Copic Special Entry

Sunday, August 31, 2014

Hi guise,

Aku kerap check blog stat. Especially search key word. Bulan ni punya search keyword tah pape. Tapi bulan lepas ada dua search keyword yang menarik. "Harga Copic" dengan "tak nak badmood". Apa kena mengena tah keyword tak nak badmood tu. Tah pape. Hahaha.

Although kat blog ni aku banyak post digital comic, aku ni sebenarnya pelukis medium marker yang tegar tau. (Masyaallah, teruknya struktur ayat aku. Mohon cikgu BM buat-buat tak kecik ati ye). I've spent more on markers than I've ever spent on tablet. Although, that figure might change if I can save enough money to buy meself a brand new Wacom Cintiq. Tu mak aih berangan takleh blah.

Anyhow.. Aku baru je balik dari The Curve, beli barang melukis. Ni semua Suraya Himechan punya pasal, duk goda aku suh pi ArtFriend beli Copic. Hnnstftt.. Masuk ke alam mimpi terngiang-ngiang suh pi beli Copic tau tak. So aku macam dapat satu idea untuk tulis entry pasal kat mana nak dapatkan Copic Markers ni. To those who had only just heard this brand today, Copic is one of the leading brand for professional comic coloring. Argh.. Maafkan BI aku!!

Ini dia!!

Insert angelic music.. Tadaaa.. Sangat osem! So many markers.. So many choices..

Ok. Yang kat bawah ni just gambar-gambar tag harga sebagai rujukan korang.



Copic Ciao: RM 9.80 sebatang
Copic Sketch: RM 14.90 sebatang
Copic Original: RM 14.90 sebatang
Copic Wide: RM 21.00 sebatang (kot, aku tak sempat nak snap)
Copic Various Ink (Refill): RM 19.90 sebotol (Not in the photo, but you can get it at the counter) 

Okay.. Sangat tak bermaklumat kan? Apa tu Ciao? Apa tu Sketch? Apa tu Wide? Sorry sorry.. Aku memang excited sikit bab gambar-gambar ni. Copic marker ada 4 jenis. Ada Ciao, Sketch, Copic dan Wide. Beza dia size of ink reservoir ngan dia punya nib. Ciao ngan Sketch pakai nib yang sama, satu medium broad dan satu super brush. Super brush la yang paling osem sebenarnya. Seriously, you have to try it to understand how awesome the brush is. Copic original lak pakai fine round nib ngan broad nib which is awesome for calligraphy. Wide pulak besar gedabak. Pakai single wide nib. Untuk lebih paham, sebab penjelasan aku sedikit rojak, tengoklah gambar kat bawah, Courtesy of google image.


Different nib, different ink reservoir. Ciao; 3cc, Sketch; 4cc , Copic around 5cc kot. Aku tak ingat mana aku baca benda alah ni. The best thing is, you can actually refill the ink when it runs out. Awesome. So antara Ciao ngan Sketch, more or less, the bigger the ink reservoir, the less frequent you need to refill the ink. Also, Copic Sketch has wider range of colours comparing to Copic Ciao and it is compatible for air brushing. Air brush aku tak berani nak explain sebab tak pernah pakai. Tapi benda tu pun ada jual kat Artfriend. Haa.. Ko jangan tak tau..


Selain daripada markers, Copic pun ada sediakan product lain seperti marker pad ngan replacement nib. (Masyaallah dahsyatnya ayat tu. Sumpah takleh buat product review.)



Ada dua size marker pad, yang biasa aku pakai size A4. Ketebalan pun lain-lain. Bleedproof marker pad ngan Copic manga paper memang jauh beza. Trust me, I've tried both. Dari segi ketebalan, dan ketidaktirisan dakwat, Bleedproof marker pad memang sedap-sedap. Harga pun sedap-sedap gak.

Bleedproof Marker pad 70gsm 50pgs A4 = RM43.00 sejilid
Bleedproof Marker pad 70gsm 50pgs A3 = RM79.90 sejilid

Mohon jangan pengsan dulu. Now, you might not need bleedproof paper pun kalau nak mewarna ngan Copic ni. My friend uses regular drawing pad and it works like a charm. But I, myself, prefer the marker pad because of its smooth surface. All and all, choose a paper which you can blend your ink well. Leave me a comment if you have any suggestion for me. Aku pun tengah cari alternatif marker pad sebab mahal nak mampos.

Next product is for when you are in need for replacement. Apa? Nib marker ko rongak adik ko telan? Apa tu? Tak tau nak refill marker tanpa tumpahkan ink yang mahal tu? Worry not, Copic provides replacement nibs and boosters for you. Mungkin aku patut buat separate entry pasal nib replacement and refill.



Your super brush is going to get ruined, trust me. It takes me quite a while to get used to waiting for the black ink to dry before started to color. And the result is, blackened nib. Nasibla colour dia still cantik je walaupun nib dah macam berus calligraphy cina.

Oh ye. Ada gak Copic friendly multiliner yang korang boleh pilih. Sebab korang takleh pakai artline dah sebab nanti dia dissolve dalam dakwat copic and smudge the whole artwork. I've learnt it the hard way. Aku tak try lagi india ink sebab setakat ni aku pakai copic multiliner je. Tapi kalau ada yang minat nak beli marker india ink, Faber Castell ada keluarkan. Siap macam-macam kaler lagi. Sawan jap aku tadi nak beli semua.

Tangan terketar-ketar sebab baru kebah demam dan eksaited nak bayar copic tu paal la gambar kabur macam amik ngan camera VGA.

So, yang aku berjaya bawak balik tadi sejam aku kat The curve adalah 5 beradik ini:


Which amount to...

It's not cheap to sustain a hobby as expensive as this. But it gives me great joy and sense of fulfillment. 

Satu benda yang aku nak kongsi, ArtFriend ada membership card tau. Ko daftar je sekali (mungkin kena renew setahun sekali kot. Aku tak ingat). Pastu ko boleh dapat membership discount dalam 10%. Trust me, berbaloi ko jadi member. Kad dia pulak pakai IC sahaja so takdelah nak kena simpan banyak kad kan.

Sebelum aku nak akhir kata ni, aku nak bagitau, aku bukanlah duta Copic mahupun ArtFriend. Aku cuma nak kongsi apa yang aku tau sebab masa aku taktau dulu, aku harap sangat ada orang bagitau. Tarik telinga aku pastu tenyeh muka pandang kedai seni "Whoi, tu barang baik punya kalau ko nak try". So ni la aku nak bagitau so that sape-sape yang bersungguh nak melukis/mewarna boleh dapatkan benda yang betul-betul boleh buat ko berbuih mulut kesedapan. Ok, itu exaggerate a bit la. Ok? So jangan ingat ni sesi berbayar pulak. Selamat mencuba kepada yang ingin mencuba. oh ye. ArtFriend ada kat The Curve ngan The Garden. Nak cari copic kat tempat lain aku taktau. Sape-sape yang tau sila kongsi. Kat Kinokuniya ada kot rasanya.

Adieu

P/S: Full Collection Cik Day~~~


LAalalalalalalal~~

Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Sebulan Yang Lalu

Saturday, August 30, 2014

Hi guise,

Dah habis raya rupanya. Lama jugak aku peram cerita ni. Bukan taknak cerita tapi tekak duk kembang lagi bila teringat cerita ni. Kepada Cero yang buat shout out dekat fesbek page, this one for you, bro. I hope it worth the wait.

Ok.. Cerita raya hari tu.. Bukan la cerita rumah terbuka dan cirit-birit. Bukan jugak cerita mercun, meriam buluh mahupun lampu liplap. Oh ni lain ni.. Ni special..

Now for something completely different..


Al kisahnya..

Raya kelima kitorang satu family ke Sutera Beach Resort. pantai situ memang tertutup, tak ramai orang. Sangat syok nak mandi manda. Especially bila ramai anak dara yang duk mengigau nak kuak lentang kat laut. Pantai yang landai, air biru, laut tenang.. Pendek kata memang syok la!

Dalam elok duk kuak lentang, kuak dada dan tak lupa juga kuak kupu-kupu, my sister, Cauda spotted something rather menacing.. Ejewah. Tah pape aku tulis ni. Dia kuis-kuis baru aku.

"Kak Oyi.. Cu tengok tu. Macang taik je.."

Aku yang tak pakai spek time tu tengok ke arah benda yang adik aku tunjuk dan dengan bengangnya berkata, "Mu ngarut mende gok. Taik mari mane. Ish mu ni. Jom a, duk jauh sikit"

So kitorang pun gerak ke area yang lebih jauh dari tempat penemuan itu. Tak lama lepas tu kedengaran akak sepupu aku menjerit dari kawasan tadi "TAHI!! TAHI!!"

Aku pandang adik aku, adik aku pandang aku.. Tanpa berlengah kitorang cepat-cepat naik ke darat. Muka masing-masing dah biru kelu, geli teringat tahi yang terapung dekat time kitorang mandi manda. Akak sepupu aku dah siap muntah hijau.

Setelah selesai penyiasatan terperinci, barulah kitorang tau yang sorang adik sepupu kitorang berak lam air. Patutlah aku tengok tiba-tiba je dia mandi jauh dari kitorang. lahabau, rupanya buat kek dalam laut. SYITTT.. Aku still rasa kembang tekak bila ingat balik. Puas istinjak, samak, tayamum, mandi wajib la pastu. Omaigod, aku rasa nak pengsan..

So sampai sini jela cite kali ni.

Aku nak pegi pengsan jap.

Adieu

p/s: Berak dalam air is never cool.. Never..Arghh


Right! Stop it. It's getting silly. Now get on with it. Get on with it!

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*