3rd Molar Extraction

Friday, January 10, 2014

Hi guise,

To those yang follow fesbek page Vespa Buruk mesti dah tau hari ni aku ada surgery appointment. To be exact, dental surgery.. To be more precise, 3rd molar extraction ataupun cabut gigi bongsu.

Aku tak pernah cabut gigi kekal aku. So till yesterday I have perfect set of molars. Akhir minggu lepas gusi belakang aku membengkak. Suspect infection silap gigit apa sampai gusi belakang terkacip luka. Gigi bongsu lak macam hidup segan mati tak mau, tumbuh full taknak, duk terbenam dalam gusi je keje dia. I seriously doubt the name 'wisdom tooth'.. Macam tak berapa bijak je gigi ni.

Dua tahun lepas dentist pernah nasihatkan aku book appointment dekat hospital untuk extract gigi tak bijak tu. Tapi memandangkan time tu aku student dan susah nak gerak, aku biar je sampai tak sakit. Once tak sakit aku pun lupa terus nak buang gigi tu.

So bila kali ni dia jadi balik, aku nekad nak jumpa dentist. Nak settlekan hal ni once and for all. Aku buat kat klinik swasta so it's a bit pricey tapi takyah tunggu lama. Seminggu je tunggu terus boleh settle. Itu pun sebab aku taknak buat surgery tengah minggu. Kalau buat hari jumaat mc aku tak makan hari keje. Bagus gila aku ni.

Tadi pagi aku masuk bilik dentist dengan perasaan neves nak mampos. Masa fes pegi check up tu takde la neves ke apa. Ni semua pasal budak keje aku la ni suka duk mencuakkan aku. Chiehh la depa ni jahat. Dentist aku, Dokter Ahmad, seorang yang hensem (pakai vest wa cakap lu). Botak.. Hensem.. Tapi botak.. Tapi hensem.. Haaa.. dilema aku jap.

So.. Yang jadinya..


Masa kat klinik aku punya la macho. Gagah dan berani je time Dokter Ahmad cucuk ubat bius. Pedih gak woah time jarum tu cecah gusi. Sabar jela. Dahla kena 4 kali. Puhh.. Sungguh lazat. First dokter amik gamba dulu. Xray..Xray.. Nak tengok akar gigi tu menghala ke mana. Lepas tu dokter check ubat bius dah jalan ke belum. Okeh pass, mulut dah kebas, air liur pun start meleleh tak sedar. Hahaha.. Macam retard semacam aku rasa time air liur meleleh takleh control.

Aku rasa fes tool yang doc amik time tu semacam scalpel. Belah gusi untuk expose 3rd molar yang pemalu tu. Pergh masa tu ngilu bak hang. Tak sakit tapi ngilu sebab tau gusi tengah kena potong. Oit, sape yang takleh baca cite seram tu sila skip bawah terus. Lepas dah expose gigi tu dokter amik macam playar bulat (Hahahaha. Aku taktau nama dia). Mula tarik gigi. Moh masa kena tarik tu, nurse tu pegang kepala aku taknak kasi gerak. Tapi banyak kali aku mintak time out dengan doc sebab aku rasa macam rahang aku nak dislocate je, kuat sangat tarik.

Puas duk tarik, goyang-goyang, pusing-pusing, cungkil-cungkil, last-last dengar 'krak'. Yay dah tercabut!! Masa nampak gigi dengan cebisan gusi yang melekat tu aku rasa macam, alhamdulillah la manusia ada ubat bius. Mau aku terajang doc tu kalau ubat bius belum dicipta lagi sekarang. Huehue..

"Akar gigi awak patah ni"

Moh, dengar ayat doc ni aku rasa macam nak jerit. Jadahnya patah? "Saya akan korek keluarkan".. Seram siot! "Dalam ni dokter.. Saya amik yang kecik sikit" Nurse tu duk tambah. Amik apa yang kecik pun aku tak tau. Tapi yang pastinya lepas tu doc duk rodok-rodok gusi aku. Pergh.. Pergh!!! Hasilnya, akar 2mm yang tertinggal dalam gusi tu pecah dan terpaksa dikeluarkan satu-satu. takpasti semua dah berjaya dikeluarkan ke tak sebab darah duk mencurah ke ladang gandum. I kid you not. One time aku nampak darah memercik ke atas hidung aku. Satu titik je. hahaha. Tapi still seram ok.

Tak habis kat situ.. Doc amik benang nak jahit. Aku sebenarnya fobia sikit dengan benang jahit luka ni sebab masa aku accident dulu, dokter yang jahit luka aku tu tak tunggu bius jalan dia dah start menjahit siap sulam jadah apa tah kat luka. So aku boleh rasa time jarum masuk daging. Thankfully this time, I'm sure that I won't feel anything. Dokter Ahmad jjang!! Dah la hensem tapi botak, gentle lak tu.. My man~~

All and all, after an hour.. The procedure ended with a success. Tak sakit. So aku amik ubat dan blah. Minggu depan kena pegi klinik balik untuk bukak jahitan.

Sampai umah, slowly anesthetic wears off. Mula dah rasa sakit denyut tu. My god!!!!!!!

Ok la.. Aku nak sambung meraung ni. Seminggu ni minum air jela gamaknya aku. Huuuu...

Adieu

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

21 comments:

  1. haha ni nak tanya ni, sape laki yg ikat rambut tu ? is it ur husband ? sbb slalu sgt nampak dia dalam ur comic haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. No no no.. He's just a character in the blog.. Don't get confused.. i'm just bored and he seems to be a good made-up character.

      Delete
  2. aku tau sangat sakit gigi ni camne pasal 3hari aku masuk wad sebab operate cabut geraham..sebulan sakit tak hilang2..woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan aku kena seminggu.. sedih.. Tapi aku gagah.. Ok je lagi ni.. hoho

      Delete
  3. ouchyyyy... hey, kisah hang ni mcm nak sama ngan kisah aku skit2 la... pengalaman surgery gigi (sebab eksiden motor), bius n jahit gusi, nurse pegang kepala time gigi kekal kena cabut (gigi depan weh, pastu kena pakai bridge n cap, mahal lak tuh huhuu), dengar bunyi krak n nyilu... eksiden (kes lain pulak), bius n jahit daging (kaki)... huhuu... yes i sooo darn understand the pain n horror, hang in there bebeh, makan ice cream vanilla kasi pamper skit gusi tuh, huhuu... shikari shite kudasai ne~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian.. I can totally relate. masa aku kat klinik tu aku nampak sorang budak ni baru lepas eksiden. Lengan baju sebelah hilang. Seluar jeans sebelah dah kena potong jadi seluar 3 suku. Kesian aku engok tapi rasa nak gelak.. huhu

      Delete
  4. sis.. kata botak, kenapa kartunnya ada rambut?
    btw, saya pun pernah kena.. sebab berlubang & dia kata kena buat root treatment...
    sedih selama dua jam kerana senyum semua jadi herot..
    but, bila dah hbs bius tu, rasa nak pergi meraung kat doktor tu cucuk la lagi.. perghhh.. i know how ur feeling.. T_____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab xpandai lukis botak.. hehe.. Root canal lagi sakit..pergh

      Delete
    2. pergh, root canal treatment... seriously my worst nightmare doe, skali 2 gigi depan kena serentak, gara2 eksiden moto masa zaman study dulu... pehtu 6 years after that one of them kena dicabut juga sbb gigi tu jadi kelabu separuh, oh asam garam kehidupan yg mematangkan kita sememangnya berwarna-warni...

      Delete
    3. pergh root canal treatment... ya aku tau rasa dia mcm mana, memang nightmare... bleh nmpak asap keluar dari mulut woo, nyilu panas rasa dia weh gigi kena tebuk, akar gigi kena tarik keluar... it's basically a torture, eksiden moto punya pasal... apa2 pun aku redho, kes zaman study dulu... wuhuu

      Delete
    4. aikkk komen aku yg 2:47AM tu ada la pulak??? aku ingat dah hilang pasal broken link tetiba td? kalo aku tau xde aku nak tepek sebijik lg time 2:52AM tu LOL... sumimasen~ X3

      Delete
  5. perghh.. ngeri ngeri... aku yang gi cuci gigi pon dah tau ngilu dia macam mana... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. To be honest.. Cuci gigi lagi ngilu sebenarnya. Tapi sebab procedure surgery ni lama, pastu xtau apa yang dia tengah buat, tu pasal la seram. Plus, lingering pain afterwards..Pergh.. memang sedaplah cabut gigi

      Delete
  6. sama kes ngan aku. time dah nazak tak tahan baru aku terhegeh wat appointment,
    gigi tu kena potong kpd 2 bhgian, pastu keluarkan separuh2 sebab kedudukannya dah senget takleh keluar sekaligus.
    Dengarnya bersalin lagi sakit woo... takleh aku nak bayang time aku bersalin.. eh lupa aku lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib lah gigi aku takyah pecahkan sebab suka tengok gigi tu keluar sebijik.

      Delete
  7. Aku paling takut ngan dokter gigi..! *lari jaoh2*
    Alhamdulillah ko selamat Day..!!!!! *peluk kuat2*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi lari.. ni peluk pulak.. ko ni agak bipolar Lee-kun..Hahahaha

      Delete
  8. hahahah... so funny la dayah. tang ayat gigi tk berapa cerdik. hehehhe. wisdom teeth... memang dia pemalu. aku nyer gigi bongsu pon dok tumbuh penuh lagi. geram jugok. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gigi tak sekolah. Jangan salahkan ibu mengandung

      Delete
  9. terima kasihlah sbb warning seram tuh. saya mmg skip ke bawah terus. huhu.. bertabahlah ye..

    ReplyDelete
  10. Kene cabut gigi is te reaaon i xjadi buat braces.. Mamposla... X sanggup weyh..

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*