Even In a Dream

Wednesday, December 17, 2014

Hey you.. Do you know?

It's hard to lie to your heart. It always knows. It always feels something is off. And out of nowhere it will remind you of the truth. No matter how hard you try to bury it deep inside or try to outsmart it, it will show itself when you are least prepared.

It's funny how in my dream you keep popping up. It's almost as if my subconscious is having its own sweet vendetta by occasionally  imagining you as who you were just for the fun of breaking my heart over and over again. But i guess it's my head who loves to contradict with what i truly feel.

Even in my dream, even if I am happier than I could ever be with my eyes wide open, even in that tiny moment of hope, I know you can't be. I know you are not here for good. That you are just an illusion. I could hear myself saying "He can't be here holding my hands.. He left and he's never coming back. It's all but a dream".

And it is.. it was a dream.. After a swift embrace.. You are gone with the wind. Your face slowly merges with some stranger.. A stranger I couldn't care less.. And I could hear my heart breaking. i could hear it reaps open an old wound.. Because imagining something so joyful and at the same time realizing it won't come true is just as painful as it once were.

I should have let you go.. But that's an impossibility. How do you let go when leaving is just as painful as staying behind?



Because it's going to hurt no matter which way I choose..

Adieu..

p/s: Oh fucker this is painful.. I should just complete my other comic..



Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Ghost, Let's Be Friend

Thursday, November 06, 2014

Hi guise,

It's not my intention to post a hand-written entry, yet again, but I still don't have the will to set up my work station so that I could utilise my tablet like before. I'm feeling a bit down lately. Tad bit lonely. Tad bit depressed..



Some of it got cut and I am really lazy to scan another copy. Kudos to you if you could understand the whole paragraph.

Long story short.. I'm miserable..

Sometimes I just wanna shout at the ghost in my house (they loves playing guli at night) "Let's just become friends!"

Adieu


Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Menggila

Monday, October 27, 2014

(click to enlarge.. Klik gambar ni je.. jangan klik benda lain.. Tak leh enlarge)

Translation:

Hi guise,

So aku terbaca membaca baru bacaentry dari Plain pasal Entri tulis tangan. Disebabkan aku suka tiru mencontohi orang lain terutamanya yg kool2, aku pun rasa nak post entry tut tulis tangan gak la.

To be honest, aku tak suka tut tulis tangan ni. Banyak sangat typo and not to mention, hideous handwriting. Kalau tak paham maaflah ye.

Tukar pen lain sebab pen tadi pen pinjam, kena pulangkan balik. Alamak, serius tak best tulis dgn drawing pen ni.

Aku nak tulis pasal apa lagi ni. Dah la semua pen pun rasa cam tak kena je. Ale uto ye tulisan gini. Ngghh..

Okay. Aku sebenarnya tak faham pun apa maksud Ale Uto tu. Mungkin mencarut kot. Ntahla. Kena baca balik kamus dewan bahasa urban. Berbalik kepada tulis tangan. Serius aku cakap, aku tak suka tulis tangan sebab nanti jari aku penyet macam ni.

Lagi satu sebab aku tak suka tulis tangan adalah sebab tulisan aku mudah berubah-ubah. Siot awal2 cam comel sebab rajin, lama2 otak laju sangat rangka ayat, tangan tak sempat nak tulis cantik-cantik. Ale utoo!! (lagi sekali)

Dahla. Udoh sangat dah ni. Goodbye. Adieu.

-End-


Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Buih-buih

Tuesday, October 14, 2014

Hi Guise,

Sorry lama tak update blog. Tunggu hujung minggu ni nak pasang unifi kat umah. Uweehuu!!

Anyhow. Aku join satu contest ni. Thank you Plain. Aku try je ni. Saja-saja. Hehehe. Otak tak berapa nak kreatif sangat ni so.. Boleh la tangkap muat je.


Click here for info


Here we go!



Yang kedua ni suka-suka je sebab aku memang tamak.


OK.. good luck.

Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Khusyuk

Sunday, September 07, 2014

Hey guise, do you know how to tell if you're really hungry?


I would laugh at myself if it's not so wrong at the same time.




With all seriousness though, sort yourself out before presenting yourself to our maker..


Adieu..

p/s: Dah jadi kelabu asap balik dah template aku ni.. Ergh..


Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Copic Special Entry

Sunday, August 31, 2014

Hi guise,

Aku kerap check blog stat. Especially search key word. Bulan ni punya search keyword tah pape. Tapi bulan lepas ada dua search keyword yang menarik. "Harga Copic" dengan "tak nak badmood". Apa kena mengena tah keyword tak nak badmood tu. Tah pape. Hahaha.

Although kat blog ni aku banyak post digital comic, aku ni sebenarnya pelukis medium marker yang tegar tau. (Masyaallah, teruknya struktur ayat aku. Mohon cikgu BM buat-buat tak kecik ati ye). I've spent more on markers than I've ever spent on tablet. Although, that figure might change if I can save enough money to buy meself a brand new Wacom Cintiq. Tu mak aih berangan takleh blah.

Anyhow.. Aku baru je balik dari The Curve, beli barang melukis. Ni semua Suraya Himechan punya pasal, duk goda aku suh pi ArtFriend beli Copic. Hnnstftt.. Masuk ke alam mimpi terngiang-ngiang suh pi beli Copic tau tak. So aku macam dapat satu idea untuk tulis entry pasal kat mana nak dapatkan Copic Markers ni. To those who had only just heard this brand today, Copic is one of the leading brand for professional comic coloring. Argh.. Maafkan BI aku!!

Ini dia!!

Insert angelic music.. Tadaaa.. Sangat osem! So many markers.. So many choices..

Ok. Yang kat bawah ni just gambar-gambar tag harga sebagai rujukan korang.



Copic Ciao: RM 9.80 sebatang
Copic Sketch: RM 14.90 sebatang
Copic Original: RM 14.90 sebatang
Copic Wide: RM 21.00 sebatang (kot, aku tak sempat nak snap)
Copic Various Ink (Refill): RM 19.90 sebotol (Not in the photo, but you can get it at the counter) 

Okay.. Sangat tak bermaklumat kan? Apa tu Ciao? Apa tu Sketch? Apa tu Wide? Sorry sorry.. Aku memang excited sikit bab gambar-gambar ni. Copic marker ada 4 jenis. Ada Ciao, Sketch, Copic dan Wide. Beza dia size of ink reservoir ngan dia punya nib. Ciao ngan Sketch pakai nib yang sama, satu medium broad dan satu super brush. Super brush la yang paling osem sebenarnya. Seriously, you have to try it to understand how awesome the brush is. Copic original lak pakai fine round nib ngan broad nib which is awesome for calligraphy. Wide pulak besar gedabak. Pakai single wide nib. Untuk lebih paham, sebab penjelasan aku sedikit rojak, tengoklah gambar kat bawah, Courtesy of google image.


Different nib, different ink reservoir. Ciao; 3cc, Sketch; 4cc , Copic around 5cc kot. Aku tak ingat mana aku baca benda alah ni. The best thing is, you can actually refill the ink when it runs out. Awesome. So antara Ciao ngan Sketch, more or less, the bigger the ink reservoir, the less frequent you need to refill the ink. Also, Copic Sketch has wider range of colours comparing to Copic Ciao and it is compatible for air brushing. Air brush aku tak berani nak explain sebab tak pernah pakai. Tapi benda tu pun ada jual kat Artfriend. Haa.. Ko jangan tak tau..


Selain daripada markers, Copic pun ada sediakan product lain seperti marker pad ngan replacement nib. (Masyaallah dahsyatnya ayat tu. Sumpah takleh buat product review.)



Ada dua size marker pad, yang biasa aku pakai size A4. Ketebalan pun lain-lain. Bleedproof marker pad ngan Copic manga paper memang jauh beza. Trust me, I've tried both. Dari segi ketebalan, dan ketidaktirisan dakwat, Bleedproof marker pad memang sedap-sedap. Harga pun sedap-sedap gak.

Bleedproof Marker pad 70gsm 50pgs A4 = RM43.00 sejilid
Bleedproof Marker pad 70gsm 50pgs A3 = RM79.90 sejilid

Mohon jangan pengsan dulu. Now, you might not need bleedproof paper pun kalau nak mewarna ngan Copic ni. My friend uses regular drawing pad and it works like a charm. But I, myself, prefer the marker pad because of its smooth surface. All and all, choose a paper which you can blend your ink well. Leave me a comment if you have any suggestion for me. Aku pun tengah cari alternatif marker pad sebab mahal nak mampos.

Next product is for when you are in need for replacement. Apa? Nib marker ko rongak adik ko telan? Apa tu? Tak tau nak refill marker tanpa tumpahkan ink yang mahal tu? Worry not, Copic provides replacement nibs and boosters for you. Mungkin aku patut buat separate entry pasal nib replacement and refill.



Your super brush is going to get ruined, trust me. It takes me quite a while to get used to waiting for the black ink to dry before started to color. And the result is, blackened nib. Nasibla colour dia still cantik je walaupun nib dah macam berus calligraphy cina.

Oh ye. Ada gak Copic friendly multiliner yang korang boleh pilih. Sebab korang takleh pakai artline dah sebab nanti dia dissolve dalam dakwat copic and smudge the whole artwork. I've learnt it the hard way. Aku tak try lagi india ink sebab setakat ni aku pakai copic multiliner je. Tapi kalau ada yang minat nak beli marker india ink, Faber Castell ada keluarkan. Siap macam-macam kaler lagi. Sawan jap aku tadi nak beli semua.

Tangan terketar-ketar sebab baru kebah demam dan eksaited nak bayar copic tu paal la gambar kabur macam amik ngan camera VGA.

So, yang aku berjaya bawak balik tadi sejam aku kat The curve adalah 5 beradik ini:


Which amount to...

It's not cheap to sustain a hobby as expensive as this. But it gives me great joy and sense of fulfillment. 

Satu benda yang aku nak kongsi, ArtFriend ada membership card tau. Ko daftar je sekali (mungkin kena renew setahun sekali kot. Aku tak ingat). Pastu ko boleh dapat membership discount dalam 10%. Trust me, berbaloi ko jadi member. Kad dia pulak pakai IC sahaja so takdelah nak kena simpan banyak kad kan.

Sebelum aku nak akhir kata ni, aku nak bagitau, aku bukanlah duta Copic mahupun ArtFriend. Aku cuma nak kongsi apa yang aku tau sebab masa aku taktau dulu, aku harap sangat ada orang bagitau. Tarik telinga aku pastu tenyeh muka pandang kedai seni "Whoi, tu barang baik punya kalau ko nak try". So ni la aku nak bagitau so that sape-sape yang bersungguh nak melukis/mewarna boleh dapatkan benda yang betul-betul boleh buat ko berbuih mulut kesedapan. Ok, itu exaggerate a bit la. Ok? So jangan ingat ni sesi berbayar pulak. Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba. oh ye. ArtFriend ada kat The Curve ngan The Garden. Nak cari copic kat tempat lain aku taktau. Sape-sape yang tau sila kongsi. Kat Kinokuniya ada kot rasanya.

Adieu

P/S: Full Collection Cik Day~~~


LAalalalalalalal~~

Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Sebulan Yang Lalu

Saturday, August 30, 2014

Hi guise,

Dah habis raya rupanya. Lama jugak aku peram cerita ni. Bukan taknak cerita tapi tekak duk kembang lagi bila teringat cerita ni. Kepada Cero yang buat shout out dekat fesbek page, this one for you, bro. I hope it worth the wait.

Ok.. Cerita raya hari tu.. Bukan la cerita rumah terbuka dan cirit-birit. Bukan jugak cerita mercun, meriam buluh mahupun lampu liplap. Oh ni lain ni.. Ni special..

Now for something completely different..


Al kisahnya..

Raya kelima kitorang satu family ke Sutera Beach Resort. pantai situ memang tertutup, tak ramai orang. Sangat syok nak mandi manda. Especially bila ramai anak dara yang duk mengigau nak kuak lentang kat laut. Pantai yang landai, air biru, laut tenang.. Pendek kata memang syok la!

Dalam elok duk kuak lentang, kuak dada dan tak lupa juga kuak kupu-kupu, my sister, Cauda spotted something rather menacing.. Ejewah. Tah pape aku tulis ni. Dia kuis-kuis baru aku.

"Kak Oyi.. Cu tengok tu. Macang taik je.."

Aku yang tak pakai spek time tu tengok ke arah benda yang adik aku tunjuk dan dengan bengangnya berkata, "Mu ngarut mende gok. Taik mari mane. Ish mu ni. Jom a, duk jauh sikit"

So kitorang pun gerak ke area yang lebih jauh dari tempat penemuan itu. Tak lama lepas tu kedengaran akak sepupu aku menjerit dari kawasan tadi "TAHI!! TAHI!!"

Aku pandang adik aku, adik aku pandang aku.. Tanpa berlengah kitorang cepat-cepat naik ke darat. Muka masing-masing dah biru kelu, geli teringat tahi yang terapung dekat time kitorang mandi manda. Akak sepupu aku dah siap muntah hijau.

Setelah selesai penyiasatan terperinci, barulah kitorang tau yang sorang adik sepupu kitorang berak lam air. Patutlah aku tengok tiba-tiba je dia mandi jauh dari kitorang. lahabau, rupanya buat kek dalam laut. SYITTT.. Aku still rasa kembang tekak bila ingat balik. Puas istinjak, samak, tayamum, mandi wajib la pastu. Omaigod, aku rasa nak pengsan..

So sampai sini jela cite kali ni.

Aku nak pegi pengsan jap.

Adieu

p/s: Berak dalam air is never cool.. Never..Arghh


Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Yang di Belakang

Wednesday, July 23, 2014

Hi Guise,

So aku ternampak satu post kat FB baru-baru ni. Alah yang tampal kertas kat belakang kawan tu. (Tulis : Aku Gila, Jangan Kawan dengan Aku etc). Aku rasa prank tu dah old tapi golden. Hahaha. Tak lawak pun tapi kesian dengan magsa yang tak tau menahu.

Jangan cakap korang tak pernah buat la, aku tak caye.


Instead of kena tampal kertas, aku selalu kena tampal sticker harga pastu mula orang yang nampak siap tutup mulut bajet lawak sangat. Pastu mesti ada nak tanya "Eh Day, Harga kau 5 ringgit setengah eh". Pastu gelak-gelak padahal tak lawak mana pun lawak dia tu. Mesti dia bajet dia lawak macam Mr Bean. Pastu aku pun tak tau kenapa mangsa-mangsa ni kena rasa macam kena prank sangat. Selekeh. Hahaha

Tapi time sekolah dulu, selain kena tampal sticker harga, ada lagi satu prank yang budak pompuan je boleh main.



Yang ni betul lawak. Bukan sebab tudung tersimpul tu nampak lawak tapi sebab kesungguhan kawan ko nak ikat tudung tu. Punya la gigih. Tiba-tiba bertenggek kat belakang. Ingatkan buat apa, sekali duk menyimpul tudung orang. Mind you zaman sekolah dulu tudung labuh so masa kena simpul tu memang tak rasa apa sebab tak rasa macam tudung kena tarik pun. Orang yang kena prank ni memang bila jalan baru perasan sebab simpulan tu duk langgar belakang macam ladung dalam eksperimen sains tu. Pastu start la gelak sambil mangsa buat muka kelat. Lagi tinggi simpul lagi susah nak bukak, lagi besar chances nak kena tempeleng sebab dah kedutkan tudung orang.

Ada ke patut duk menyimpul tudung orang. Takde keje saje nak cari penyakit. Bila dah bukak, mau berkeronyok tudung orang tu. Haihh..

Biasanya yang selalu kena dulu Ana, sebab.. Aku pun tak tau sebab apa aku suka simpul tudung dia. Hahahaha.. ye.. Hakikatnya memang aku la yang selalu buat keje takde pekdah ni. Dah la Ana pantang baju kedut. Aku rasa lagi sikit muka dia nak cair time tengok kedut kat tudung dia. Hahahaha. Aku gelak cam kambing pastu blah cepat-cepat.

Bodoh betul perangai menyimpul tudung ni. Haha. Yang jantan takyah nak try. Bukannya korang boleh prank simpul rambut pun, rambut kontot. Apa kelas. Tapi kalau nak try gak, aku cadang simpul kain pelikat. Bayangkan lepas terawih tiba-tiba dari makmum sampai ke tok imam kain pelikat tersimpul. Ok, tu lawak keji. Jangan buat. Tapi kalau buat, sila upload gambar aku nak tengok. Priceless!

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Sangat Tak Sesuai

Monday, July 21, 2014

Hi guise,

There's an important topic I would like to discuss (or rather throw my opinion at you since I don't really care if you disagree with me on this one).

By now aku rasa seluruh rakyat Malaysia dah dengar pasal MH17 yang terhempas di Ukrain. Lebih tepat lagi, ditembak jatuh. It's a sad tragedy for all of us and I can't pray enough for the strength of the families affected by this tragedy. It must be so devastating to lose your love ones so tragically.

But, of course, during any crisis, apart from sympathetic onlookers sharing condolences on the internet, there will always be segerombolan manusia yang menaikkan darah time krisis macam ni. Ada puak suka reka teori mengarutlah. Ada yang duk pertikai tindakan pilot tu lalu situ la. Ada yang bajet pakar penerbanganlah. Tak kurang jugak yang timbulkan isu perkauman. Tapi puak paling keji aku jumpa adalah yang mempermainkan isu ni. Buat lawak bodoh tak bertempat. Tapi bukan puak ni yang aku nak ketengahkan hari ni. Ada lagi satu subspecies manusia yang memang takleh blah perangai dia.

Golongan selfie tak bertempat. Penat dah aku cuba terangkan dengan baik. Adik-adik, hashtag ni bukan untuk awak tayang selfie awak tu. Hashtag ni nak mudahkan orang search related update on MH17. Seriously, have you ever click on that hashtag and find out what it's all about? Muka kau tersengih riang tu apa kena mengena dengan MH17? Aku takleh terima. This matter is not a platform for you to feed you narcissistic need for attention. Tolonglah belajar jadi orang yang sensitif sikit.

Ada yang bila ditegur, terus delete selfie tu dari menerawang kat search result for PrayForMH17 tag. Good. I understand, some of them are really just unaware of this. Ingat hashtag just suka-suka untuk update status. Baguslah kalau boleh terima teguran. Walaupun mungkin ada yang delete post semata-mata tak tahan kena bash (dalam hati panas je sebab takleh share selfie terbaik hari ni). Who are we to judge? As long as there's no selfie under that hashtag, I don't care kau nak selfie tonggang terlingkup pun.

Tapi ada jugak yang bila ditegur, melawan balik. Alasan paling banyak aku baca "Biarlah I nak selfie. Walaupun I happy, I still ingat nak doakan untuk diorang tau. You yang panas apasal ek #akupunyaselfiekoyangpanas #sedihsangad".

Oh my god. How oblivious can you be? Yang takleh blah ada jugak duk support tu. "Eh biarlah, IG dia. Do you own the hash tag? Do you? Do you?" Kalau depan aku, aku tampar laju-laju. Tapi bulan puasa ni, elok sabar jelah. Yang seronok lagi komen "Dia letak hashtag tu untuk ingatkan orang berdoa untuk mangsa. Bukan macam uoll yang tau bash orang je"

Cik kak, orang yang scroll through hashtag tu memang confirm-confirm la ingat pasal MH17. Sepanjang masa lagi duk refresh tanpa jemu. Untuk check update terbaru. Paham tak? Update terbaru. Kalau kau nak cakap nak ingatkan kwan-kawan kau suh berdoa sama, tolong la lose the hashtag. Takde masalah kan? Stop being so daft. Jangan buat malu Bani melayu, Bani Malaysia. Kamon la.. You pasting your face all over that search result is hardly sympathetic.

Makin lama makin ramai yang menempel selfie kat tempat tak sepatutnya. Sekarang aku rasa lantak korang la. Aku pun dah tak follow that tag tu sebab annoyed dengan selfie ngek korang tu. Ok done with this issue.

Adieu

p/s: Yang tukang bash pun guna bahasa elok sikit. Keje ko pun asyik duk mengeluarkan kata-kata kesat je. Takyah nak brutal sangat la. Most of them memang tak tau, educate them properly la.
p/p/s: Nak try komik bercolour lah kali ni. Lambat sikit processnya tapi puas hati. Kadang-kadang bolehla..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Nak Gelak Ke Tak

Hi Guise,

Sorry for the delayed entry. Internet dah kaput kat rumah. Confirm aku nak terminate YES4G.. No no no.. Aku nak Unifi lepas ni. Heh.

Anyhow, this thing happen a week back. Boss aku ajak aku ngan admin assistant (kerani) kitorang, Wani, pegi bukak puasa sama-sama. It was Ok la. Dapat makan kambing kan, mengembek kesedapan la aku sepanjang bukak puasa. Hahahaha.

Dan kebiasaannya nyelah orang yang merokok ni, lepas bukak puasa confirm mau berasap punya. Lepas satu, satu boss aku cucuh. Nasib baik open air restaurant. Kalau tak mau bau kemenyan kitorang dibuatnya. Aku tak tau la agaknya boss ralit dengar kitorang berceloteh sampai dia tersilap cucuh. Tercucuh bontot rokok. Mula la terkebil-kebil dia asap tak masyuk. Aku ngan Wani tahan gelak. Tapi disebabkan aku ni ringan sikit mulut aku tertanya gak kat boss.

"Err.. Boss silap cucuh rokok eh?

"Haah.. Patutlah asap tak keluar"

Aku ngan Wani dah takleh cover gelak.

"Kuang asam budak-budak ni"

Lepas puas gelak aku baru teringat. Eh, boss kot. Kena gelak takpe ke dia? Jap, appraisal aku belum sign lagi tu. Cuti raya pun belum approve. Naya kalau orang tua ni kecik ati tak bagi cuti. Tapi nasib la boss aku ni jenis boleh bawak bergurau. Esoknya masuk office boleh gelak-gelak lagi.

Tapi yang tak syoknya, aku dengar boss besar nak bekukan cuti raya semua orang sebab nak suh keje gak time raya. Apa punya turrr~~~!! Puuh.. Aku aminkan tak jadi pembekuan tersebut..

Tolong aminkan sekali ngan kitorang. Aku kepingin nak makan soto kat rumah tahun ni.

Adieu

p/s: komik ada lagi dua. Patut ke aku release hari ni jugak? Kantoi main tenet kat office..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Sabai Arom Ka

Thursday, July 10, 2014

Hi guise,

Sementara waktu rehat ni, rasa gatal pulak nak release entry yang dah lama berkepam ni.

Bila masuk bulan puasa, rata-rata aim nak turunkan berat badan se-tan dua.. Konon nak nampak langsing la di hari lebaran. Kononnya la. Harapan setinggi gunung la kalau bila time melantak takde brek kecemasan kan.

Bila dah jadi macam ni, al biasalah cari produk mengkuruskan badan. Bulan puasa confirm takleh makan produk yang menjulapkan (istilah apa aku reka ni?). Maksud aku ubat kurus yang buat ko rasa nak berak je satu hari. So macam mana? Haa.. Apa susah, cari la losyen yang cairkan lemak tu.

Bulan lepas aku beli satu produk bakar lemak. Chilli Body Contour dari Sabai Arom. Bau dia sangat nice. Op Op Op.. Sebelum korang ingat aku nak promote barang, hold your horses. Nope! This is definitely not a product review shit yang blogger fesyen/kecantikan duk berpusu-pusu buat tu. Ni sebenarnya cerita pasal aku tertenyeh losyen cili kat mata.. Sebab apa? Sebab aku sengal, sebab tu la..



Nak dijadikan cerita, lepas bukak puasa dua hari lepas, aku perasan lipatan lemak kat perut time duk ralit melukis. Tensen punya pasal, aku tenyeh losyen cili tu kat perut. Nah rasakan. Sape suh hang bermesyuarat kat perut aku. Rasakan kena bakar ngan losyen cili. Bahahaha.. Sambil gelak jahat, tengok lemak yang bergegar ketakutan dengan kejam.

Lepas sapu losyen, aku sambung melukis. Lalala.. Membakar lemak sambil melukis. How awesome. Takyah workout. Kononnya.. Tapi biasalah, minda bawah sedar aku memang suka sabotaj diri sendiri. Time-time tangan berlumur losyen cili la rasa nak garu mata, siap main tenyeh-tenyeh, garu-garu biji mata. Hahaha.. Menjerit time rasa bahang losyen merayap ke mata hitam. Oh dang!!

I end up having a red eye for two days.. Kesakitan tu masih terasa. Orite, I get it. My body doesn't want to be parted from the fat.. That's why it pays back by injuring my eyes. Great.. Great.. Now, lemme cry a river in a corner.

Adieu

p/s: Nak kurus memang kena bersenam dan jaga makan. No shortcut. Kalau malas takyah berangan nak kurus. Jangan duk mengada promote pill julap, jus kapur plak. Aku lempang kang..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

It's a Hell of a Ride

Wednesday, July 09, 2014

Hi guise,

I started this blog upon discovering Sherry's blog. Sherry is my friend from uni years. It was back in 2008, I believe. I used to post random me-things with loads of personal photos.

Looking back, I've seen a lot of changes here in my blog. For one, the followers had definitely increased over the years and I'm honestly thankful because it means that I'm not really talking to myself here. I've seen some regular commenter here and don't ever think I haven't noticed you guys. I appreciate your support. It means the world to me. But with that being said, I also miss new commenter. I hardly see one these days. I guess people don't read blog that much any more. Or maybe I'm just falling behind with the popularity bandwagon.

I'm thinking about doing some renovation for my blog. Just tweaking a few here and there. Not too much change I hope. I think the biggest change I plan to do is to change my comic template. I haven't change my template for like forever. So I don't know how it's gonna affect you guise. To be honest, I've grown so attached to the old template. It's like an identity.

I remember my first comic here at Vespa Buruk. It's hand drawn and it was very different from my drawing style at that time.
Remember this one? I think this was my first official webcomic. Perintis style melukis sekarang. Made with magic marker.

This retained some of my original style. This particular draft was ruined by flood water. So sad..

After that, was the era of graphic tablet. When I first got my hand on the bamboo fun tablet, I admit, it took me quite a while to get a hang of it but it was an awesome experience.

My first artwork.. Back in 2011..

I experimented a lot back then. I was struggling with the lines and how much different it makes when you are drawing with a graphic tablet. I did black and white and also coloured comic..


The big ass red title..


Oh yes, it was glorious.. I even manage to do a short animation.. 


And finally in 2012, I fix my template to what I had been using for the last two years..


The earlier version still have title on it..

I had fun..But then again, through time, change is inevitable.

The old and the new..
Now do you see my problem? I don't know how to change the final render. Jadi kelabu asap..

I'm choosing between these two. truthfully, my favorite would be the old one since I've grown so used to it. Plus, the dimension and resolution work just fine with me. Alas, change is to be made..

Sorry for this nostalgic entry. I think it's just obligatory to do once for it had been almost 7 years after its inception. I'm lost for word now. Thanks for all the attention you've so kindly given to me over the years..

Adieu and auf weidersehein..

p/s: thinking of going to Paint Tool Sai but I think i would change my style greatly. Dunno.. Any advice?

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Aroma Memikat, Citarasa Lazat

Sunday, July 06, 2014

Hi guise,

Just a quick update.

Tadi pagi lepas sahur aku tak terus tido sebab terkena cirit birit yang tak serius sangat. Dah lepas pukul 9 camtu, nafsu tido pun dah tak tahu pegi mana. So sepanjang hari aku duk melukis je keje. Yay!

Dalam pukul 2.30 petang aku dah start sakit kepala. Ahh sudah.. Dah la nak kena pergi supermarket cari barang-barang basah untuk seminggu ni. Kalau tak, kebulor la dibuatnya. Tapi sebab sakit kepala dan mata yang dah berpinau-pinau ni, aku pun tumbang la kejap.

Elok lagi sikit nak slip into the dreamland, tercium bau yang amat..amat.. amat.. memikat selera la orang kata. Perghhh, sedap sungguh. kecur air liur aku yang time tu memang tengah lapar. Almaklumlah.. Sahur air kosong sahaja. Aku cuba jugak pejamkan mata. Tido Day, japgi tumbang time tolak troli, naya..

Tapi memang tak boleh. Bau dia masha allah.. Sungguh umpph.. Aku jeling jam kat dinding.. Tak gerak sebab dah habis bateri. Aku jeling jam kat phone, baru pukul 3 petang. Aduyai.. Jiran aku ni boleh tahan excited nak bukak puasa. Bersangka baik.. Bak kata kawan aku, Haj, masak untuk bazar ramadhan agaknya..

Aku telan liur.. Rancangan nak tidur terus cancel. Siap-siap pergi supermarket. Semangat pulak aku nak masak hari ni.. Semua jiran aku punya pasal.. Tadi masak lauk Thai.. Thanks for the recipe Yus! (Have you visited her blog? She makes digital comic too..)

Puas ku teka menu jiran aku tu.. Sampai sudah tak tahu masak lauk apa.. Haha..

By the way, tak tau la korang perasan ke tak. Aku tukar format/template comic.. Perasan tak? Yang ni pakai template lama, entry sebelum ni pakai template baru. Leave a comment on which template you prefer. Ok?

Adieu

P/S: Aroi mak mak..



-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

If Only I Had You

Saturday, July 05, 2014

Hi guise,

Mukadimah cerita hari ni.. Aku berbuka mamee classic sahaja tadi maghrib.. *sigh

Semua sebab menangguh keje. I really hate this one particular habit of mine.. Procrastinating! Keje yang sepatutnya siap awal minggu lepas aku duk tangguh-tangguh sampai boss bising nak hari ni jugak. Last-last aku stay back kat ofis sampai pukul 7. I don't really mind to stay even later if it's not in bulan puasa. Tapi bulan puasa ni kalau boleh taknak la balik lambat. Dah pukul 7 mana nak cari kedarahan? (kedarahan=makanan)


Keluar-keluar site office, jalan jem. Dah la jem, semua bawak macam pelesit tak kira sesak. Adoi.. migrain jap aku tadi. Sampai rumah dah 7.30. Sipi-sipi je dengar azan. Telan air sejuk dalam peti, rehat jap kejar nafas. Dengan rumahnya gelap gelita takde penghuni. Aku yang lapar ni pun rasa takde selera nak makan.

Tapi sebab macam lagi sikit nak gastrik aku gagahkan jugak masak mamee. Itupun mamai punya pasal, mee dengan perencah still dalam plastik aku duk campak je masuk periuk. Adoi.. Gourmet cooking la katakan.. Gourmet sangat!

Actually, the point of this entry is.. I need my family here with me. Especially during puasa ni. Berbuka sorang-sorang syahdu gila tau? Waaaarghhh!! If I had my family with me.. I think I would be a bit excited to go home. Ni tak.. Sama lemau je nak pergi ngan nak balik kerja. Takde point!

Gua mau pulang kampung!

At least kalau takleh balik duk kampung pun, bak la sini tukang masak sorang.. waaaaa!!!
Balik-balik ada orang tunggu adalah satu kebahagiaan. Nak-nak kalau tunggu ngan lauk ketam. Um yum yum..

Huhu

Adieu

p/s: Hahaha.. Obses ngan bahasa German akhir-akhir ni..
p/p/s: Mungkin aku patut tukar 'Adieu' jadi 'Auf Weidersehen'.. Nope nope nope.. Panjang sangat..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Kehendak vs Kesungguhan

Thursday, July 03, 2014

Hi guise..

Ever had one of those days you just don't want to move a muscle? Bagi aku, tiap-tiap hari pun aku malas nak bergerak. Kalau tak sebab kena keje, mau aku hibernasi sepanjang tahun bawah selimut. Penyakit malas ni memang dah kritikal sangat dah.. Sampai tahap nak keluar cari makanan berbuka pun malas.







Penyudahnya...Makan jela lauk sahur semalam. Asal ada benda jugak buat mengunyah.

Ni duk pikir hujung minggu dua hari ni confirm aku tak keluar gua dah. Adoi.. Kenapala Nur Hidayah ni malas sangat. Padahal balik kampung hari tu relaks je redah bazar. Dah sampai sini...Gah! Don't ask me to go to the bazar. Sesak nafas ramai orang. rimas. lemas.. Nak ikut kehendak tu, hendak sangat.. Tapi bila pikir kena bersiap, pakai tudung.. start kete.. Arghh.. Never mind.. Aku berbuka minum air mati je..

Nak masak pun malas. Any idea macam mana nak settlekan masalah seorang pemalas ni? Cepat cakap kalau tak kena gigit bahu..

Adieu

p/s: Schatze = treasure/sweetheart/darling


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Obligatory

Tuesday, June 24, 2014

Hi Guise,

I notice some problem with the reading list. It would only show one post at a time so only the latest post is shown.So I'm sorry if I miss any of your post. i really want to stroll the blogosphere and the bug is really annoying. Fret not, they are looking into it. I hope they'll fix the bug soon. It's so annoying!

Ok, now to my original topic.

Obligatory Post. Tak sampai seminggu dah nak puasa ni. Apa yang fes sekali mengingatkan korang kat bulan puasa? Baju raya? Air soya tepi jalan? Ayam golek? Puasa belum habis ganti?

Bagi aku tak lain tak bukan..
Yusuf Taiyoob..


Dah macam obligatory public announcement dah iklan Si Yusuf Taiyoob ni. Tak pernah tak ada..

Tapi bagus jugak si Yusuf Taiyoob ni mengingatkan aku dah habis ganti puasa ke belum. Tapi siyes, bapak annoying la dia punya repetitive berbisik tu. Rimas ahhh! Mohon Yusuf Taiyoob pecat tukang buat iklan tu. Sakit hati. tekanan perasaan aku dengar. Tiap-tiap hari lak tu. Kekerapan iklan ni time bulan puasa nanti lagi la berlipat ganda jadinya.

Mohon tukar iklan Yusuf Taiyoob..

Adieu

p/s: Ajmal ke Wassini ke, aku tak makan kurma.. Sekian

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

The Freaky Things

Hi Guise,

I did a speed colouring video last week and I forgot to post it. Basically it's just my technique for Copic colouring. It's not much but I hope you enjoy it.

video
I was saying " You know, the sound is really freaking me out so I guess I have to go and lock the door first".

I shot the video at 1 am in the morning if I'm not mistaken and I heard repetitive knocking sound from upstairs. I always thought that it was just in my mind. You know, my mind trying to scare myself and shit. So I talk to myself so that I won't get so scared. But when I play back the video, I heard the knocking very clearly. And you know, it's creepy kot! Apehal main ketuk-ketuk lantai pukul 1 pagi?

Anyhow, malam ni dia duk mengetuk-ngetuk lagi. Which remind me to post this. So now I post it. You can't hear the knocking since I've fast forward the whole thing except for the last part and my obnoxious accent. Anyhow, motif post ni.. Awak yang kat atas tu.. Kot ye pun seronok sangat, jangan main ketuk-ketuk lantai tengah-tengah malam buta boleh tak? Kita takut la..

Adieu

p/s: Sorry again for the accent. I truly hate it. i don't know why I talk like that. Maybe because hours before shooting the video I was mocking some funny video on the Youtube and the accent just got stuck. Dah la macam trying too hard. What ever.


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Epiphany

Wednesday, June 18, 2014

This is an addendum to previous post. i know things that we posted on the internet would never go away.. And now i feel so embarrassed. I wanna dig a hole and stay there. This is shitty.. Only after my head is clear from those taunting comments which thought directed to me, i had an epiphany..So I would like to announce that I'm sorry for thinking that those people are bullies. They might just responding to my friend who happens to be an engineer too. they might be messing with him and not me.

but i stand to my advise. do not cyber bully!

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Why Do You Do This to Me?

Monday, June 09, 2014

Hi guise..

God.. It's hard to stop isn't it? Why am I always.. constantly.. reminded of you.. It's annoying la natanx...


Adieu..




-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Happy Birthday yus

Saturday, June 07, 2014

Hey Yus..

Happy 25th birthday.. Belatedly..

yay...


I can be a very bad friend sometimes.. Ok.. most of the time..

I didn't even get you an empty box as present..

Oh well..

Adieu.. i guess..

P/S: Yus is taking commission request. She does photography and drawings. Check her Facebook page for info.. [CLICK HERE]


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Rutin Harian

Wednesday, May 28, 2014

Hi guise..

For those who don't know, I am 25 years old and I'm the youngest and the only female engineer in my office. Maksudnya, aku berhak buat perangai adik bongsu kat office. I can't complain much. It's nice being the youngest. people calling you adik and such.. Somehow I can get use to it.

Tapi aku tak tau la abang-abang kat ofis aku tu larat ke tak layan self proclaim adik bongsu ni. Aku masuk ofis pagi-pagi confirm aku tanya, ada makanan tak? Dekat pukul doblas, ada orang nak keluar makan tak? Pukul empat, start bunyik lapar balik.

Start bulan lepas abang long kitorang dah bawak roti datang ofis. So setiap kali aku tanya ada makanan ke tak, dia jawab "Abang dah beli roti kat dapur. Pi makan". Agaknya bosan dah kot kena layan perut mambang adik yang sorang ni.

Tapi yang sebenarnya.. Aku bukan lapar sangat. Biasanya ofis kitorang start pukul 4 semua dah lemau. tu pasal la aku buat bising. Konon lapar. Saje je sebenarnya..

Tapi memang aku lapar pun..

"Start dah dia.. Kau buat donno je Pi'e. Jap lagi senyap la tu"

Adieu

p/s: Aku tengah readjust balik stroke. Lama tak melukis ngan tablet ni. kekok pulak teman. Hahahaha


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

I'm an Insta Junkie

Tuesday, May 27, 2014

Hi guise,

I haven't been posting things on this blog lately. Mostly because I'm so into copic colouring these days. But I'm NOT planning to quit blogging. For those who want to see my latest practice with copic markers, you may do so by checking up my instagram (daygoon). I update it almost daily. For the time being, feast your eyes with what I consider as my pride and joy.

Marcus (one of the character on my other blog aka web-novel)
Random cheesy stuff



Kay and Marcus mini comic (characters from web-novel)

Another random cheesy stuff


Random guy I met during training. His hair is awesome

Random OC -Cindai. She's a weido

Practising different faces and colour

Practising with random pictures on the net


Not to forget, Day and Kei comic

OC (original characters) : Day - Kei -Kay - Marcus

 I'm so sorry for not keeping up with the update. To be honest, it's not just Copic. I now own a PS3 so sometimes I got lost in time, playing video games. Teehee..

Ok la.

Tu je nak bagitau.

Adieu

 p/s: I really want a flatbed scanner.. Huu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*