Sila Takut Wahai Mereka yg Berkenaan

Tuesday, January 24, 2012

Hi..
Pernah tak korang tengok orang buat sesuatu yang menyebabkan korang rasa nak buat sesuatu kat mereka yang tersebut itu? Oh, aku selalu sangat. Contoh kejadian yang aku tengok dan buat aku rasa nak lompat keluar dari kereta bagi penampor sebijik dua kepada beliau itu.

Alkisahnya, ada seorang beliau ni. Duk jalan kat kaki lima sebelah jalan besar yang sangat busy. Kereta simpang siur. Maka sampailah beliau itu di satu persimpangan lampu isyarat. Oleh yang demikian beliau pun menekan la butang pada lampu isyarat yang diterangkan sebentar tadi. Oh normal lah kan? Apa hal marah lak dia nak melintas jalan.

YANG TAK NORMAL DAN MENIMBULKAN AMARAH ADALAH BELIAU TAK MELINTAS PUUUNNN~~!!! YIHH!! (maaf la kalau korang baca dalam nada menjerit. Gua tengah marah okey)

Rupa-rupanya beliau itu suka suki je tekan lampu tu.. Saje, buang masa, saja test power. Hello sedara, nak kena sepak ke? Bagi penampor sebijik nak? Lagi best, meh nak karate halkum tuan hamba. Amboi, sungguh marah sekali jiwa remaja ku ini..

Itu contoh aje. Banyak lagi kes yang menyebabkan tangan aku ni berurat kental je nak karate halkum mereka itu. Senang cite, kepada mereka yang di luar sana, janganlah membuang masa dan cuba membuang masa orang lain yang sangat berharga. Tolonglah jangan wat keje mengarut. Sungguh, kang aku terbang keluar, muncul depan hang, bagi halkum chop sampai tersedak. Amacam? Lazat bukan?



Kepada yang tak buat salah, jangan la takut. Aku seorang yang baik hati malah penyayang juga. Meh aku garu bawah dagu. Kuchi..Kuchi.. Come bebeh come..


Adieu

p/s: Pernah gak rasa nak karate halkum sendiri time buat benda bodoh + memalukan kat khalayak ramai. Haiyak!!


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

3 comments:

  1. haaa.. itu semua kerja gila aaa tue.. harus di karate jer halkum mereka..

    ReplyDelete
  2. memg sngaja minta dikarate halkumnyala kalu wat benda2 yg pelik pahtu kacau idup org len cmtuh..haih..!

    ReplyDelete
  3. bahahaha...lawok la..tp syok gak karate2 ni

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*