Reaching a Milestone

Thursday, January 02, 2014

Hi guise,

So, ucapan wajib.. Selamat (tak berapa selamat sangat) Tahun Baru.. Semoga azam tahun lepas yang dah jadi pekasam tu boleh diperam sampai tahun depan sampai jadi budu pulak.

Aku tahun ni berjaya bawak family bercuti. Huh, rasa macam dah capai satu cita-cita masa kecik. (cita-cita?) Maksud aku, harapan la..Walaupun just pegi Cameron Highlands.. Tapi best apa. Aku tak pernah sampai lagi.. Sebab aku dari sekolah memang jenis yang tak join lawatan. Kekeke.. Anti sosial tegar..

About Cameron Highland.. two words.. SEJUK GILE!!!

Tak tahu la aku ke yang jakun pegi tempat sejuk tapi memang siyes aku tak expect sejuk camtu. Aku pulak jenis badan yang memang tahan sejuk tau. siyes tak tipu. Memang silap besar aku pegi Cameron Highland tanpa perancangan rapi.

Malam-malam nak gosok gigi memang azab la. Woah, mana sensodine time-time ngilu ni.. Arghh... Bila ingat je sakit balik gigi aku.. Plus.. Aku jenis yang tak suka mandi air panas. Bila mandi air panas je badan mesti rasa lemah satu hari. Itu pasallah walaupun ada water heater kat rumah ni, aku tetap setia pada air paip yang dingin di pagi hari.

Fes-fes aku expect mandi pagi kat Cameron ni lebih kurang sama dengan mandi air perigi time kecik-kecik dulu. Memang meleset la anggapan tu. Macam jirus ngan air sejuk lam peti ais!! Guaaahhhhh!! Sejuk gila. Tapi sebab dah takleh tahan mandi air panas, aku akhiri upacara mandi pagi dengan jirus air sejuk satu badan. Pergh.. Dahsyat sungguh aku ni..

nak dijadikan cerita, memang silap la aku pandang rendah kekuatan ekon semula jadi atas banjaran ni.. Aku ingat sejuk cam lam ekon office. So aku tak bother la nak beli sweater baru yang betul-betul tebat haba. (Semua sweater aku jenis nipis sebab fungsi dia just untuk cover baju lengan pendek.. means, sweater aku sweater tipu.. Bahahaha). Tu la Day.. Nasib la ko terer sangat kan.. Stoken pun tak bawak langsung. Tudung pun bawak bawal je semua. Nasebla adik aku yang dua orang lagi tu still pengamal pemakaian pashmina. Dapat gak la tumpang pakai pashmina yang suam-suam sedap tu.. (Ugutan amat berguna time-time terdesak ni ye)

Apa pun, trip kali ni memang osem sebab semua ahli keluarga ada.. Tak pernah lagi kan pergi bercuti camni. Aku ingat tahun depan nak plan pegi pulau lak.. Huhu. Sape tau ada trip murah tolong bagitau ye..
Keluarga Encik Halim.. Ye aku comel macam Panda.. Tolong jangan puji aku lebih-lebih.. Aku ni pemalu orangnya..

Perkumpulan budak tak sihat.. Dari kiri: Adik Nabil (adik la), Era (Adik sepupu), ketua budak tak sihat, Cauda (malu nak cakap adik. tolong makan ubat tepat waktu ye..)

Ko nampak ni.. Berjangkit dah tak sihat ngan budak-budak ni. Cameraman ni mabuk minum todi ke apa?

Hoho.. Terbanglah budak tak sihat..


Lastly.. Sangat terharu bila abah cakap.. "Tenkiu anak-anak yang menjayakan percutian kali ni" Perghh.. Menusuk kalbu.. Jap aku nak pegi nages sebab terharu..

Adieu..

p/s: Oiii.. nak pegi mana tu? Ada komik kat bawah laa..





Pengajaran.. Jangan sombong.. heheh

Duh gambar tak jelas.. Sedih takde scanner.

Ok bai


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

4 comments:

  1. hhahah tawpun sejuk..tapi fi biasa tak pakai pun sweater naek bas baju tshirt n sluar bundle selipar jepun..lekjeee...ahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh.. ni lahir kat antartika ke masa kecik2 dulu mak mandikan dalam ais? Terer.. jungkit dua ibu jari!!

      Delete
  2. aku pemakai sweater tak kira panas atau sejuk... kulit entah pesen apa... koh koh koh

    ReplyDelete
  3. giloss sejuk xbleh kubayang. dulu gi genting x sejuk sgt. hmmm terliur tgok korg gi cameron... nk pgi jugak!!!!!

    p/s: sama la dulu masa sek xpernah join trip cameron hakhak

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*