The Big Bad Mood

Saturday, December 14, 2013

Hi guise,

Alkisahnya malam tadi.

(tolong ignore lukisan kete yang macam rupa pemadam doposen tu ye)

Kawan aku Pinud dengan Jue ada datang melawat. Boleh ke kata melawat? Jue keje sini gak kot. Ok, ignore the technicality. Lepas keje, aku ajak la Pinud keluar. Kononnya nak pergi makan kat OU la ngan Jue. Sekali jam macam haram depan OU so kitorang buat keputusan makan dekat The Curve je. Baik punya sabar aku redah jam. Sampai la kat OU.

Kitorang gerak pegi Waroeng Penyet. Aku order grill chicken. Lupa nak specify bahagian mana. Mamat tu hantar bahagian dada.. Omai, aku dah start badmood. Kepada yang dah lama follow blog ni mesti tau yang aku tak suka makan part dada. Memang banyak kali tercekik ayam la time makan. Almaklumlah makan tak ikhlas. Tapi perut dah lapar so aku telankan aje. Bukan salah dada ayam tu dilahirkan sebagai dada ayam. Takpe, akak paham dik dada ayam. Sapu air mata sambil suap isi ayam yang kering tu.

Perut dah kenyang, dah sendat kitorang pun berkisar-kisarlah nak pegi Big Bad Wolf dekat The Mines. Huh, dari Damansara nak ke The Mines. Jenuh jugak tu. Nak-nak bawak kete yang tak biasa bawak ni. FYI, malam tadi sempat lenjan kete baru dak Pinud. Ford Focus Titanium (sedan).. (sila masukkan lagu keraian di situ.. yeaahaa)

Tiga-tiga ketul manusia dalam kete tu semua haram tak tau jalan. terpaksa la bergantung kat encik GPS yang tah jalan mana dia hantar kitorang. Terlepas U-turn la.. Silap masuk lorong la. Yang paling takleh blah tersilap masuk parking persendirian. Aku cakap kat pakgad tu, bang, saya sila masuk lorong. Nak U-turn jap. Ingat setel la. Sekali nak keluar kena RM1.30. Whoi nak u-turn je wey.. Babi apa ni.. Oopss pardon my french.

Dah berada di jalan yang benar, sangkut pulak jam nak masuk The Mines. Lama gak la bersabar. Tiba-tiba datang idea nak bukak sun visor. Almaklumlah, Preve aku takde sun visor kejadah ni. Nak bajet omputih la kejap kononnya. Elok bukak sun visor menerpalah bau yang sangat familiar. Duhai, cane tak perasan ada lori durian kat sebelah. Kelamkabut Mak Lijah tutup sun visor.

Last-last kitorang give up nak pegi Big Bad Wolf. Minyak pun blink-blink dah time tu. Cuak jugak aku. Citenya, time balik pun sempat makan langsat. Nasib tak cicah jem je. Bikin panas..

Big Bad Wolf tadak, Big Bad Mood ada..

Adieu


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

20 comments:

  1. aku paham perasaan ko..aku sanggup gaduh ngan orang kedai makan,cashier kepsi atau apa2 jual ayam kalau bagi aku dada ayam tu..tight atau drumstik je aku nak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaan.. Aku tak paham nape susah sangat nak bagi aku peha atau thigh in stead of dada..

      Delete
  2. hahaha. sama la. aku pun xmakan dada. thigh ngan drumstick je on. kalu dada kitorang panggil ayam bodoh. hahaha

    ReplyDelete
  3. sedap pe dada ayam,, hahaha.. xpat p big bad wolf jugakkk

    ReplyDelete
  4. hahah dada ayam best gak....kepak sedap gak, peha pun sedap..ayam memang sedap..haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. chicken enthusiast.. Jangan sekali ngan pallet ayam pun sekali bedal

      Delete
  5. Alahi comelnya akak ni lukis. Ehehehe memang untung. Betul-betul untung. Tak tipu ! Untung kalau bawak akak ni makan, lepas tu hidangkan ayam part peha. Perghh kenyang kenyang. Ahahahaha :P Kenapa ramai blogger yang pergi big bad wolf ni ? Arghh saja la tu buat cemburu :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bimbang, blogger vespa buruk fail sampai BBW

      Delete
  6. *vavi* apa ni? oops pardon my french...

    wahkakakak!! XD

    ReplyDelete
  7. kah kah kah.. Sabo Day, sabo... dapat gak hang makan langsat masa balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sangat makan langsat sampai kembung perut

      Delete
  8. dah sampai mines tapi tak pegi big bad wolf tu?ruginya..dah sejengkal dah jaraknya tu..

    btw, kalau tahu shortcut boleh je elak jem tu sebenarnya..

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAdahnya malas nak jalan-jalan kenal jalan. Memang tak la nak redah lagi dah minyak pun kong..

      Delete
  9. pernah lalu jalan2 tu sekali n tobat xnak lalu dah..lalala..

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*