hari ni tiba-tiba aku rasa nak browsing cerita-cerita lama kat internet..cerita lama tu bukan cerita P.Ramli ke hape ke tapi pasal kes yang berulang-ulang dah orang duk cakap..contohnya ni..
mediasiber.com[kantoi-projek-dengan-bini-orang]
yang aku nak cakap ni bukan pasal orang yang terkantoi itu tapi pasal orang ketiga (ke yang ke-empat, ke tujuh puluh ribu?)..
pengomen-pengomen yang kononnya bagus sangat nak jatuhkan hukum sendiri.moralfags..aku bukan nak cakap yang pesalah-pesalah lam video tu betol dan patut disokong..langsung tak,ok? memang tak patut disokong pun..
yang aku menyampah tu orang yang komen ni kadang-kadang pikir tak pakai otak..main cakap je bajet bijak pandai dan katam ilmu isi alam..adoi yai..yang baghal pun ada jugak.. (aik, ada yang marah ke kalau aku cakap camni?)dah orang yang kau kutuk tu salah, okay, we get it.. kitorang pun ada moral compass jugak..walaupun banyak yang dah tersasar ( pesanan ringkas kepada diri sendiri)..tapi siapa kita nak judge orang? kau semua tau hujung pangkal cerita ke? dah bagus sangat ke?
faham tak apa yang aku cuba sampaikan?
yang ni lagi best..bila orang nak berhujah secara berhemah dia bantai cakap orang nak tunjuk pandai..nak tunjuk pandai kat dewan exam je?ni nampak sangat belajar sebab nak dapat kerja best je..bukan sebab nak praktikkan ilmu..ilmu tu mematangkan akal, memperkukuhkan pertimbangan bang...bukan untuk dapat straight A dalam SPM je..jangan marah-marah ye..pergi amik wuduk dulu...kasi sejuk sikit.
duk kutuk orang buat maksiat, kau sendiri pun duk syok peluk awek (contoh je)..bukan maksud aku tak leh bagi nasihat kat orang.. tapi cuba pikir balik..kau duk pung pang pung pang kat blog kat facebook, pesalahlaku tu cam tau la plak kan ko nasihat kat dia..memang tak la bai..ai...so, apakata, kurangkan sikit emo-emo tu..emo lak sal orang lain yang takde kena-mengena ngan kau..jangan melampau sangat..nampak sangat dangkal ilmunya..
malas aa...
nak tegur nanti aku yang kena balik..almaklumlah, kalau bab agama ni takleh menegur nanti dicop kapir laknatullah pulak..aku tak pandai..aku tak arif bab agama tapi aku rasa yang duk melebih sangat bab mencaci maki orang kat blog (kononnya atas dasar menegakkan kebenaran) tu lagi cetek ilmu agama tapi perasan maksum tak berdosa sampai suka hati jatuh hukum sendiri.sebab apa aku cakap camtu?
sebab..kita ni manusia..hamba allah..yang layak mengadili sesuatu perbuatan itu hanya Allah yang esa..sebab Dia je yang tau pucuk pangkalnya berlaku sesuatu perkara..Dia tak bias macam manusia okay? Allah itu maha adil dan maha bijaksana..apa pengomen ekstrim kat luar sana nak prove yang korang lagi supreme ke dari yang The Almighty? uish...jangan....
lastly..
jangan menilai seseorang kerana iman dan takwa ni hanya Allah yang nampak..kita bukan malaikat, tahap iman dan takwa tidak berubah, sentiasa tinggi..kita ni manusia..keimanan dan ketakwaan kita turun naik..sekarang kau rasa kau alim dari orang lain, tapi esok lusa orang yang kau caci maki sebab cetek ilmu agama tu lagi disayangi allah sebab berusaha untuk menjadi lebih baik tak macam kau yang dah riak sangat, perasan bagus sangat.
ok kawan-kawan?
islamik sikit entry..kepada yang terasa, bagus..marilah kita nilai diri sendiri dulu sebelum nilai orang..