Kejadian Takut-Takut

Sunday, January 29, 2012

 HARI NI ADA PENCURI MASUK RUMAH
Kira-kira pukul 1.30 lebih tadi.. Tak confirm sangat tapi belum azan Zohor kot. Aku duk sorang kat umah. Adik-adik pegi sekolah.. Bapak pegi keje. Mak pegi USM ada exam. Dah biasa duk sorang kat rumah ni. Kadang-kadang best sebab boleh curi-curi makan milo orang tak tau.

Back to topik..

Masa tu aku tengah syok bukak 9gags. Almaklumlah dah lama tak bukak. Tiba-tiba dengar besi kecik jatuh.. To be exact kunci jatuh. First aku wat derk je. Mungkin si kembang masuk rumah takpun bapak aku balik nak solat Zohor. Tapi pelik. Apasal tak dengar hon van bapak aku? Aku dengar orang bukak pintu. Aik..Takkan Si Kembang kot. Aku pun keluar tengok. Nah ko, depan mata pencuri nak masuk ruang tamu. Aku pun sergah. HOI!! Dia sepantas kilat lari, terjun ikut belakang rumah yang belum siap, selinap masuk semak belakang rumah, blah tak nampak-nampak dah. Suspek berbaju oren, tertinggal selipar jepun kaler biru depan pintu.

Damn..aku berdebar lagi ni..

Check-check barang. OMG, henpon ngan kemre aku kat ruang tamu!!!CARI CARI!!!
Huuu... Semua ada.. Takde yang hilang. Nak menitis air mata jantan aku mengucap syukur. Lepas check barang aku amik pisau pastu call bapak aku yang siuppp terbang balik. Ok dia tak terbang.. Dia naik van balik.

Baca komik untuk ringkasan..



Apa-apa pun, aku bersyukur yang benda ni jadi masa aku ada kat rumah dan bukan adik-adik aku. Kalau tak, sian adik aku.. Sian jugak kepada aku yang mungkin hilang kemre dan henset baru.

Hati-hati la kepada semua rakyat jelata. Nasib baik pencuri kecil-kecilan. Kalau yang otai bawak mesin gan apa mau cakap. Wa cakap wa tercirit la. Ohhoo..

Ok la
Adieu
Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

KOMIK KO

Friday, January 27, 2012

Hi korang..
Sorry sesangat miss satu hari post entry. Tengah tensi ni. Semalam tak sempat nak post sebab join program Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) satu hari. Hari ni kejap-kejap duk qada' tido. Pemalas sungguh.. Kekeke..

Back to topic. Aku dah lama gila tak buat komik. Dah scan, lupa lak cane nak masukkan bubble and what not. BTW, sape-sape yang terer Photoshop Element boleh tolong tak. Clueless nak mati dah ni..Nah tengok hasil project kali ni..


Serius aku sudah fail.. Bubble tak reti nak letak.. Tolong tolong.. Huuu... Tapi jangan bimbang. Aku takkan putus asa. Tapi memandangkan esok aku ada majlis makan-makan ngan Persatuan Anak Terengganu, kena hold dulu. Harus pegi jumpa sifu dulu ni tengok beliau boleh tolong ke tak. Sorry la kepada korang yang tunggu post komik ni. Okayla.. blogger yang fail ini nak tengok Incredible Hulk jap kasi release tension.

self portrait pun Phail..Ahh~~~

Adieu..

p/s: T.T


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Sila Takut Wahai Mereka yg Berkenaan

Tuesday, January 24, 2012

Hi..
Pernah tak korang tengok orang buat sesuatu yang menyebabkan korang rasa nak buat sesuatu kat mereka yang tersebut itu? Oh, aku selalu sangat. Contoh kejadian yang aku tengok dan buat aku rasa nak lompat keluar dari kereta bagi penampor sebijik dua kepada beliau itu.

Alkisahnya, ada seorang beliau ni. Duk jalan kat kaki lima sebelah jalan besar yang sangat busy. Kereta simpang siur. Maka sampailah beliau itu di satu persimpangan lampu isyarat. Oleh yang demikian beliau pun menekan la butang pada lampu isyarat yang diterangkan sebentar tadi. Oh normal lah kan? Apa hal marah lak dia nak melintas jalan.

YANG TAK NORMAL DAN MENIMBULKAN AMARAH ADALAH BELIAU TAK MELINTAS PUUUNNN~~!!! YIHH!! (maaf la kalau korang baca dalam nada menjerit. Gua tengah marah okey)

Rupa-rupanya beliau itu suka suki je tekan lampu tu.. Saje, buang masa, saja test power. Hello sedara, nak kena sepak ke? Bagi penampor sebijik nak? Lagi best, meh nak karate halkum tuan hamba. Amboi, sungguh marah sekali jiwa remaja ku ini..

Itu contoh aje. Banyak lagi kes yang menyebabkan tangan aku ni berurat kental je nak karate halkum mereka itu. Senang cite, kepada mereka yang di luar sana, janganlah membuang masa dan cuba membuang masa orang lain yang sangat berharga. Tolonglah jangan wat keje mengarut. Sungguh, kang aku terbang keluar, muncul depan hang, bagi halkum chop sampai tersedak. Amacam? Lazat bukan?



Kepada yang tak buat salah, jangan la takut. Aku seorang yang baik hati malah penyayang juga. Meh aku garu bawah dagu. Kuchi..Kuchi.. Come bebeh come..


Adieu

p/s: Pernah gak rasa nak karate halkum sendiri time buat benda bodoh + memalukan kat khalayak ramai. Haiyak!!


Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Tengah Gian HOHOHO

Hi semua.
First of all, aku cukup menyampah ngan keyboard laptop aku ni.. S ni susah betul nak keluar bila taip. Macam tak padan lagi je typo aku tambah lak ngn key S taknak keluar bila tekan. STRESS gua.

Secondly, aku tengah banyak bahan nak post entry ni tapi sebab aku tengah gian lukis komik (hand drawn) so terpaksa tangguh dulu. Mianhe!!

Sebagai bukti yang aku tak reka cerita, nah ni sneak peek project sengal aku kali ni. Nanti dah siap I post kat sini hokeyh?



Oh, heksaitednya gua... KEKEKE.

OK, sambung inking. Doakan kejayaan ku ini.

Adieu

p/s: Pui, dan-dan adik kentut kat hidung aku..

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Main Masak-masak

Saturday, January 21, 2012


Hi..
So excited these past few days. Dah sampai kat umah ni kan macam-macam nak buat. Nak enjoy makan macam-macam. Habislah misi nak kurus. Oh whatevs..

Nak dipendekkan cerita, semalam aku main masak-masak ngan adik aku. Aku pun taktau la. Kadang-kadang naik hantu nak masak tak reti lak nak stop. Hohoho. Aku try 3 resepi semalam. Gyoza, Sujeonggwa ngan Egg Basket. So Yummeh..


Siyes sangat sedap. Penat cari kulit dumpling ni. Sampai 3 supermarket aku pegi cari. Last-last jumpa kat Giant. Koman tol Mydin takde kulit dumpling ni.HAHAHAHAHA. Oh btw, inti gyoza ni kalau ikut resepi asal dia guna minced pork, so ofcos la dah ganti ngan daging lembu. hoho. Rupa tak seberapa, rasa sedap. Ok, mungkin termasin sikit.




Sujeonggwa ni korean traditional beverage. Bagus untuk tekak. Kalau yang tak berani nak try  minuman baru, takyah la penat-penat nak try. But personally, I like Sujeonggwa. Very refreshing. Simple je bahan dia, halia, air ngan kulit kayu manis. Yang bulat sebijik kat tengah mangkuk tu dried persimmon yang dah direndam semalaman dalam Sujeonggwa. Sedap sangat. Best served chilled.



HAH! Breakfast yang perfect. Simple je tapi sangat sedap. Paling senang nak masak antara 3 resepi yang aku try kali ni. Kepada yang tak suka telur separuh masak, sila balikkan roti+telur ni so that dua-dua masak sempurna. But I like my egg gooey and creamy. So this is PERFECTO!!!


Tiap-tiap kali balik kampung mesti gian nak masak resepi luar. Biasanya aku buat pasta. Macam-macam jenis pasta. Kali ni rasa nak wat benda lain sikit. Tengoklah minggu depan kalau rajin aku nak try masak Korean Rice Cake/ Dubbokgi. Betul ke eja tu? HAHA. Entah. As Frances; the host of Cooking With Dog would say..."Good Luck in the Kitchin".. (ok memang dia sebut Kitchin. Aku tak tipu)

Adieu

p/s: Sorry la kalau post kali ni buat korang punya laptop lagging. Thanks for reading



Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

It is so good to be home

Friday, January 20, 2012

HI everyone..aku dah banyak hari kat rumah tapi asyik tangguh je nak post entry baru. Mianhe!


I hope it's not too late!!
 Hey..here are some photos of Kembang..

Oh wait.. They're for the next entry. Buhahaha!

Adieu

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Dress to Impress

Friday, January 13, 2012

Hi..
Straight to the point la kan.. What do you wear when you go out? Simple T-shirt?Jeans? Ke ada yang pakai evening gown? Moh, retisnya.. Kekeke..

Aku lak jenis yang tengok mood. Aku rajin ke nak dress up hari tu? Ada orang yang aku nak impress ke?

Through out the years orang yang kenal aku in real world mungkin perasan yang cara pemakaian aku berubah-ubah. Kejap macam budak baik-baik, kejap macam fashionista-wannabe, kejap macam tak mandi seminggu. Kenapa ek?

The reason being, I dress up according to what people I want to meet. Dulu masa kapel, pakaian nak up to date aje. Selendang belit sana belit sini. Muka jaga. Keluar takleh tak pakai bedak. Pfft.. Girly stuff.. Sekarang orang tengok aku pakai T-shirt biasa, tudung express dengan selipar jepun all the time.

Dulu aku tak selesa pakai camni. Selekehnya rasa. Tapi sekarang lantak la nak pegi mana, kalau rajin aku pakai elok sket kalau malas sweater pun jadik. Sekarang macam, tah. Buat apa pakai lawa pun. I don't want to prove myself to anyone. Dulu ye la. Tengah orang kutuk why Encik Papadom tinggalkan awek dia untuk aku. Mesti la kena dress up to impress people. Tak la orang kata, muka cam longkang pecah pun boleh rampas pakwe orang. Papadom tu gila agaknya.

Sekarang dah takde alasan tu. Aku tak perlu nak buktikan kat sape-sape yang aku ni eye candy ke tak. Lantak la. Apa aku nak pakai, apa orang nak kutuk aku selekeh ke apa ke..Aku malas nak pikir banyak. Hidup kalau asyik nak kena impress orang je penat kot. Kalau ada orang yang rasa nak ganti tempat Papadom yang tengah kosong sekarang, biar la orang tu jatuh suka ngan imej aku yang ni. Sebab cantik tu tak kekal abadi. If you don't love me for who I really am, what makes you think RM50 make up can make you feel otherwise?


think about it..
Adieu

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Second Paper Coming, One result Out

Friday, January 06, 2012

Hye guise.. Aku tak patut post blog time-time darurat exam ni. So, yay!! Aku post jugak!!
Paper Reinforced Concrete Design hari tu sangat menarik. Sangat menarik sampai aku rasa aku nak amik lagi subjek tu sem depan. Ekekekeke..Oh, result TECS dah keluar. Tapi aku malas nak check. Nanti ada duk banding-banding result dia lagi terer la apa la.. Cam ada la sorang tu.."My English is also not as good as you despite getting band 5 in MUET"..


Yup..Rub it in my face you..you.. I don't know what to call her.. Yela, MUET aku band 1.. kekekeke

Esok paper Civil Engineering Information System. Yeah, what the hell is that? Siyes aku tak paham sebab apa kena belajar subjek ni. Maybe nak tambah prospek masa keje??Maybe~~ Ni subjek menghafal. I'm gonna need every single space in my brain to get through this one..Don't worry baby.. If it's too dangerous, I have a hidden card to help. Tadaaa!!!
wear Hipster Nerdy Glasses to look smart..
Mine doesn't look like this..So the effect might be different.

Oit, jangan kutuk..Don't underestimate the POOwaaH of Hipster Nerdy Glasses.. So esok, campak la calculator canggih tu bawah katil, bawak spek tebal je. He's the last trick you can pull off for tomorrow's paper..

OooOoo..Sexeh~

Anyhow.. Good luck to everyone who's sitting for exam tomorrow. Greeting from Forever Nerd Land.. I wish you a jolly good time studying for finals. 
Adieu!

p/s: HOHOHOHO.. Result TECS..tunggu lepas final ye kamu..

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Berbadminton Sebelum Berstudy Gila-gila

Tuesday, January 03, 2012

Hi guise.. ahahh...bet gila lepas bersukan..fresh je rasa. Buang semua toksik yang aku kumpul time buat assignment..Bau pun semacam gak.. oops..Kekeke..
Lepas hantar kawan aku Yati kat Sri Putri nanti aku dah boleh start study untuk final..Dari malam tadi duk setel bab PAP punya soft copy sampai rasa nak baling laptop dari tingkat 4..Dah setel baru la aman sket dunia..

Tapi jangan hepi sangat. RC re-do belum siap lagi. Nasib baik due date 11/1/12 kalau tak berasap gak kepala botak aku.. Eh, kepala aku botak ke?hahaha

ok, meh sape nak lawan?

Good luck for final kawan-kawan!

Adieu

p/s: Oh setiap kali main badminton teringat Encik Ex 1 yang suka buli time main badminton.. Setiap kali main futsal lak teringat Encik Ex 2 yang ajar cane nak sepak bola. Demmit, aku suka stok-stok atlit rupanya..

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

I'm about to die

Monday, January 02, 2012

Hi everybody..I'm not in a jolly good mood. I'm so busy lately and is not just an excuse. Sysly, penat gila nak mampus~~!!! aku nak balik tengok sedara aku kawen pun tak sempat. Hell, I don't even have the privilege to go home and meet my sister who just got back from India for her holiday. Sedihnya.. Tapi hari tu dia ada datang JB jumpa aku (even just for a day) so I guess I shouldn't complain too much.




Ni keadaan bilik aku yang bersepah, bukan sebab aku malas tapi sebab kalut buat project Reinforced Concrete Design ngan Projek Amalan Professional..Oh did I mention that I'm a final year student?Yeah..along with final year project proposal..Demmit..otak aku nak meletup dah. Oh by the way, Khamis ni dah start paper final..Kyaaahhh~~Brain cannot begin to process this..


Oh lagi satu lupa jugak nak mengadu kat sini..seronok gila bila dapat tau projek RC yang penat gila baru siap tu direject dengan tangkasnya oleh lecturer aku.. oh..aku sangat teruja nak redesign..

dah la..aku nak pegi koma jap..

Adieu

p/s: kompem lambat nak loading post ni..kyahahaha..padan muka korang

Kalau suka, komen. Kalau tak suka, komen gak..Kalau taknak komen, nah! tekan benda alah kat bawah ni..Penat adik aku ejas kasik muncul.. .

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*