Moment of Stupidity

Tuesday, January 26, 2016

Hi guise,

Kadang-kadang bila bosan melanda ada je idea bodoh yang datang bertandang. Puas lempang, taknak dia blah. Makanya, disebabkan bosan yang teramat, kau pun turutkan jela idea bodoh bingai itu..

Benda ni jadi dua bulan lepas, kalau tak silap kiraan bulan aku. Hari tu hari Sabtu. Aku pasti, sebab aku sorang je yang ada kat ofis hari tu. Nak buat filing, dah settle semalam. Nak pegi site, baru lepas lunch, matahari pun duk mencacak-cacak atas kepala.

Dipendekkan cerita, aku pun terpanggillah nak combine RedBull dengan kopi. Aku pun tak tau la virus apa yang melekat dekat pangkal otak aku sampai ada idea bangang macam tu. Mungkin jugak kerana random memes yang aku nampak kat 9gag. Kantoi bukak 9gag kat ofis.. Kononnya kalau campur kopi dengan RedBull ko punya paras tenaga tu sampai level boleh nampak orang bunian la kononnya. Macam logik jugak.. Caffeine campur Taurine. Hmm.. Menarik.. let's do it for science!


Hakikatnya tak.. Kadar degupan jantung memang increase after a few minutes but instead of feeling energized, I felt tired. Nak tido takleh sebab tak ngantuk tapi penat gila. Mata ni takyah cakap la dia punya gegar macam ko tahan ngantuk lam kelas Sejarah. Tapi masalahnya tak ngantuk pun. Apa punya binawe la kesan khas dia.

Senang cite, memes yang kononnya cakap you can see noise after drinking the concoction is definitely a hoax.

Takyah try la. Nak kata sedap pun tidak. Dah tu merosakkan buah pinggang ada. Nak tercirit pun ada..

Membazir je RedBull aku. Aih.. Sebelum aku tutup perkongsian cerita bangang ni aku nak tanya:

Apa benda paling bongok korang pernah buat time bosan?

Ok la sini je. Tak bermanfaat sungguh entry kali ni.

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Rating system problem so aku lempang dia laju-laju  sampai dia ghaib dari blog ni.
p/p/s: Oh memes bangang tu yang ni.. Aku pun bangang jugak sebab try. Senang cerita, semua la bangang. Termasuk entry ni sekali.


27 comments:

  1. Hmmm... aku berkemungkinan boleh ada (atau memang ada) heart condition so memang aku akan avoid diri ni daripada membuat experiment yang berisiko macam ni, hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sarankan jangan sesekali mencuba.. Serius.. Aku rasa menyesal gila try hari tu.. Sama menyesal tersalah makan penadol ngan coke. Actually bukan tersalah tapi sebab malas. Coke paling cepat nak capai..

      sudahnya..

      Terkapai-kapai ku kepeningan....

      Delete
  2. acah2 main piano bila bosan hhaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air piano? Cam air guitar? HAhahaahahaha ok ni lawak..

      Delete
  3. Aku suka lukisan kau style comel cenggini. I vant moar!

    benda bodoh aku buat bila bosan adalah chat dgn strangers dan tinggalkan mereka bila keluarnya perkara2 18sx, wahahaha. Dulu lah dulu. Sekrg aku tak pernah bosan.

    Aku pernah minum nescafe pd waktu mlm dan end up berjaga terbeliak mcm burung hantu di samping sesak napas. Aku ingt kan itu mlm terakhir dah... haha. Dan aku tak pernah minum kopi lagi sejak dari hari itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin aku patut buat poll style lukisan mana yang lebih digemari. huhu..

      Ye kadang2 kopi ni pun xle caya. kiranya ko agak sensitif jugak dengan caffein eh?

      Delete
    2. Apakata ko cuba mix kacip fatimah dgn tongkat ali pulak jadi apa? *Kekening

      Delete
    3. jadilah kekeliruan jantina.. haha..

      takpun kena sugar rush.. air-air tu semua manis gila kot

      Delete
  4. Dan boss pon ko mula nampak jadi tiga empat. Ahahaha.

    Benda paling bodoh pernah aku buat terlalu banyak. Setiap malam confirm akan ade free wayang dlm kepala ni. Tayang semua bnde bodoh2 sekali gus. *one of the reason aku susah tido. Wuwuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tayang kes-kes memalukan mcam dalam rancangan American Funniest Video..hohoho

      Delete
  5. Saya tak pernah minum redbull, dan saya tak suka coffee. Jadi, besar kemungkinan memang saya tak akan cuba lah. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redbull manis sangat. Tak elok untuk buah pinggang. Kopi ada baik buruknya jugak tapi yang pasti buruk, nafas berbau. ugh.. lepas minum dua species minuman ni mesti kena banyak minum air.. Bg Day la..

      *Still wouldn't give up on RedBull.. Lepas pegi site mesti tekak nak jugak redbull satu tin*

      Delete
  6. Satu malam aku keseorangan di dalam bilik hotel.
    Kerja dah habis, outstation sengsorang, awek takde nak gayut, tak terfikir pulak nak buat jahat.
    So, aku buat keputusan nak mandi berendam lama dalam bath tub macam selalu tgk dlm movie tu.
    Best. Sedap. Layan.

    Sehinggalah satu masa perut rasa macam nak rembes angin.
    So idea hebat aku nak tengok kalau kentut dalam air, berapa tinggi buih yang akan terbentuk.
    Semua sebab pengaruh Giant dlm komik Doraemon (sebab dia pernah ukur kentut dlm air dia guna pembaris)
    Jadi sekali aku kentut, keluar buih.
    Aku eksaited.

    Apa lagi, kentut buat kali kedua. Juga keluar buih.
    Eksaited lagi.

    Kentut kali ketiga, buih tak keluar.
    Tapi air mula jadi keruh warna coklat.

    Aku menjerit keseorangan dalam bilik mandi mengenang kebodohan diri.

    TAMMAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm not sure nak gelak atau nak geli...
      Hahahahaha!

      Delete
    2. *scroll down*
      *nampak comment cero yang panjang lebar*
      *uih panjangnya komen. Mesti ada cerita menarik ni*
      *terus baca komen dengan bersungguh-sungguh*
      *otak lambat loading so baca lagi sekali*
      [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/be/09/91/be099141ee62321dd28b481456341ad2.gif[/img]
      Ok cero.. ok..

      Delete
    3. Tambahan sikit untuk Zyra.. Jom pakat kembang tekak secara berjemaah..

      Delete
    4. Hahahaha. Know what?
      Cerita ni patut jadi short film untuk film festival.
      Producers should hire me as a writer.
      hahahaha

      Delete
    5. Ini lagi angker dari cerita seram Ben O.

      Delete
    6. Kahkahkah kenapa aku ditakdirkan baca komen ni masa makan churros bercelup coklatttt

      Delete
  7. Benda yang paling bangang pernah aku buat ialah park kereta kat tempat curam. Tengok tayo kereta tak masuk dalam kotak, malas nak start enjin, lepaskan handbrake kengkonon nak tolak. Sekali kereta mengundur, terus gelabah tenuk nak tahan pakai kaki. Hua hua hua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian Ojin, the struggle is real....
      Buwahahahahahah!

      Delete
    2. Sian Ojin, the struggle is real....
      Buwahahahahahah!

      Delete
    3. Sian Ojin, the struggle is real....
      Buwahahahahahah!

      Delete
  8. Hmm baru-baru ni baru ada kes kat site aku lori xleh stop masa parking kat jalan curam. mau dua bijik kereta dia bedal. Moral of the story, brek adalah penting di tempat curam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak reply kat Ojinz.. why blogger! why!

      Delete
    2. The amount of struggle is strong with this one... bwahahahaa yang aku kesian kt Ojin sampai 3x tu dh kenapa blogger u sick

      Delete
  9. Betapa dia nak menekankan kau punya kebimbangan untuk Ojin tu. hahahah..

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*