Hi guise,
Ni nak umumkan.. Penyertaan Giveaway 2.0 telah ditutup dengan rasminya. Yay!!!!
Yay lagi sekali untuk poster yang masih gagal.
Berikut adalah senarai semak nama peserta dan jumlah nomination for president. cEro mendahului dengan total 8 kad undian. Hahaha, syabas cEro. Ramai anak buah ko. Tapi jangan bimbang. Nasib mungkin di sebelah anda time kita cabut nama bertuah nanti. So stay tune.
Supaya tak keliru, ini bukan senarai nama pemenang tau. Ini senarai nama peserta dan jumlah nama yang bakal dimasukkan ke dalam kotak cabutan.
Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, undian akan dibuat dalam format video. Maka, berikan aku sedikit masa untuk setup barang dulu. Suka aku ingatkan peraturan yang sebelum ni. Amik perhatian peraturan 1, 4 dan 5:- Alamat surat-menyurat pemenang di luar Malaysia akan dikira batal. Cabutan akan dibuat semula dari pool undian yang sama. Aku taktau nak post hadiah ke obersee weyh
- Peserta anonymous adalah tidak dibenarkan. Bagi yang takde akaun Google/Blogger/Google+, jangan bimbang, komen guna pilihan Name/URL. URL tu letak URL facebook profile korang. Leceh sikit tapi sebab memang susah kalau anonymous. Macam mana nak tau sape menang kalau dah semua duk nak anon je manjang. Apa malu sangat kome ni, masuk pertandingan pun nak anon bagai.
- Jika jumlah peserta tak mencapai at least 5 nama, peraduan ini akan terbatal. Dan aku mungkin akan depress seminggu.
- Jika nama sama yang dicabut, cabutan kedua dikira batal. Senang cerita satu peserta, satu hadiah. Kira adil la kan?
- Jika hadiah tidak dituntut dalam tempoh seminggu, cabutan akan dibuat sekali lagi dari pool undian yang sama.
Dan tarikh-tarikh penting seperti yang dah diterangkan dalam entry sebelum ini masih valid:
4/3/16 @ 5/3/16 : Pengumuman pemenang
13/3/16 - 31/3/16 : Tempoh tuntutan dan pengeposan hadiah.
Okay tu je perkhabaran hari ni. Selamat berjaya kepada semua 22 peserta. Harap-harap dari 68 kertas undian, nama koranglah yang terpilih nanti.
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~