Aroma Memikat, Citarasa Lazat

Sunday, July 06, 2014

Hi guise,

Just a quick update.

Tadi pagi lepas sahur aku tak terus tido sebab terkena cirit birit yang tak serius sangat. Dah lepas pukul 9 camtu, nafsu tido pun dah tak tahu pegi mana. So sepanjang hari aku duk melukis je keje. Yay!

Dalam pukul 2.30 petang aku dah start sakit kepala. Ahh sudah.. Dah la nak kena pergi supermarket cari barang-barang basah untuk seminggu ni. Kalau tak, kebulor la dibuatnya. Tapi sebab sakit kepala dan mata yang dah berpinau-pinau ni, aku pun tumbang la kejap.

Elok lagi sikit nak slip into the dreamland, tercium bau yang amat..amat.. amat.. memikat selera la orang kata. Perghhh, sedap sungguh. kecur air liur aku yang time tu memang tengah lapar. Almaklumlah.. Sahur air kosong sahaja. Aku cuba jugak pejamkan mata. Tido Day, japgi tumbang time tolak troli, naya..

Tapi memang tak boleh. Bau dia masha allah.. Sungguh umpph.. Aku jeling jam kat dinding.. Tak gerak sebab dah habis bateri. Aku jeling jam kat phone, baru pukul 3 petang. Aduyai.. Jiran aku ni boleh tahan excited nak bukak puasa. Bersangka baik.. Bak kata kawan aku, Haj, masak untuk bazar ramadhan agaknya..

Aku telan liur.. Rancangan nak tidur terus cancel. Siap-siap pergi supermarket. Semangat pulak aku nak masak hari ni.. Semua jiran aku punya pasal.. Tadi masak lauk Thai.. Thanks for the recipe Yus! (Have you visited her blog? She makes digital comic too..)

Puas ku teka menu jiran aku tu.. Sampai sudah tak tahu masak lauk apa.. Haha..

By the way, tak tau la korang perasan ke tak. Aku tukar format/template comic.. Perasan tak? Yang ni pakai template lama, entry sebelum ni pakai template baru. Leave a comment on which template you prefer. Ok?

Adieu

P/S: Aroi mak mak..



-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

10 comments:

  1. rajin bebeno melukis.. aku dari pagi semangat nak melukis, bila pegang pen tablet, langsung takde idea,, koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time idea tengah membunga ni memang rajin semacam. Cuba tgh artblock.. haaa... kering kontang..

      Delete
  2. template lama ni cun seyh~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah biasa pakai yg ni, macam reluctant gak nk tukar template. Tapi background template lama ni putih dia kelabu asap. Geram betul

      Delete
  3. Mesti la format yang nie! Yg baru pon okay je.. tapi nie nmpak rajin skit. Kah3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure yg ni nampak rajin. Hmm.. takpe.. nanti aku post satu entry buat perbandingan. Tp personally mmg aku prefer yg lama

      Delete
  4. Dua-dua pun cantik~~ tp saya lebih suka yg mcm entri sblm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baru ni lebih sistematik sebab box dia clear..huhu

      Delete
  5. Mencabar iman betul kalau bau makanan sedap dr rumah jiran....
    Aku pon slalu kena gak camtu...
    Nak tunggu dia ketuk pintu nak bagi sepinggan, idoknyer ler...

    Bab template, aku rasa dua2 pon best...
    Aku tak kisah mane2 pon...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman duk kampung dulu ada la jiran hantar lauk. tapi tu pun sekarang dah pupus dah amalan tu. Semua pun dah jadi strangers. Sedih kan?

      Bagus ni tak cerewet. Boleh pakai mana2 template. haha

      Delete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*