Skeptikal

Monday, January 14, 2013

Sebelum sambung meraban aku just nak clarify kat sini, aku taktau apa problem ngan software aku. Semua file drawing  aku jadi corrupt.. Termasuk project yang tengah jalan.. Tau tak betapa kecewanya bila kerja ko yang dah lagi sikit nak siap macam tu je jahanam? Kena start balik.. Shit.. Sorry guise (You know who you are..). I would be more than willing to tender my resignation from the project if you think I'm a burden to the group.. Anyone care to be our illustrator?? Siyes tengah bercelaru dah ni pikir pasal project.

ok
Boleh tak nak guna gaya penulisan ala-ala manga kali ni? hehehe
...................

Aku pandang mamat sebelah aku.. Gelabah semacam. Aku pandang pakcik teksi. Dia tak kesah ke dua orang kongsi naik teksi tapi bayar macam sorang. Eh jap, mesti la cas by trip bukan by passenger kan? Ntah.. Lantaklah.. Dia senyap je.. Ok la tu kot..

Aku jeling tengok phone kat tangan mamat tu.. Mowh, retak seribu.. Tak sempat tanya mamat tu jawab.

"Tertinggal kat Starbuck tadi.. Hehe.. Tapi dah tak leh pakai rasanya ni"

Aku angguk jela.. Apa-apa jela..

"Cik, saya tak tahu sangat area Subang Bestari ni. Boleh bagitau rumah yang mana satu tak?" pakcik teksi tiba-tiba tanya sambil buat U turn..Ngeehh.. itu dia macam Initial D drift..

" Urm.. Saya sendiri pun tak berapa pasti tapi nanti kalau saya ingat mana-mana tempat saya bagitau."

"Ok-ok.."

Mampos.. aku ngan pakcik teksi dua-dua tak tau jalan..

" Depan nanti pusing kanan", mamat tu cakap kat pakcik tu.

Pakcik tu buat donno. Adoi.. Suara pun macam bapok terkentut lam kain..

" Pakcik, depan sana pusing kanan eh pakcik" aku ulang siaran
"Orait-orait.."

Senyap balik.. dengar bunyik enjen kete yang macam motobot je sekarang ni. Mamat kat tepi aku tu duk pandang phone, duk usap-usap skrin phone yang retak seribu hatiku.. Kesian pulak aku tengok mamat ni.. Tapi naseb la dia ada.. Sumpah aku taktau dah area ni. Pakai GPS pun takleh, bateri dah nak kong gara-gara main game time kat starbucks tadi.

"Depan sana kanan lagi"Mamat tu komen. Mata tak tengok jalan tiba-tiba suh pegi kanan.. Pakcik tu still wat donno.. Kamon pakcik, peka sket. Aku ulang balik ayat mamat tu. Adoi, dah macam speaker pulak aku ni duk kena ulang cakap orang.

Pakcik tu angguk-angguk sambil tangan duk ketuk-ketuk stereng ikut rentak lagu dangdut kot.. Eheh, pandai pulak aku. Aku tengok kat luar tingkat.. Macam kenal area ni..

" Rumah yang kat sana kan? Nanti masuk kat jalan pakgad tu" mamat tu cakap lagi sambil ketuk tingkap kereta.

" Pakcik, depan tu masuk ye"

Sumpah aku rasa pakcik ni ada problem pendengaran. But then again, mamat cengeng ni pun cakap macam taknak bukak mulut.

Dari jauh dah nampak Saga FLX yang bersalut debu.. Kereta site la katakan.. Yay dah sampai.. Bye-bye mamat malang.

" Pakcik, rumah tu. No XX"

.......

Cis tak jadi gak ala manga aku..

Esok dah masuk site office. Konfem makin koto la kete tu.. aduih..

btw, aku dah ada list pemenang. HAHAHAHA.. Nebes tak?

Adieu
Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

12 comments:

  1. first! hehehe.. siapa mamat tu?? cepat2 la eslok software tu.. i admire your cartoon so much.. ngee :D

    ReplyDelete
  2. Ala tomeinye doodle kat sini..siyes dah terjatuh hati!♥

    ReplyDelete
  3. tak ada illustration pun, sbenarnya apa cik deeday 'mepek' semua best.. XDD bg sy la. keh4. asyik sekodeng je kan. so nk bg smgat. go blog vespa~ go go. ^e^b

    ReplyDelete
  4. uuhh i was hoping for more comics.. T_T

    ReplyDelete
  5. camne mamat tu buleh tau rumah mana satu?? macam curious je nak tau sambungan dia.. hoho. ;P

    ReplyDelete
  6. nak lagi! nak lagi!
    mohon sambung laju-laju. :D

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Machine ko kena virus kot? dia corupt jadi macamana?

    Fail apa yang korup tu?

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*