriotik lebih macam ni selalunya akan rasa meluat bila tengok orang melayu lain bercakap bahasa lain selain melayu, bukan setakat bahasa inggeris. Ntah apa masalah dorang, sendiri tak mau belajar, marahkan orang lain yang mau belajar. Heh... abaikan saja mereka itew ;3
ReplyDeleteTu la. Kadang-kadang modalnya bukan sebab marah bahasa melayu tak digunakan tapi lebih sebab dengki. Masalah betul la mentaliti ni kadang-kadang
Deletehmmm. ada benarnya kita sebenarnya terlalu memuja bahasa matsalleh. padahal korea jepun tak perlu bahasa penjajah boleh maju. tapi kalu cakap je tapi x praktis takde guna jugak. kene kita sendiri selami BM dan bahasa jawi. and at the same time it is essential for us to be able to speak and understand English so that we won't be left behind. like it or not, english is the international language.
ReplyDeleteTrue, english is the international language. To me learning any language is an added point be it Arabic or Chinese. Idolizing English? Not really. Since Independence, it's true that we depends on foreign technology to build our country which comes, mostly, in English. Are we incapable of striving without the use of English? Not necessarily. Our ancestors prove it can be done. But the time has passed. Looking forward, english is the language of knowledge and commerce. Using it doesn't make us weaker. So why not? At the same time, Malay is our last connection to our past glory. It is our responsibility to keep it alive.
Deletebahasa inggeris bahasa dunia, antarabangsa, bahasa melayu bahasa kebangsaan. dua2 kena ada baru mantap. hahahhaa. part manusia yg memandang rendah tentang bahasa inggeris nie, cuba letak dia tengah2 newyork, tengok boleh hidup ke tak XD
ReplyDeleteTak rugi belajar banyak bahasa. Pokok pangkalnya belajar la selagi mampu. jangan merapu bila bangsa lain lebih maju disebabkan perangai sendiri yang malas nak berusaha
DeleteWeeee.. the pen is back! Uih ramai lagi belum tidor. Aku ingt aku je burung hantu tegar tengah2 weekdays ni. Huuu..
ReplyDeleteAku pon takut nak guna BM dalam writing aku sekarang sebabnya aku rasa bahasa melayu aku dah rosak teruk campur rojak naik keling dah. See.. Keling pulak di salahkan. Tergagap bila nak taip full paragraph. Tapi masalahnya English aku pon teruk jugak. Ahahaha.. bagi aku apa pon bahasa yang digunakan janji orang paham apa kita nak sampaikan sebabnya bahasa ni fungsi utama dia komunikasi. The hell with it dgn orang yang suka condemn orang lain cuba guna bahasa lain dari yang dia reti.
Aku ni lagi la bahasa ibunda sendiri pon tengah tergagap belajar.
Yay aku nyaris nak patah harapan dah ngan tablet ni.
DeleteHumans are social creature and language is a mean to fulfill that need.
aku suka tulis jawi.. hahahah
ReplyDeletememang ramai gak cakap camtu, aku pun kdg2 terfikir..perlu sangat ke cakap BI? Don't get me wrong.. kekadang macam ada kawan aku tu buat kerja bagus, tapi sbb bi dia x brapa ok, x dapat kerja kat situ.. so dr point yang tu, aku x setuju sgt
Apa2 pon.. x salah belajar improve bi kita.. menulis dan bercakap.. banyak advantage utk org di alam pekerjaan
Aku rasa penggunaan bahasa inggeris ni bergantung pada sektor jugak. Dan memang hakikat banyak sektor memerlukan pekerja untuk fasih berbahasa inggeris. Contohnya kejuruteraan, eksport import dan pelancongan. Sebabnya kita memerlukan satu common language untuk membolehkan perkongsian maklumat. Kalau ada peluang dan masa, aku kalau boleh nak belajar bahasa jerman dan jepun. Every language is unique and it reflects the culture of it's people.
Deletetipikal meleis.. lemah dalam sesuatu benda, salahkan org lain, bukan diri sendiri.
ReplyDeletesuka atau tak, BI tu bahasa antarabangsa.
Ye Jepun boleh hidup, tp dlm negara diorg jelah, bila dtg Penang tergagau2 mintak tunjuk jln tp masalahnya aku tak tau apa yg diorg nak, yg aku tau arigato, haipp!
kahkah!
Kan? Sangat merumaskan kalau nak bergantung kat translator sepanjang masa sebab kadang-kadang lost in translation. Tak rugi belajar bahasa asing. Terutama lingua franca seperti English dan Chinese
DeleteBiasalah tu. Depa nak perhatian lebih dalam alam maya.biarkaannnlaahhhh depa.kakaka
ReplyDeleteTu la. Nak biarkan je tapi sedih tengok orang kita macam ni. Habis-habis pun bertekak kat facebook.
Deletebetul betul...it's all about attitude. pakai bahasa apa pun kalau attitude still based on low/lazy mentality, tetap akan kelaut...
ReplyDelete