Artfriend The Curve (Mutiara Damansara) ; Level 2 escalator pintu utama. Bersebelahan dengan Reject Shop
Hi Guise,
Selamat kembali ke Part 2 Penjelajahan Artfriend. Kepada yang belum baca Part 1 dan entry Copic yang sebelum ni, jemput ketik:
Part 0: Copic Special Entry
Part 1 : Sakura Pigma Micron & Koi Water Colors
Selepas dua tahun baru aku buat price update untuk product Copic kat Artfriend. Ye, aku sangat rajin dan prihatin. Aku tahu. Lepas dua tahun, sudah semestinya ada perubahan harga kan? Tolong jangan buat-buat terkejut.
Aku agak berpuas hati dengan marker set yang sekarang ada di Artfriend. Dulu hanya ada box set yang mahal tak ingat dan marker sebatang-sebatang. Sekarang Artfriend dah upgrade sikit, dah ada special sets.
Dulu aku dah pernah terangkan beza Copic Ciao, Sketch, Original dan Wide kan so eloklah aku terus sentuh pasal harga dia. Secara puratanya, harga Copic dah naik dalam RM1 berbanding tahun 2014. Itupun tak termasuk GST lagi/ Sedih, aku faham. Cuma bagi yang betul-betul minat aku masih lagi berpendapat yang Copic tu berbaloi untuk dimiliki. Warna dia terang. Flexible brush dia selesa digunakan. Ink dia boleh refill. I mean, in the long run, it's good to have these bad guys in your arsenal. Panjang pulak merepek. Ok ni harga baru Copic kat Artfriend:
Copic Ciao 3cc (1 pc) - RM10.81
Copic Sketch 4cc (1pc) - RM15.79
Copic Original 5cc (1pc) - RM15.79
Copic Wide (1cc) - RM24.91
Selain dari beli Copic satu-satu atau box set (12, 24, 36, 72 and 358 pen sets), korang boleh gak pilih special sets. Harga dia bergantung kepada jenis marker dan bilangan dia. Ada banyak kombinasi colour yang Copic tawarkan bergantung kepada jenis penggunaan. Ada colour set yang aku terlepas pandang so aku listkan yang aku sempat snap hari tu je, k?
Copic Ciao 6 pcs set - RM64.87
- Copic Ciao Hair Set
- Copic Ciao Skin Set
- Copic Ciao Jewel Tone Set
Copic Sketch 3 pcs set - RM47.38
-Copic Blending Trio Sets (1-6 trios)
Copic Sketch Toning Grey Set (5pcs Copic Sketch + 1 Copic Multiliner SP size unsure) - RM105.36
Copic Sketch 6 pcs Set - RM94.76
- Copic Sketch Skin Set
- Copic Sketch Sea Sky Set
- Copic Sketch Bold Primary Set
- Copic Sketch Secondary Tone Set
- Copic Sketch Floral Favorite Set
Kalau dah nak mewarna dengan Copic marker, haruslah pakai ink yang Copic-proof. Copic marker ni alcohol based marker so tak semestinya pen tu waterproof akan Copic-proof jugak. The best choice is to use Copic Multiliner. Berdasarkan pengalaman, selain Copic multiliner, ink yang paling best pakai dengan Copic marker adalah Deleter Black Manga Ink 2 & 5. Siapa yang selalu guna dip pen, this is a very useful note for you.
Sakura Pigma is copic-proof to some extent. Bila ntah aku nak test betul-betul ni. Certain reviewer cakap Copic-proof, certain cakap tak. Setakat yang aku test, tak copic-proof sangat. Kalau nak pakai brand lain, aku cadangkan pakai Prismacolor punya marker tapi good luck la kalau boleh jumpa kat Malaysia. Kalau jumpa, kongsi, aku pun nak try pen dia. Kawan aku yang juga pe-Copic tegar bagitau yang Faber Castell pitt pen juga copic-proof. The best copic-proof pen she has, according to her and I believe that statement. Aku tak try lagi pen Faber Castell sebab mahal nak meninggal. Tunggu part 3 untuk harga dia.
Anyway, jauh aku kona, harga multiliner tu pun aku tak sempat ambik hari tu. Termasuk dengan harga bleedproof marker pad. Ugh.. Aku punya dah habis. Bila la nak menapak lagi ke Artfriend beli kertas. Anyway, sampai situ je entry Part 2 ni. Part 3 tak pasti la bila nak post.
Personally, bagi aku yang self taught dan orang yang dah try both colouring marker dan watercolour, dua-dua colouring method ni lain skill dia. Bila dah biasa pakai marker, agak tak syok nak pakai watercolour. Dan bila dah biasa pakai watercolour, sangat tak syok nak pakai marker balik. Masing-masing ada pro and con. Selain Copic, ada lagi brand colouring marker lain yang korang boleh pilih dari yang high end sampai la yang school grade. Yang murah tak semestinya tak bagus tapi feel dia of course la lain. Pokok pangkalnya kemampuan dan kesungguhan. Sebelum beli apa-apa material baru, rajinkan diri baca review dulu. Bersepah review kat internet. Favorite site aku Jetpens, Sketchblob dan Parka Blogs. Tak pun search je kat Google search bar, confirm naik discussion thread pasal pen-pen yang korang cari tu. Jangan takut mencuba tapi pada masa yang sama jadilah pembeli yang bijak.
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~
Copic adalah antara barang yang (pada aku) sangat menakutkan.
ReplyDeleteTakut bukan atas harga sahaja, tapi tengok copic pun buat aku rasa tak berani nak cuba hahahaha.
Tapi aku tak nafikan, hasil kerja dari copic sangat menarik, even untuk orang yang tak master mewarna lagi. Mungkin Copic senang nak handle once dah start guna kot.
Tengok laa one day aku try Copic (ayat dr dulu)
the best way is to just redah jer. belum cuba belum tahu (says orag yg cuma ada dua batang copic jer) haha
DeleteCopic memang sangat menakutkan.
DeleteHmm, yes, aku tak terkejut dengan harga-harga termasuk kenaikan harga itu semua. Ni semua memang art tools yang awesome, sejenis bentuk "harta" pada para traditional visual artists.
ReplyDeleteAku tak pernah try copic, sebab... aku tak suka bunyi semua jenis marker bergeser pada kertas. Setakat guna highlighter atas kertas nota untuk highlight words sikit-sikit tu, boleh tahan lagi. Tapi kalau nak highlight sentences, senses aku akan terganggu, so kalau level nak mewarna guna marker tu, memang tak laa aku nak buat (melainkan kertas tu jenis smooth, the torture will be nullified). Bunyi sret2 marker+kertas yang berpanjangan akan membuatkan aku cringe... (~ "^ w ^)~
Ohmygod, bunyi marker! One of the reason why aku tak pakai nib keras tu. Klau flexible nib dia punya bunyi geseran tu minima. MEmang cringing bunyinya.
Deletesret sret sret
aku nak beli copic, t setakat nie mampu beli 3 jer..which I use a lot now!
ReplyDeleteharap bila dah steady kerja boleh la kumpul duit utk beli set besar yg beriban tu. haha
As always, art supply kat malaysia mahal nak meninggal. Kalau ko bpeluang pg holiday kat jepun ke, or kat Thai ke, baik beli sana. Berganda murahnya. BTW, packaging utk copic japan lain sikit. barrel kaler lain klau tak silap aku
Delete