Nak Gelak Ke Tak

Monday, July 21, 2014

Hi Guise,

Sorry for the delayed entry. Internet dah kaput kat rumah. Confirm aku nak terminate YES4G.. No no no.. Aku nak Unifi lepas ni. Heh.

Anyhow, this thing happen a week back. Boss aku ajak aku ngan admin assistant (kerani) kitorang, Wani, pegi bukak puasa sama-sama. It was Ok la. Dapat makan kambing kan, mengembek kesedapan la aku sepanjang bukak puasa. Hahahaha.

Dan kebiasaannya nyelah orang yang merokok ni, lepas bukak puasa confirm mau berasap punya. Lepas satu, satu boss aku cucuh. Nasib baik open air restaurant. Kalau tak mau bau kemenyan kitorang dibuatnya. Aku tak tau la agaknya boss ralit dengar kitorang berceloteh sampai dia tersilap cucuh. Tercucuh bontot rokok. Mula la terkebil-kebil dia asap tak masyuk. Aku ngan Wani tahan gelak. Tapi disebabkan aku ni ringan sikit mulut aku tertanya gak kat boss.

"Err.. Boss silap cucuh rokok eh?

"Haah.. Patutlah asap tak keluar"

Aku ngan Wani dah takleh cover gelak.

"Kuang asam budak-budak ni"

Lepas puas gelak aku baru teringat. Eh, boss kot. Kena gelak takpe ke dia? Jap, appraisal aku belum sign lagi tu. Cuti raya pun belum approve. Naya kalau orang tua ni kecik ati tak bagi cuti. Tapi nasib la boss aku ni jenis boleh bawak bergurau. Esoknya masuk office boleh gelak-gelak lagi.

Tapi yang tak syoknya, aku dengar boss besar nak bekukan cuti raya semua orang sebab nak suh keje gak time raya. Apa punya turrr~~~!! Puuh.. Aku aminkan tak jadi pembekuan tersebut..

Tolong aminkan sekali ngan kitorang. Aku kepingin nak makan soto kat rumah tahun ni.

Adieu

p/s: komik ada lagi dua. Patut ke aku release hari ni jugak? Kantoi main tenet kat office..

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

18 comments:

  1. cian nyer kalo raye kne koje..huhuhuu

    p/s : kne mempuji le sket bos tu kasik cuti jugak tuk raye :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss besar tak makan puji. Hati ni makin resah dibuatnya. Waduh gawat

      Delete
  2. raye pon kene keja. mogok lapor la seme haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extend bulan puasa la kiranya ni? Hahaha

      Delete
  3. sian..mana feel raya kena kerja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haih.. Itu la pasal. Doakan semoga boss tak jadi buat sekejam ihtu. Keje dalam malaysia kot. Jangan la catu cuti kami. (bukan ada orang keje pun kat site kami kena jaga)

      Delete
  4. uih.. tringat tadi dekat majlis berbuka kat rumah jiran, lepas settle makan asap berkepul2. ugh.. aku tak marah hang nak merokok sumpah, tapi adoi.. tak de adab isap rokok dlm majlis mcm tu. ergh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahan sangat tu. Mungkin lepas ni nak merokok kena lebih beradap.
      1) Ucapkan salam
      2) Tangan lurus ke bawah, bongkokkan badan
      3) Keluarkan rokok dan cucuh
      4) Hulurkan muka untuk dilempang

      Delete
  5. hmm, tetiba teringat zaman skolah rendah dulu, ada sorang cikgu aku ni, smoker... dia tengah dok cakap2 kat students, sambil memegang rokok yang dah dinyalakan... cakap punya cakap, lepas tu dia nak sambung merokok, skali dia salah masukkan bahagian api tu ke dalam mulut, tersembur la bara api rokok tu dari mulut dia... pergh, mesti terbakar sikit mulut dia... aku tak tergelak, sebab aku terlalu innocent masa tu untuk gelakkan orang... hahahah X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lagi naya. Tak tau nak rasa lawak ke nak rasa marah sebab dia merokok depan budak-budak.

      Delete
    2. tak pun rasa kesian sebab dia lecurkan mulut sendiri..


      Tak..


      definitely lawak. LOL

      Delete
    3. Atau, "rasakan, siapa suruh merokok dlm kelas dpn budak2, hamik ko", hahaa...

      Delete
  6. Kalau aku, mmg dah tibai gelak dah....
    Tak kira laa boss ke sape ke...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di dah dapat agak dah geng membahan orang ni. Hahaha

      Delete
  7. bantai gelak jer... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko gelak, aku rasa bos ko salah paham ingat ko batuk. kohkohkoh.. dia mesti cakap, terus batuk ko, pegilah amik mc. haha

      Delete
  8. freedom for soto and lontong!

    #kartunster

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freedom freedom.. where's my anonymous legion. Say no to working on raya!!

      Delete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*