Doodle : Geng Kentut Berasap

Wednesday, August 24, 2016

Hi Guise,

Kalau aku boleh kategorikan aku dalam arena seni lukis (ecewah) mungkin aku akan cakap aku ni illustrator. Komiker mungkin tapi aku tak yakin nak pakai tag nama comic artist ni sebab personally aku tak sampai level tu lagi. Doodler? Doodle in a sense is just a random sketch you do absentmindedly. Tapi secara technicalnya doodle dalam cabang seni lukis ni ada specific style. Kalau ikutkan, aku bukan seorang doodler. Technically speaking la. So bila aku buat keputusan nak join pertandingan doodle antabax ni, memang aku cukup was-was dan tak berharap lebih.

Tema pertandingan ni "Cergas Bersama antabax" so aku lukis budak-budak main hujan tanpa risau dalam botol kaca berlabel "antabax". Makhluk yang kat tepi-tepi tu, termasuk geng kentut berasap kat penjuru bawah kanan tu adalah bakteria jahat yang menunggu masa untuk menyerang. Yang tu yang aku plan la. Kalau tak sampai message tu sorry la. Saya budak baru belajar. Baru nak berjinak-jinak ngan doodle.

Anyway, aku dah pun submit ke antabax penyertaan aku ni. Nanti bila diorang dah upload ke album penyertaan ni, aku mintak korang jenguk-jenguk la. Aku akan share link kat post note dan jugak kat FB page. Kalau korang rasa aku layak menang, ketik like kat penyertaan aku kat page antabax. Kalau korang nampak doodle lain yg korang rasa layak menang, like la doodle diorang. Show some support. Kalah menang tu adat. Tapi kalau ada orang hargai hasil kerja kita tu yang paling menggembirakan. Bagi aku la.

So kepada yang nak join pertandingan ni, boleh la ke page antabax dan follow terma dan syarat pertandingan. Pertandingan tamat pada 30 September 2016 so sempat lagi nak join. Terima kasih kepada Dayang Deno yang mewar-warkan adanya pertandingan tersebut. Best of luck, kawan-kawan.

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*