Nightmare

Monday, February 04, 2013

Hi guise,

Ni perihal mimpi ngeri tadi malam.

Taknak salahkan kaki tak berbasuh sebab yakin dah basuh sebelum tido. Mungkinkah sebab aku tensen? Tiap-tiap hari pun aku tensen. Apa-apa pun.. fragments of last night bad dream that I can still recall.. (Puih.. Jadahnya)

Aku duduk kat satu anjung yang mengadap ke tasik (my favorite thing.. but that's not the issue). Keadaan huru hara. Kat tengah tasik tu ada sorang pompuan tengah bawak bot pejuang, Duk menggila langgar tentera laut yang terapung-apung kat air. Darah memercik dah macam filem jos dan piranha. So gore.. Sape yang berani nak lawan dia libas je ngan bilah bot dia sampai berkecai.

Ada budak sebelah aku, takut sampai takleh gerak, cepat-cepat aku tarik dia, peluk. Tiba-tiba perempuan gila tu pandang aku dengan muka tak puas hati. Dia acukan senapang/pistol (I can't recall that detail) straight kat aku. Aku peluk budak tu lagi kuat. Aku dapat dengar budak tu berdoa mintak ampunkan dosa mak ayah dia. Aku dalam keadaan takut yang teramat tu pun ikut berdoa. Sad to say, I think that's the most sincere prayer I've ever made. Just when I thought I might lose my life, I pray so hard. I was trembling and crying.

I look up at the crazy lady with the gun. She was smirking at me, as if mocking me for praying at the tip of her gun. She went away..

I got up on my feet, and the kid disappear. Sedar-sedar aku duk kat tandas. Ada dalam tiga lelaki duk tendang-tendang satu pintu tandas yang berkunci. Ni tandas perempuan (walaupun rupa macam nak roboh). Ada perempuan dalam tandas berkunci tu, aku rasa dia tengah nangis sebab takut. Aku jerkah kat mamat tu. Diorang buat dek. Sorang duk pegang something like a dagger. Aku pun kutip cermin pecah/pisau yang lagi besar (like I said, I can't recall the exact details). Diorang tak puas hati bila aku ugut nak tikam diorang kalau diorang tak blah. Last-last depa blah sambil bagi amaran bagi aku takut. Blah je mamat-mamat tu, perempuan dalam tandas terkunci tu keluar, terus peluk aku, cakap terima kasih. Lepas tu aku takut sangat.. Pastu aku tersedar tiba-tiba..

Siyes.. Berpeluh-peluh aku bila terjaga tu. Istighfar banyak-banyak. Sangat. Menakutkan.
Mimpi hantu pun tak takut cani sebab dalam mimpi tu macam tak terbendung dah kejahatan manusia. Macam kita dah takda daya upaya dah nak lindungi diri sendiri dengan orang sekeliling kita. Tahla, tu yang aku rasa la.

Korang mimpi dahsyat tak?

Basuhlah kaki sebelum tido.

Adieu


[Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely.. ]

11 comments:

  1. wuuuu... that's scary... *peluk bantal


    *btw, i'm back. sobs.. homesick serta merta.

    ReplyDelete
  2. apakah cepat benor homesick.. Chillex *peluk bantal dengan syahdunya

    ReplyDelete
  3. kalau bangun2 terus ada makhluk buat cam last strip tu, memang tu la yang paling ngeri..

    sekarang ni dah jarang tidur ada mimpi macam2. kalau mimpi ngeri pon, sebab sedar2 dah pagi.. kena bangun pegi keja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @haryz kalau ada makhluk yg buat mcn tu mmg saja nk kena terajang. Lol. Pegi keje pun sejenis mimpi ngeri gak

      Delete
  4. day.. ko dah buat solat hajat n bace yassin masuk tempat baru? i mean, halau la setan2 yg buat rumah mse rumah tu kosong... mimpi mainan syaitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @yusro omai belum. Hujung minggu ni family aku datang. Ingat nk wat baca yasin sikit

      Delete
  5. dashatnya.. O.o.. mimpi berperang. ada masa kita mg akn bmimpi begini, cuma masa je berlainan. sy pun pernah, waktu sekolah dulu.

    ok think positive. mungkin itu mimpi tandanya ada movie baru nk keluar.. thehehe. tp kan, kdg2 benda ni mcm firasat pn ada..cuma jgn mudah terpedaya & ambil sdikit iktibar. mesti dlm mimpi jantung mcm nk tercabut krn debarnya lain mcm.

    ReplyDelete
  6. mimpi pasal kejahatan manusia x terbendung x pernah lagi, alhamdulillah..huu..

    tp mimpi jadi guardian angle and kena lawan ngan makhluk demon kejam adela, macam menakutkan sbb tunggu masa jek bile nak mati kena attack..huuu..

    ReplyDelete
  7. pernah jugak mimpi adventure camtu, tp yg x bestnya bila smbung tido mmpi tu macam bersambung.
    trauma.

    ReplyDelete
  8. sangat scary ..
    NAL jarang bermimpi..

    ReplyDelete
  9. Inception.. Inception.. XD
    dalam mimpi pun kengkadang kita rasa tak berupaya...

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*