Artfriend Raid Part 1 : Sakura Pigma Micron & Koi Water Colours

Thursday, October 13, 2016

Artfriend The Curve ; Level 2 escalator pintu utama. Bersebelahan dengan Reject Shop

Hi Guise,

Hari ni aku nak kongsikan sikit Lawatan Sambil Belajar ke Artfriend. Entry kali ni aku akan cuba tulis dalam Bahasa Melayu. Bagi sape-sape yang tak faham atau perlukan penerangan boleh komen kat bawah atau email ke geena218@gmail.com . Spam akan dipadam.


Today I am sharing our visit to Artfriend. I'll be writing in Malay so for those who have a hard time understanding me, do drop your question in the comment section or email me you query at geena218@gmail.com . Spam mail will be ignored and deleted. 


Aku tak pasti la entry Artfriend ni ada berapa part. Aku asingkan ni pun sebab taknak bagi confuse dan taknak bagi loading time semput yang amat. Untuk Part 1 ni aku fokus kat brand SAKURA je dulu. Sakura ni brand dari Jepun. Kepada yang nak baca spesifikasi lengkap produk-produk SAKURA boleh jenguk Sakura of America Website.

Sedikit disclaimer, ini adalah sesi TIDAK BERBAYAR. Aku bukan wakil Artfriend. So sebarang perbezaan harga adalah tak disengajakan. Aku rujuk tag harga yang diorang letak kat aisle tu je. Semua harga adalah sebelum GST, harap maklum ye.

SAKURA PIGMA MICRON



Sakura Micron ni memang antara pen kegemaran pelukis-pelukis yang biasa gunakan felt pen. Saiz nib yang ditawarkan Sakura Mikron adalah antara 0.05 ke 0.8. Kepada peminat brush pen, Sakura Mikron ada mengeluarkan felt tip brush pen. Korang boleh pilih untuk beli satu persatu atau set. Ink dia waterproof  tapi tak Copic proof (kecuali kalau fine line yang dah dikeringkan lama. Nanti aku test betul-betul kang jahanam Copic korang). Beza antara Pigma Brush dengan Professional Brush tu aku selain daripade barel dia kaler lain-lain, aku takleh komen sebab aku pakai Pigma Brush sahaja.

Sakura Pigma Manga Set (6pcs) - RM37.20

  1. Micron 0.05
  2. Micron 0.1
  3. Micron 0.5
  4. Micron 0.8
  5. Pigma Professional Brush Pen (Fine Brush)
  6. Gelly Roll (white)

Sakura Pigma & Brush Set (6pcs) - RM37.20

  1. Micron 0.05
  2. Micron 0.1
  3. Micron 0.3
  4. Micron 0.5
  5. Micron 0.8
  6. Pigma Brush
Sakura Micron 0.05 - 0.08 (1pc) - RM6.15
Sakura Pigma Brush  (1pc) - RM6.15
Sakura Professional Brush Pen (Variety Unknown; FB,MB,BB) - RM8.40
Sakura Gelly Roll white (1 pc) - RM4.90

SAKURA KOI WATER COLORS (FIELD SKETCH TRAVEL KIT)


Kepada yang follow instagram aku mesti dah tahu yang aku sekarang tengah obses dengan water colour. Aku tak banyak try brand lain so aku tak boleh nak compare. Tapi Sakura Koi  memang popular di kalangan watercolour artist amatur dan juga travel log illustrator. Sebab saiz dia compact, senang di bawa ke mana-mana dan adanya satu waterbrush free dia bagi so senang korang nak pakai bila-bila masa. Dalam dia ada built in mixing pallet so tak perlu bawak palet lain.  Sakura Koi Water Colors Field Sketch Travel ada 3 set.

Sakura Koi Clors Compact 12 colors - RM69.00
Sakura Koi Colors Compact 18 colors - RM99.00
Sakura Koi Colors Compact 24 colors - RM129.00

Kalau yang tak minat jenis cake set macam ni ada je yang tube tapi aku tak survey pulak harga dia.

So setakat ni jelah dulu. Untuk brand lain tunggu lain hari kita borak.


Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

10 comments:

  1. Arghhh I want those sakura pigma pens and koi wattatakarra setto... wait for meh, sakura-chan tachi (~ TTwTT )~"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakura is like my favorite brand right now. It used to be Copic but now i see the endless possibilities with their watercolour product line, I'm changing to SAKURA. Swerving lanes.. ahahaha

      Delete
  2. sakura ni ada geryscale set x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau kat artfriend hari tu takde greyscale set. Dan kalau tengok kt website dia pun macam takde. Klau nak yg brush pen colourset ada la. Ada satu grey brush. Tapi xjual kat artfriend. kena beli online

      Delete
  3. Watercolor yg jenis travel memang mahal ek, regardless of brand.
    Nak try tapi belum ada confident so...hehehe

    Just nak tanya, color cake dlm set watercolor tu ada jual refill satu-satu tak ataupun bila habis kena beli satu set?

    ReplyDelete
    Replies
    1. unfortunately takde cake refill. Aku ada check kat website dia memang tak mention pasal refill. Bila tengok review website ramai yang suggest refill dengan tube watercolour. So either you replace it with other watercolour or buy a new one. Tahan lama ni, C..

      Kalau bab mahal dan murah, yep, so far tengok Sakura Koi paling murah. Unless if you take Daiso cake watercolor into consideration.

      Delete
    2. Hahaha.
      Ada ke watercolor jenis cake dkat Daiso? Maybe untuk starter kedekut macam aku boleh kot hahahaha.

      Delete
    3. Ada. Tapi tak lut nak cairkan la. Hahahaha. Ada satu lagi alternative, beli water colour tube dan pill box macam kat daiso tu. Pastu refill dlm tu je. Aku tak tau skill ni dulu dan aku x pernah try tube watercolour so aku tak buat travel kit sendiri. Tapi ramai je travel journal artist buat camni.

      1) jimat (kot?? depends on brand apa korang beli)
      2) boleh mix colour sebelum masuk lam pill case.

      Delete
    4. Hahahha yaaa aku beli tube watercolor kt daiso dan picit dlm palet dan biar ia mengeras situ. Aku guna waterbrush bila nk guna. Hahahah ok je, walau pigmen pecah tp kira ok laaa utk beginner

      Delete
    5. Nice zyra. resourceful.. Bila nk bg teaser hasil kerja?

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*