Artfriend The Curve (Mutiara Damansara) ; Level 2 escalator pintu utama. Bersebelahan dengan Reject Shop
This will be the last part, I think. Unless tiba-tiba aku buat perangai pergi beli barang kat Artfriend lagi. On a serious note, ada sapa-sapa boleh recommend decent art supply store area Seri Kembangan tak? Aku nak cari Pigma Micron pun payah kat sini.
Anyway, hari ni aku just post semua benda yang ada dalam camera roll aku in case ada sapa-sapa yang minat. Untuk post-post sebelum ni boleh rujuk list di bawah:
Part 0: Copic Special Entry
Let's go directly to papers. Ok, macam yang dah aku terangkan kat entry Part 2, aku terlupa nak snap gambar harga bleedproof marker pad. Aku berlama gak kat bahagian kertas cat air hari tu sebab duk gigih mencari Strathmore Watercolour Journal. Nak cari Khadi paper memang tak mendapat la sebab India export ke Philippines, Singapore ngan Thailand je.
Anyway, mengenai watercolour paper. Aku bukanlah pakar yang sesuai untuk bercakap mengenai kertas yang terbaik untuk cat air. Kebanyakan orang pun pakai drawing block dan menjadi je cat air tu. Penggunaan kertas juga bergantung kepada teknik cat air yang korang nak guna. Rata-rata yang memilih kertas cat air akan consider tiga benda: 1) Bleeding/water retention properties 2) Thickness 3) Surface
Berbeza dengan colouring marker, watercolour tidak memerlukan surface yang terlampau licin. Permukaan yang sedikit kasar sebenarnya membantu pigment warna untuk melekat elok. (based on personal observation. Silakan gelak kalau salah). Tapi ni pun bergantung kepada preference. Ada orang suka kertas licin. Water retention properties adalah bagi aku yang paling penting sebab nak blending pastu nak guna banyak layers. Kertas yang takleh retain air agak payah nak blend banyak layer which can be frustrating because watercolour can be a bit wild. Again, feel free to laugh at my amateur observation.
Aku jumpa dua jenis bahan yang digunakan untuk kertas cat air, selulosa dan kapas. Personally aku rasa kertas cat air kena ada a certain percentage of cotton. Kertas yang diperbuat dari kapas lebih tahan lasak. Bila aku guna cat air ada satu benda yang paling buat aku menyampah adalah kertas yang luka sebab padam kuat sangat ataupun cat kerap sangat kat satu tempat. Benda ni selalu jadi bila guna drawing block. Sebab tu tak boleh kasar sangat dengan drawing block biasa. Berbeza dengan wood pulp paper, cotton paper lebih lasak dan kurang luka (aku tak tau term betul dia apa).
Ramai orang kata nak pilih kertas cat air ni yang penting adalah ketebalan dia. Not entirely true but it's good to have a certain body to the paper to avoid warping. Kertas nipis sangat mudah meleding menyebabkan aplikasi layer kedua agak rumit. Mengenai hot press cold press lak aku macam tak reti beza sangat. Kertas hot press lebih padat berbanding kertas cold press. Pressing method juga mempengaruhi permukaan kertas. Hot press lebih licin berbanding cold press. So depends on how much you want your paper to absorb water, you can use either one. Behavior of water on your paper determine the end product of your artwork. So it really depends on you.
Ada banyak brand yang offer watercolour paper walaupun agak payah nak dapat kat kedai alat tulis biasa. Pilihlah ikut kemampuan dan kesesuaian. Yang penting kalau nak tahan lama pilih acid free paper sebab acid free paper tak menguning kalau tinggal lama. Antara kertas yang ada di Artfriend dan harga-harganya:
CAMPAP arto (Cold pressed, 10 sheets pack) - some prices are missing, sorry about that
- A3, 300 gsm, cotton - ??
- A4, 300 gsm, cotton - RM 13.00
- A3, 300 gsm, cellulose - RM 17.00
- A4, 300 gsm, cellulose - RM 8.50
- A3, 200 gsm, cotton - RM 18.00
- A4, 200 gsm, cotton - RM 9.00
- A3, 200 gsm, cellulose - ??
- A4, 200 gsm, cellulose - RM6.00
Fabriano (Cotton, cold pressed, total pages unsure 15-25 sheets per pack)
- 30.5x45, 300 gsm - RM169.60
- 23x30.5, 300 gsm - RM126.14
- 24x32, 300 gsm - RM 49.82
- 18x24, 200 gsm - RM 41.23
Price and product detail for this brand is a bit confusing. I should have taken more precise note.
Dah setel part kertas, aku nak brief sikit pasal Faber Castell Pitt Pen
Truth be told, aku sangat intimidated dengan product ni. Ramai yang bagi review tiptop. Aku sebagai seorang yang dari kecik pakai Faber Castell (barang reject free orang bagi) agak bias bila bab beli brand ni. Plus harga dia mahal nak meninggal. Dah la tak jual satu-satu (kat Artfriend. Tempat lain aku tak tau).
Artfriend carries two sets of Faber Castell Pitt Artist Pen; Set of 4 dan Set of 8. Yang aku confuse pasal product ni, description dia cakap Indian Ink tapi Tinta China. Aku confuse terus. Sebab chinese ink yang aku biasa jumpa bukan waterproof. Kononnya sebab ada tambah gelatin yang membolehkan ink tu untuk soluble bila ditambah air. Berbeza dengan dakwat india yang campur shellac menyebabkan kemasan akhir dakwat india nampak berkilat dan waterproof. (sumber google) Pen ni waterproof yang pastinya so I guess it's the later. Tempoh kering dan proof properties pen ni tak dapat aku komen sebab aku tak pernah pakai. Sama juga dengan kehitamannya. Tapi kepada sesiapa yang mencari-cari product ni, harga yang ditawarkan di Artfriend adalah seperti berikut:-
4 Pitt Artist Pen (Manga Black Set) - RM40.00
8 Pitt Artist Pens (Manga Basic Set - with grey toner) - RM88.00
Sampai sini je entry mengenai harga barang di Artfriend. Aku biasa survey harga barang yang aku minat je so guoche ke oil paint ke, memang aku tak check. Even water brush pun aku dah tak check harga sebab rasa membazir beli banyak bukan guna pun. Aku still tak reti perbagaikan penggunaan saiz berus. Kalau korang berpeluang ke Artfriend The Curve, aisle yang direct depan counter pembayaran tu ada Copic dan pen. Belah kanan bahagian depan ada pencil colour dan graphite. Pergi belakang sikit ada cat air, cat minyak dan sebagainya. Bahagian paling kiri, adalah bahagian kertas-kertas archival.
I bid you good luck and happy shopping.
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~
Observations ko semua 'not laughable' pun Mon, bagus la ada observations dan pendangan sendiri yang honest macam tu *thumbs up* ;3
ReplyDeleteThanks for the reviews Monamieh, dari sini aku dah dapat target dan aim 3 benda sekali dengan set budget range terus untuk spend kat Artfriend bila aku ada chance nak jejak sini nanti. Aku nak sakura micro pen set, sakura watakara (12 colors) and drawing papers (Campap A4 cotton, 200gsm). Kertas yang aku guna sekarang (Campap sketch book - A4 110gsm, premium cartridge acid free) warp like mad when I apply layers of watercolor (poster color), but they still don't bleed la. They just warp like mad hahahah... X3
ayoyo ammaa appaa, "pendangan" pun boleyyy... lel
DeletePada pendangan saya, semua kertas pun warp. Tapi kertas 300 gsm yg aku pakai tu memang gagah betul. Meleding sikit je. Ada satu tips dr pro watercolor artist tp aku sendiri tak pernah cuba, kertas rendam dlm air dulu, allow dia warp, biar kering, lepas tu kesan warping tu kurang.
Deleteok, aku ngelat..aku baca komen dulu..haha.. sekarang kat opis, nak baca ni takut kena tangkap ngan bos..LOL
DeletePada pendangan saya juga, saya pernah belajar benda2 ni dulu, tapi semua saya dah lupa..sebab tak praktikkan pon.. =_=
saya hargai pendangan anda. hahaha.
DeleteAku rasa sangat rugi sebab kat sekolah aku dulu memang takde subjek seni. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah memang manjang takde je cikgu seni. The closest thing to seni was Lukisan Kejuruteraan dan aku tak amik sebab pembuli aku duk kelas tu. Begitulah flashback saya
terima kesih..! XP
DeleteHmmm, aku dulu amek PSV untuk SPM tapi cikgu tak ajar ape pun..hahaha.. Masuk kelas, buat projek SPm terus or melukis entah ape2..aku pun taktaula.. Cikgunye terlalu berseni, tak faham aku..haha..XP
Hahahah... penangan pendangan ni boleh tahan gak XP
DeleteRendam dulu kertas tu dan biar kering? Apakah... pergh... (~ "@ w @)~
Whattt mon? Zaman sekolah ko dulu langsung takde belajar seni lukis, even masa zaman sekolah rendah pun? Takde cikgu seni? How about music lessons? Masa sekolah rendah ko dulu ada kelas muzik main recorder tak? Huhuh...
Lee, at least sekolah hang bukak jugak kelas pendidikan seni untuk pelajar2 yang nak amik pendidikan seni visual SPM, sekolah aku dulu takde kelas seni untuk form 4 n 5 sebab jumlah pelajar yang bebetul berminat nak amik subjek seni SPM masa tu tak cukup bilangan minima yang ditetapkan sekolah... puii :'3
DeleteBila ingat-ingat balik, sekolah aku sangat academic oriented. Tak de seni lukis. Seni muzik apatah lagi. Haram. Perempuan takleh nyaringkan suara.
DeleteOk...aku dah habes study.. Now, give me the exam paper...! XP
ReplyDeleteHmmmmmm, aku selalu jek pergi kedai2 art supply tapi end up tak beli ape2 sebab aku takde knowledge langsung pasal semua supply too..huuu, so sad..
Kalau aku nak ushar pun just inking pen jek.. But this is a good read.. I will/would refer to this if one fine day I feel like jumping into watakala art..
Awhh I'm flattered. Tbh aku banyak lagi benda tak tahu dan aku takut kalau aku eager sangat nak tau, tercicir benda lain yang aku dah tau. Does that make any sense? idk..
DeleteArea Seri Kembangan, basic alat tulis banyak laa kedai, tapi yang jual art supply aku tak pernah jumpa lagi.
ReplyDeleteKalau rajin pergi laa ke ioi mall city, ada Borders dan beberapa kedai yang aku tak familiar sangat. Tapi rasanya tak semeriah Art Friend kot barangan dia.
Aku mengharapkan area sini ada macam special art store sbb dekat ngan UPM. Aku sendiri tak sempat explore lagi area ni. Kalau kat Borders IOI City Mall tu ada sedikit mengecewakan. Memang takde special markers. Good thing is, banyak pilihan Moleskine journal. But still, takde yang watercolour journal.
Delete