Sabai Arom Ka

Thursday, July 10, 2014

Hi guise,

Sementara waktu rehat ni, rasa gatal pulak nak release entry yang dah lama berkepam ni.

Bila masuk bulan puasa, rata-rata aim nak turunkan berat badan se-tan dua.. Konon nak nampak langsing la di hari lebaran. Kononnya la. Harapan setinggi gunung la kalau bila time melantak takde brek kecemasan kan.

Bila dah jadi macam ni, al biasalah cari produk mengkuruskan badan. Bulan puasa confirm takleh makan produk yang menjulapkan (istilah apa aku reka ni?). Maksud aku ubat kurus yang buat ko rasa nak berak je satu hari. So macam mana? Haa.. Apa susah, cari la losyen yang cairkan lemak tu.

Bulan lepas aku beli satu produk bakar lemak. Chilli Body Contour dari Sabai Arom. Bau dia sangat nice. Op Op Op.. Sebelum korang ingat aku nak promote barang, hold your horses. Nope! This is definitely not a product review shit yang blogger fesyen/kecantikan duk berpusu-pusu buat tu. Ni sebenarnya cerita pasal aku tertenyeh losyen cili kat mata.. Sebab apa? Sebab aku sengal, sebab tu la..



Nak dijadikan cerita, lepas bukak puasa dua hari lepas, aku perasan lipatan lemak kat perut time duk ralit melukis. Tensen punya pasal, aku tenyeh losyen cili tu kat perut. Nah rasakan. Sape suh hang bermesyuarat kat perut aku. Rasakan kena bakar ngan losyen cili. Bahahaha.. Sambil gelak jahat, tengok lemak yang bergegar ketakutan dengan kejam.

Lepas sapu losyen, aku sambung melukis. Lalala.. Membakar lemak sambil melukis. How awesome. Takyah workout. Kononnya.. Tapi biasalah, minda bawah sedar aku memang suka sabotaj diri sendiri. Time-time tangan berlumur losyen cili la rasa nak garu mata, siap main tenyeh-tenyeh, garu-garu biji mata. Hahaha.. Menjerit time rasa bahang losyen merayap ke mata hitam. Oh dang!!

I end up having a red eye for two days.. Kesakitan tu masih terasa. Orite, I get it. My body doesn't want to be parted from the fat.. That's why it pays back by injuring my eyes. Great.. Great.. Now, lemme cry a river in a corner.

Adieu

p/s: Nak kurus memang kena bersenam dan jaga makan. No shortcut. Kalau malas takyah berangan nak kurus. Jangan duk mengada promote pill julap, jus kapur plak. Aku lempang kang..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

14 comments:

  1. Aku tak gemuk (konon), dan tak kurus...kata org, sedang2 elok walaupon body tak berketul-ketul dgn otot..
    Tp sebelum puasa ari tu, aku check darah. Tahap kolesterol aku 6.3 (total cholesterol)
    6.3 dlm istilahnya SANGAT TINGGI, dah masuk high risk!
    Utk makluman, tahap selamat ialah bawah 5.2.

    Dr situ aku tahu, badan tak gemuk tak semestinya sihat.
    Dan harapan aku (mcam kau), bulan puasa ni nak turun sikit kolesterolnya, biarlah tahap selamat sikit supaya akan datang tak sakit jantung mcam orang kaya drama melayu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus niat nak kurus tu. Tapi macam aku ni memang kurang istiqomah bak kata orang tu, pasal jaga makan dan bersenam. So, gemuk forever la jawabnya.. kolestrol pun tinggi ni..

      Kau tak tau ke criteria nak jadi orang kaya adalah kena ada sakit jantung atau darah tinggi. Tak sakit ni tak kaya namanya. bahahahaha

      Delete
  2. hambikkkk... kah kah kah.. eh.. aku gelakkan hang plak day.. koh koh koh..
    lenkali guna Pati Halia jer.. cili pedas sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Touché bro.. Touché.. Pati halia pun pedas jugak. losyen cili ni wangi.. Aku suka..haha

      Delete
  3. mesti mata kau jadi kurus sebelah kan? sebab kau tenyeh dengan sabai aron tu.. hohoho

    berhati2 bukan hanya di jalan raya.. tapi time nak kuruskan badan pon kena berhati2 gak. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. totally justified. Hmm.. No wonder mata aku kecik sebelah. Bagus penjelasan ilmiah ko ni..

      Patut ada safety signboard dalam bilik. Beware, losing fat in process. Proceed with care.

      Lol

      Delete
  4. sabai arom = cabai harommm... kah? kakaka~ XD

    bersenam, jaga pemakanan (kurangkan lemak, gula dan garam... banyakkan sayur hijau dan buah2an dlm diet)... no other way around that dah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Kreatif.. Cabai harom jadah kena kat mata. But joke aside, maksud betul dia happy-value kot. If I'm not mistaken. Aku pun taktau bahasa Thai ni.

      Nak sihat memang kena usaha lebih. Jangan turut hawa nafsu..

      Tapi ayam goreng sedap gila kot.. *menangis

      Delete
  5. benda yg lebih kurang sama pernah jadi kat aku gak. bila fikir balik, bangang lak rasa. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bimbang. Ramai kes cani sebenarnya. Bertabahlahhh

      Delete
  6. Replies
    1. Tak paham. Apa yang "tak. Paham?" ?

      Delete
  7. ngahhahahhaha memang penah kene macam ni gak. gile pedih. aku msaa tu main minyak cap kapak. lupa nak basuh tangan pahtu laju je tenyeh mata. apo lgi meraungla pedihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuuh minyak cap kapak memang sembuh terus rabun kalau silap tenyeh ke mata

      Delete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*