Hoho.. Rajen pulak aku join benda-benda cani ek? Just for fun.. Sifu Ben Osman ada wat segmen.. Sebenarnya lepas baca Lanun punya entry hari tu (
Beg 4 Dimensi) memang dah meronta-ronta dah jiwa remaja ni nak buat.. Tapi.. Memandangkan esok hari Buruh kan.. Takde kena mengena pun padahalnya..
Back to topic..
Aku jenis yang bawak beg besar.. Pastu mula la melibas orang kiri kanan. Dah nama pun pompuan. Ofcos hobi aku libas orang dengan handbag saiz jumbo. OK.. Inventori mari!!
1) Receipt & Shopping List
Dah memang tabiat aku suka campak kertas lam beg. Memang bertimbun-timbun la sekalian resit yang keluar. Itu belum campur resit dalam purse. Haa.. jangan..
2) Coins
Hah, yang ni biasanya campak sekali ngan resit. Kadang-kadang nasib best, duit kertas pun ada sekali. Nak jadi nasib tak baik time nak buang resit, terbuang sekali ngan duit. Itu pasai la aku tak suka buang resit. eh bulih ke macam tu?
3) Perfume
Perfume hadiah kawan baik. Dulu ada satu kotak tapi sebab perfume tu letak lam kete, semua kena hangkut time kete kena rembat ngan manusia durjana dulu tu. Tinggal yang ni je. Itu pun sayang nak pakai..
4) Keys
eh.. Ini kalau kena terangkan ni memang saje ni.
5) Pen
Untuk diletakkan di atas muncung ketika hendak kelihatan chomel (sampai rasa nak lempang). Untuk dimain-mainkan di celah jari konon jari amazing.. Untuk menongkat dagu dan dahi sambil berkerut seribu untuk kelihatan bijak.. Mostly untuk catit nota dan doodle muka bos time meeting. Ehek.
6) Cards
Ye.. Kad pengenalan yang tah kenapa boleh terkeluar dari purse. Kad bonuslink yang dah tak pakai-pakai. Dan kad access office, pun tak tau macam mana boleh terlepas masuk handbag. Depa ni ada secret society ke apa tiba-tiba muncul setempat di tempat yang tak sepatutnya ni? Hmmm... Musykil..
7) Tiket Wayang Minggu Lepas
Lupa nak buang..Mana la tau kot boleh pakai lagi..Mintak lempang mintak lempang meh..
8) Make up Kit
Dalam tu ada BB cream. ada celak dua jenis. ada eye brow pencil.. ada blusher..Ada eye shadow.. ada lipstick 4 batang..Pakai celak/eye brow pencil/lipstick tapi bawak satu batalion. tah kejadah apa la aku bawak ke hulu kehilir. padahal lepas zohor dah malas conteng muka. bikin berat je..
9) Emergency Phone
Untuk kaum kerabat dan orang yang layak tau sahaja.. emergency sebab bateri tahan lama, kedit lambat nak abes sebab takde orang lain contact number ni.
10) Short Hard Cover Note Book
Oh aku memang suka bawak buku nota camni. Pasangan kekasih jiwa raga dia yang nombor 5 tadi tu. Fungsi utama, doodle muka bos dan pura-pura serius time amik nota. Oh kadang-kadang buat lapik tutup gelas.. Hehehehe
11) Purse
Bila bukak purse rasa nak nangis.. Hahahahahahaha.. hahaha
So? Tu jela.. tapi aku rasa biasanya lagi banyak barang dalam tu. Berat nak mampos. Macam ada biawak tinggal dalam tu..
Takde idea dah nak meroyan
Adieu
p/s: Aku suka join segmen yang syarat dia takyah nak follow bagai sebab aku rasa cam dia memang ikhlas nak have fun.. HAHAHAHAHAHAHAHAHA... Tapi memang aku follow pun depa yang awesome ni.. Oyeah
[Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely..]
.