Hiding

Saturday, January 18, 2014

Hi guise,
Today's entry is a throwback..Time setting:  masa wedding kawan baik aku, Wan Ana Syukriah..
First thing that you have to know is that my sister, Cuada attended my secondary school. She's practically my junior by 6 years.
yep.. the same uniform, same badge..
Back to the story..

Ana invite aku dengan lagi sorang lagi kawan aku untuk participate in her wedding preparation. Aku still takleh get over yang Ana kahwin dulu. Tapi tu cite lain. For the wedding I was assigned as the make up artist.. (Hahahahaha..) My other best friend, Yus was assigned as the photographer. aku bawak Cauda sebagai orang suruhan. hahahaha..

Aku dah cakap dah kat Ana, "Ana, kalau cikgu sekolah kita datang, aku nak lari.." sambil buat muka cuak. Bukan sebab apa, aku pakai halfmoon shawl hari tu. Tak labuh, agak singkat. So aku memang taknak jumpa orang dari sekolah aku dulu. especially ustazah.. Huk..

Ana cakap "Mak aku dah invite cikgu-cikgu datang."

Aku macam, Alamak.. Kena berwaspada ni. Cuada yang alumni sekolah aku pun cuak gak. Dia pun taknak terserempak dengan ustazah. So semua macam hati-hati sepanjang majlis berlangsung. Kalau nampak kelibat ustazah dah pakat nak lari je.

Nak dijadikan cerita, aku tengah borak dengan kawan aku, Yus masa tu bila Cuada tiba-tiba lari datang kat aku. Bisik "Kak Oyie, Cuada nampak ustazah tadi". Aku padang muka Cuada, pandang muka Yus, pastu cepat-cepat tarik diorang masuk umah, masuk bilik pengantin (Yes, we have clearance to enter that room, although come to think about it, it's rude and a breach of privacy.. Sorry, won't do that again).





So kitorang tengah menyorok dalam bilik pengantin, I turned to Yus.. "Why are you here? You got no reason to hide.". Yus tudung labuh so I guess she doesn't have that same reason that my sister and I share. She said "Aku taknak kena tinggal kat luar sorang-sorang". Aku sengih je.. Menyandar kat dinding, tekan Candy Crush.. Cuada separuh bisik "Sempat lagi nak Candy Crush dia tu"

And suddenly we heard voices looking for us.

I grabbed Cauda and Yus, went into the bathroom, leaving my phone behind, with the apps still running. I was like.. "Shut up people. If ustazah is looking for us here, I swear I'm gonna climb up the ceiling and escape.".. What the hell..

But the voices piped down. So we got out, looking for Ana.

"Ana, ustazah dah balik ke?"

"Yelah, *cheese cake la korang tinggal aku sorang-sorang kat sini" *Cheese cake=Cis

Aku sengih je sambil tenyeh-tenyeh ibu jari kaki ke lantai, mintak simpati.

"Aku try cari diorang tadi, aku nampak phone Day terbukak, Candy Crush pun bukak. Aku agak dah, budak ni mesti nyorok dalam tandas" sampuk Am, kawan Ana..

Aku sengih lagi sambil duk tenyeh lantai in circular motion.

Now.. Apa yang aku cuba cakap sekarang, kita ni lagi malu nak jumpa manusia bila tau kita ada buat benda tak betul. Padahal hukum tutup aurat tu dari Allah. lagi takut manusia judge kita dari judgement yang Allah akan bagi kat kita di hari pembalasan. Ok, aku insaf.. Lepas ni aku akan cuba perbaiki lagi pemakaian.. Pakai tudung tak bermakna tutup aurat. Tapi langkah pertama nak tutup aurat, pakailah tudung. Kepada diri sendiri, labuhkan tudung, longarkan pakaian. Insyaallah..

To my ustazah, sorry ustazah, saya memang takut nak jumpa cikgu-cikgu semua.. Ampunkan kami.. Ampunkan kami..

Yus & I.. Btw Ana, tahniah sebab dah kawen.. Tak lambat lagi nak wish kan? Hahahaha. Sorry Yus, aku pakai gambar ni sebab aku rasa aku nampak hot.. (Ptuih..Hahahaha)

Adieu

P/S: Esok lagi sorang kawan baik nak kawen.. Haish.. (gelek-gelek pen tablet)

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Intimidation

Tuesday, January 14, 2014

Hi guise..


Let me get this straight.. It's hard being a self proclaimed comic blogger.. Semua entry kena ada komik. Not that I'm complaining. It's just that sometimes I can't get the idea flowing. Like right now. It's dull and empty and dry and boring.

Usually when I had trouble getting that jiggly sensation to start drawing I would go around the internet, exploring other comic bloggers or illustrators. They kinda give me a push to draw. Like "Huwaaahh awesomenya artwork sensei ni.. Omagad omagad I have to draw now" and the idea just keep pouring. So awesome indeed.

But these past few days it doesn't work. Yeah I had the urge to draw but instead of getting inspired, i'm getting a mind block. It's like having a cock block.. Like you're really eager to do something and just poof.. It's gone..

I hate it when it happens. Shitty tau dak? Rasa macam sembelit.. Sakit dah tangan aku ni nak mencanting (buat komik macam buat batik ke apa?) tapi idea taknak mai. MAAAAAkKKK!! Geramnya..

Conclusion: I'm intimidated by the talents out there. I didn't start drawing to be compared to others but I guess it is natural to feel downgraded seeing awesome artwork out there.. Kamon Day.. Kamon.... So yeah.. if you're a comic blogger, rest assured that I ENVY YOU!!

Tu jela. Aku tak tau cane nak tutup entry kali ni. Aku dah cakap dah aku takde idea.. arrrrr...

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

3rd Molar Extraction

Friday, January 10, 2014

Hi guise,

To those yang follow fesbek page Vespa Buruk mesti dah tau hari ni aku ada surgery appointment. To be exact, dental surgery.. To be more precise, 3rd molar extraction ataupun cabut gigi bongsu.

Aku tak pernah cabut gigi kekal aku. So till yesterday I have perfect set of molars. Akhir minggu lepas gusi belakang aku membengkak. Suspect infection silap gigit apa sampai gusi belakang terkacip luka. Gigi bongsu lak macam hidup segan mati tak mau, tumbuh full taknak, duk terbenam dalam gusi je keje dia. I seriously doubt the name 'wisdom tooth'.. Macam tak berapa bijak je gigi ni.

Dua tahun lepas dentist pernah nasihatkan aku book appointment dekat hospital untuk extract gigi tak bijak tu. Tapi memandangkan time tu aku student dan susah nak gerak, aku biar je sampai tak sakit. Once tak sakit aku pun lupa terus nak buang gigi tu.

So bila kali ni dia jadi balik, aku nekad nak jumpa dentist. Nak settlekan hal ni once and for all. Aku buat kat klinik swasta so it's a bit pricey tapi takyah tunggu lama. Seminggu je tunggu terus boleh settle. Itu pun sebab aku taknak buat surgery tengah minggu. Kalau buat hari jumaat mc aku tak makan hari keje. Bagus gila aku ni.

Tadi pagi aku masuk bilik dentist dengan perasaan neves nak mampos. Masa fes pegi check up tu takde la neves ke apa. Ni semua pasal budak keje aku la ni suka duk mencuakkan aku. Chiehh la depa ni jahat. Dentist aku, Dokter Ahmad, seorang yang hensem (pakai vest wa cakap lu). Botak.. Hensem.. Tapi botak.. Tapi hensem.. Haaa.. dilema aku jap.

So.. Yang jadinya..


Masa kat klinik aku punya la macho. Gagah dan berani je time Dokter Ahmad cucuk ubat bius. Pedih gak woah time jarum tu cecah gusi. Sabar jela. Dahla kena 4 kali. Puhh.. Sungguh lazat. First dokter amik gamba dulu. Xray..Xray.. Nak tengok akar gigi tu menghala ke mana. Lepas tu dokter check ubat bius dah jalan ke belum. Okeh pass, mulut dah kebas, air liur pun start meleleh tak sedar. Hahaha.. Macam retard semacam aku rasa time air liur meleleh takleh control.

Aku rasa fes tool yang doc amik time tu semacam scalpel. Belah gusi untuk expose 3rd molar yang pemalu tu. Pergh masa tu ngilu bak hang. Tak sakit tapi ngilu sebab tau gusi tengah kena potong. Oit, sape yang takleh baca cite seram tu sila skip bawah terus. Lepas dah expose gigi tu dokter amik macam playar bulat (Hahahaha. Aku taktau nama dia). Mula tarik gigi. Moh masa kena tarik tu, nurse tu pegang kepala aku taknak kasi gerak. Tapi banyak kali aku mintak time out dengan doc sebab aku rasa macam rahang aku nak dislocate je, kuat sangat tarik.

Puas duk tarik, goyang-goyang, pusing-pusing, cungkil-cungkil, last-last dengar 'krak'. Yay dah tercabut!! Masa nampak gigi dengan cebisan gusi yang melekat tu aku rasa macam, alhamdulillah la manusia ada ubat bius. Mau aku terajang doc tu kalau ubat bius belum dicipta lagi sekarang. Huehue..

"Akar gigi awak patah ni"

Moh, dengar ayat doc ni aku rasa macam nak jerit. Jadahnya patah? "Saya akan korek keluarkan".. Seram siot! "Dalam ni dokter.. Saya amik yang kecik sikit" Nurse tu duk tambah. Amik apa yang kecik pun aku tak tau. Tapi yang pastinya lepas tu doc duk rodok-rodok gusi aku. Pergh.. Pergh!!! Hasilnya, akar 2mm yang tertinggal dalam gusi tu pecah dan terpaksa dikeluarkan satu-satu. takpasti semua dah berjaya dikeluarkan ke tak sebab darah duk mencurah ke ladang gandum. I kid you not. One time aku nampak darah memercik ke atas hidung aku. Satu titik je. hahaha. Tapi still seram ok.

Tak habis kat situ.. Doc amik benang nak jahit. Aku sebenarnya fobia sikit dengan benang jahit luka ni sebab masa aku accident dulu, dokter yang jahit luka aku tu tak tunggu bius jalan dia dah start menjahit siap sulam jadah apa tah kat luka. So aku boleh rasa time jarum masuk daging. Thankfully this time, I'm sure that I won't feel anything. Dokter Ahmad jjang!! Dah la hensem tapi botak, gentle lak tu.. My man~~

All and all, after an hour.. The procedure ended with a success. Tak sakit. So aku amik ubat dan blah. Minggu depan kena pegi klinik balik untuk bukak jahitan.

Sampai umah, slowly anesthetic wears off. Mula dah rasa sakit denyut tu. My god!!!!!!!

Ok la.. Aku nak sambung meraung ni. Seminggu ni minum air jela gamaknya aku. Huuuu...

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Lessons in Life

Sunday, January 05, 2014

Hi guise..

Aku baru balik dari hantar adik aku Onie yang terpaksa dipulangkan kepada kerajaan india.. Maksud aku.. Dia dah kena balik study sana lepas puas berjimba di Malaysia dua minggu ni. Sedih pun ada gak ni. Tapi sebagai kakak sulung yang macho, aku maintain cool je time nak blah tinggal dia dekat airport tadi. Pegi la budak kecik.. Belajar leklok.. Jangan banyak tido je..

So.. Tadi kitorang sempat lepak-lepak dan makan-makan sambil borak-borak. (Semua benda pun nak ganda kan? Haha). Terbukak la satu cite. It's something that I can't remember. It's something I said back then when I was a kid. My closest friends might know that I've lost quite a portion of my memory. I don't know how but I just lost it completely. One of the memory that I can't recall is when I got into fight with someone at school. But that's a story for another time.

Yang ni cite dari mulut Onie. Tapi siyes aku tak ingat.
Back in 2008, I was overjoyed when I got my SPM result. I did really well for my SPM. Macam ramai gak la yang tak percaya bila tengok slip keputusan aku time tu. Masa tu memang aim aku nak study kat luar negara. oyeah!! Finally.. After 17 years of living with my parents I can go out there, see the world! Excited gila aku time tu. At that time I really thought that I have the right to get what I want. seriously..

Aku pun usulkan la kat parents aku.. " Umi abah.. Akak nak amik degree kat luar. Kat Germany ke.. UK ke..". Now, you must know that I was way too obnoxious when I was a kid. Still obnoxious pun sekarang tapi dulu gila-gila snob la. Tambah pulak dengan perangai tak matang and not to mention, hot-headed. So what happened was..

(Sorry.. Silap setting tadi.. Kelabu asap semua jadinya)

That was my actual quote according to my sister. Gila ah.. Boleh aku ugut nak bakar rumah. Hahahahaha. Betapa tak matangnya aku time tu! Tapi jangan bimbang beb. Lepas Onie dapat scholarship Dentistry kat India, aku tak bakar pun umah tu. Hahahaha. Cakap gebang..

Oit-oit.. Sambung cite balik

Even though my parents were against my wish to study abroad, diorang still bagi aku peluang untuk try dapatkan scholarship JPA tu. Masa keluar keputusan interview tu aku macam confident gila akan dapat sebab ada kawan aku yang satu batch dengan aku interview tu dapat and from what we've gone through I thought that I did better than her.

Tapi perancangan Allah tu yang terbaik. Aku gagal dapat scholarship tu. Mungkin sebab parents aku tak izin dan mungkin jugak Allah nak ajar aku 'HUMILITY'. Seumur hidup aku, walaupun aku mungkin tak tunjuk dekat kawan-kawan, aku sebenarnya bangga dengan keputusan exam-exam aku. Alhamdulillah, Allah bagi aku merasa kejayaan berulang kali dari UPSR sampai la SPM. Mungkin sebab tu aku jadi ujub dan takabur. Aku rasa diri hebat sangat. Nothing can stop me from getting what I want.

So bila aku fail dapat scholarship JPA tu memang aku down gila. But that doesn't stop me from trying again and again. Lepas matriculation aku try lagi. Dan still gagal. Time ni aku rendahkan lagi expectation. aku follow je jalan yang ada kat depan mata. Aku try dapatkan course Architecture yang aku nak-nak sangat. Time tu aku dapat panggilan interview dari UKM. Tapi sayang sebab kesilapan technical aku terisi Civil Engineering UTM as my first choice. So whether or not I pass the interview, if UTM decided to accept my application, automatically, going to UKM is out of discussion.

From there, the rest is history. I went to UTM and scored my first semester. I found out about scholarship and I applied for it. I finally got my scholarship from a private company which I now serve right after my graduation. Now, the reason why I'm telling you the story is not just to share a lesson about humility and how important it is not to give up but also to remind myself.

Sejak akhir-akhir ni ramai kawan-kawan UTM aku dapat join Oil and Gas company. To be honest, aku jeles gila. Aku jeles yang amat. Aku rasa macam tak adil. Kenapa diorang dapat kerja yang bagus macam tu sedangkan aku nak try pun tak boleh sebab ada kontrak. Lepas borak dengan adik aku tadi, aku macam kena tampar kejap dengan tangan halimunan (ecewah.. tudia).

Allah susun jalan hidup aku cantik sangat. Aku lupa betapa aku berharap sangat nak dapat apa yang aku ada sekarang. Tapi bila dah dapat aku jadi lupa diri, jadi tamak nak dapat lebih. Taknak kalah dengan orang lain. Aku lupa rezeki yang Allah bagi kat aku.

I realize that I have been too obsessed with looking forward, aiming for the stars that I forgot to look back and see the ground beneath me. The very pile of soil that made me the person I am today. I forgot the lesson I've learnt few years back.

For those who are reading this.. Please find it in your heart. A sense of humility and appreciation of what you have today. For a moment.. Just think of the possibility of not having them at all.

Bersyukurlah..

Berterima kasihlah..

Berpada-padalah..

Adieu


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Holding On

Thursday, January 02, 2014


"Maybe you don't need me to be happy.. You can always leave.."


"But stay.. Please.."

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Reaching a Milestone

Hi guise,

So, ucapan wajib.. Selamat (tak berapa selamat sangat) Tahun Baru.. Semoga azam tahun lepas yang dah jadi pekasam tu boleh diperam sampai tahun depan sampai jadi budu pulak.

Aku tahun ni berjaya bawak family bercuti. Huh, rasa macam dah capai satu cita-cita masa kecik. (cita-cita?) Maksud aku, harapan la..Walaupun just pegi Cameron Highlands.. Tapi best apa. Aku tak pernah sampai lagi.. Sebab aku dari sekolah memang jenis yang tak join lawatan. Kekeke.. Anti sosial tegar..

About Cameron Highland.. two words.. SEJUK GILE!!!

Tak tahu la aku ke yang jakun pegi tempat sejuk tapi memang siyes aku tak expect sejuk camtu. Aku pulak jenis badan yang memang tahan sejuk tau. siyes tak tipu. Memang silap besar aku pegi Cameron Highland tanpa perancangan rapi.

Malam-malam nak gosok gigi memang azab la. Woah, mana sensodine time-time ngilu ni.. Arghh... Bila ingat je sakit balik gigi aku.. Plus.. Aku jenis yang tak suka mandi air panas. Bila mandi air panas je badan mesti rasa lemah satu hari. Itu pasallah walaupun ada water heater kat rumah ni, aku tetap setia pada air paip yang dingin di pagi hari.

Fes-fes aku expect mandi pagi kat Cameron ni lebih kurang sama dengan mandi air perigi time kecik-kecik dulu. Memang meleset la anggapan tu. Macam jirus ngan air sejuk lam peti ais!! Guaaahhhhh!! Sejuk gila. Tapi sebab dah takleh tahan mandi air panas, aku akhiri upacara mandi pagi dengan jirus air sejuk satu badan. Pergh.. Dahsyat sungguh aku ni..

nak dijadikan cerita, memang silap la aku pandang rendah kekuatan ekon semula jadi atas banjaran ni.. Aku ingat sejuk cam lam ekon office. So aku tak bother la nak beli sweater baru yang betul-betul tebat haba. (Semua sweater aku jenis nipis sebab fungsi dia just untuk cover baju lengan pendek.. means, sweater aku sweater tipu.. Bahahaha). Tu la Day.. Nasib la ko terer sangat kan.. Stoken pun tak bawak langsung. Tudung pun bawak bawal je semua. Nasebla adik aku yang dua orang lagi tu still pengamal pemakaian pashmina. Dapat gak la tumpang pakai pashmina yang suam-suam sedap tu.. (Ugutan amat berguna time-time terdesak ni ye)

Apa pun, trip kali ni memang osem sebab semua ahli keluarga ada.. Tak pernah lagi kan pergi bercuti camni. Aku ingat tahun depan nak plan pegi pulau lak.. Huhu. Sape tau ada trip murah tolong bagitau ye..
Keluarga Encik Halim.. Ye aku comel macam Panda.. Tolong jangan puji aku lebih-lebih.. Aku ni pemalu orangnya..

Perkumpulan budak tak sihat.. Dari kiri: Adik Nabil (adik la), Era (Adik sepupu), ketua budak tak sihat, Cauda (malu nak cakap adik. tolong makan ubat tepat waktu ye..)

Ko nampak ni.. Berjangkit dah tak sihat ngan budak-budak ni. Cameraman ni mabuk minum todi ke apa?

Hoho.. Terbanglah budak tak sihat..


Lastly.. Sangat terharu bila abah cakap.. "Tenkiu anak-anak yang menjayakan percutian kali ni" Perghh.. Menusuk kalbu.. Jap aku nak pegi nages sebab terharu..

Adieu..

p/s: Oiii.. nak pegi mana tu? Ada komik kat bawah laa..





Pengajaran.. Jangan sombong.. heheh

Duh gambar tak jelas.. Sedih takde scanner.

Ok bai


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*