AKU RASA DAH SAMPAI MASANYA

Wednesday, November 21, 2012

Untuk aku berkongsi satu cerita ngan korang.. Sebelum tu, aku rasa sangat panas hati ngan minah tingkat bawah ni yang suka tengking anak dia. pukul 2, 3 pagi pun sempoi je duk maki anak dia. Orang lain nak tido ke apa ke ko heran apa kan? Dasar jenis manusia..heh..Kang aku call talian Nur kang.. Terdera jiwa aku ni sejak duduk sini.

Anyhow, sepatutnya mood syahdu sebab cite kali ni agak syahdu dan mengharukan..So, jom start balik..

Hi guise..

Aku rasa dah sampai masanya untuk aku berkongsi satu cerita ngan korang.. Sebab aku rasa macam ramai lak tanya sal ni kat tempat keje.. Aku tak niat nak rahsiakan pun cuma tu la.. lama duk pikir cara terbaik nak umumkan. Kepada kawan-kawan baik yang baca entry ni, aku harap korang tak putus kawan ngan aku sebab ni.. Bukan aku taknak cakap.. Argghh..dah la..aku dah siap lukis komik untuk terangkan..So, layan jela.

Pada suatu hari jumaat minggu kedua yang beberapa ketika dahulu..aku dapat panggilan..


Neves tak tengok cam ramai orang depan rumah? Lagi neves bila masuk rumah yang penuh dengan hiasan.. langsir baru lip lap lip lap..Masuk bilik.. Omang ai.. Pehal bilik aku kaler pink ni??Argh!! Apa ni? Apa ni?

Tapi yang paling shocking adalah bila tiba-tiba beliau cakap "Esok Kakak tunang.."

Yih!!! Apehal tetibe ni? Padan la tiket flight semua sempoi je tanggung.. Tak dan-dan tunggu minggu depan, terus suh balik kampung..

So, dalam keadaan shocking dan tekanan, aku rasa cam takleh caye kat sape-sape kat rumah tu termasuklah Si Kembang jahanam tu. Aku yakin dia tengah gelak di belakang langsir..Puih kucing durjana..

Dan tiba-tiba..ketika aku dalam kebingungan mencari jawapan.. Sambil bengang tengok bilik jadi Pink semacam..

Dan kat depan aku.. Ada sorang mamat tersengih.. Apsal macam pernah nampak ni? Aku senyap je.. Tadi bukan main banyak benda aku nak cakap, nak tanya.. tapi paling utamanya nak tanya la.. Tapi kelu kot takleh cakap apa..

Bukan nak buat lawak cliche ke apa.. Memang betul muka ni macam pernah nampak.. Macam..budak..yang..duduk sebelah aku lam flight tadi.. eh.. yeke?? Ye!! Betul budak ni.. yang selambe tido time aku macam haram tengah tak sedap hati.. Oi, flight tak sampai sejam tido bukan main lagi.. But that's not the point.. So budak ni la..bakal...



Aku rasa dia memang dah tau kot apa yang aku nak tanya.. Dah lama dua-dua senyap je.. Tiba-tiba berani lak mamat ni mula cakap.. Straight to the point lak tu..

"Hidayah, sorry la kalau macam mengejut sangat semua ni.. Saya dah minta izin mak ayah awak. Lagi pulak diorang cakap awak Ok je kalau diorang setuju.. 

Saya tahu apa yang awak pikir sekarang. Apsal sampai takleh bagitau langsung.. Sebenarnya awak tu susah sangat nak angkat call. So, memandangkan dua-dua family dah setuju, kitorang rasa better buat macam ni.

Awak pun baru mula keje. Mesti serabut kalau kena buat semua persiapan ni.. Lagipun semua benda ni nak cepat..

Saya taknak paksa awak terima je semua ni kalau awak tak sudi.. So.. awak nak teruskan ke tak?"

Amik kau.. tergamam aku kat situ.. Tapi.. Ada satu soalan yang sumpah aku nak tnya..

" Kenapa nak cepat sangat?"

" Sebab minggu depan saya dah nak ke German, tiga bulan.. Ada kursus kat sana. Saya taknak menyesal kalau balik-balik nanti awak dah melepas kat orang lain"

Pergh.. merah jap muka.. Tapi sebab aku brutal, aku gagahkan jugak tengok muka mamat jambu ni. Pelik.. kenapa la ko nak kat aku yang macam dugong ni?

" So.. Awak nak teruskan tak?"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

JILAKA!!!





Aku tak rasa korang caye pun. Cite kat atas tu cite tipu sebenarnya. Motip?

1) Aku pernah mimpi balik umah dah berhias bagai.. Tapi dalam mimpi tu takdelah aku yang jadi watak heroin yang bangang tu..

2) AKU MENYAMPAH DAH ORANG TANYA PASAL CINCIN MAK AKU NI..Ni cincin yang berjaya aku seludup kot.. bukan cincin tunang. yang takleh blah selambe dek panggil aku Puan. Ko pehal derr??

Anyhow, aku takdelah hangen sangat ngan issue ni sebenarnya. Saja nak buang tebiat lukis komik panjang-panjang..

Just nak confirmkan.. YE, Aku single.. Belum Kawen walaupun badan macam dah anak 3.. Adakah aku akan bertunang dalam masa terdekat ni? TIDAK sama sekali.. Adakah aku suka diingatkan bahawa aku takde tunang wahima pakwe? Tidak Sama Sekali, Yang Arif..

Maka??

Tepuk dada, tanya kenapa sedawa tiba-tiba..

Apa-apa pun syok gak baca komik panjang-panjang kan? Entry ni pun dah macam hamjadah panjangnya..

So Ok la ..

Adieu..


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

16 comments:

  1. aaaarrrrrgggggghhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!ko tau tak aku baca ngn berdebar......demit!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. memang syok baca komik pnjg begini. penuh suspen. swonok. XDD

    ReplyDelete
  3. Haha . Best ah . Suspen gila ><

    ReplyDelete
  4. Ciss penuh emosi gua baca. tsk tsj

    ReplyDelete
  5. siyes ak tgh pegang pisau sambil menggigil. sumpah!!! nti aku jumpe ko siap!!!! TT____TT

    ReplyDelete
  6. alolorhhh comel lah! kite rse laki tu mcm suweet je. mne tau tu btol2 jodoh awak. hehehe. :)

    ps; blog awk comel! love it.

    ReplyDelete
  7. Woah.. ramaikah marah ni? HAHAHAHA

    ReplyDelete
  8. Huuuhh...~ saspen.

    ingat betol tadi..tapi memang best lah

    ReplyDelete
  9. jenglot betei tertipu plak... kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Sampai part yg mamat tu ekceli yg duduk dekat sebelah awak dlm flight.. Ok dah mula ragu2 kesahihan cerita ni..

    ReplyDelete
  11. ingatkan betul . bertuahlah badan . haha

    ReplyDelete
  12. ahaha baru je tgh seronok2 baca..

    ReplyDelete
  13. haha! bukan maen smgt bc, last2 hermmm..tipu daa.

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*