Tiba-tiba terkenang

Sunday, August 04, 2013

Oh hoi guise..

Aku baru setel marathon TV series Charmed yang aku minat gila masa muda-muda dulu. Huh, alhamdulillah.. lega akhirnya dapat jugak tengok series finale yang aku terlepas beberapa tahun lepas.. Diibaratkan seperti sembelit biji durian, puas ku teran akhirnya selamat  jugak dalam mangkuk tandas.. Eww, disgusting. Sorry, that was uncalled for.

Settle down dua tiga hari ni, baru la ada ilham sikit nak berblog..
Urgh.. kesian, page pun tak sempat nak setelkan..

Ok~~~~

Entry kali ni cliche.. macam biasa, bulan puasa, dekat nak raya, confirm la teringat kejadian lampau kan..
Heheh..

Yang aku ingat pasal raya ni banyak.. salah satunya pertandingan tak rasmi, meriam buluh terpower kat kampung. You should have known it by now yang aku ni tak minat sangat nak cam anak dara lain, jahit baju raya, pasang langsir raya, buat kuih raya... Urgh.. Sangat tak jantan..

So one day, aku lepak kat belakang umah nenek. kononnya tunggu sepupu aku yg lain, nak ajak main kejar-kejar. tapi pandai mana la nak main kejar-kejar bulan puasa ni.. ye dak? Bosan betul.. haish..

Tapi!!
Dari kejauhan aku nampak dua tiga orang budak kampung aku (dua orang tu adik sepupu aku muda dalam 4 tahun kot) duk usung meriam buluh. Ohmaigod! This is exhilarating! Aku dengan excitednya "Whoi, Kak Oyie nak join!"

Elix (adik sepupu aku) jawab.. "Ish, takleh la..Orang nak lawan kampung sebelah ni"..
Kampung sebelah dah start membedil dah time tu.. Hurgh.. Eksaitednye.. Aku nak join gak.. Diorang pun pasang meriam tu (pasang?). Nampak takdelah besar sangat pun tapi diorang cakap power bunyi dia. So aku pun tunggu jelah tepi pokok kelapa. Sorang sorang cucuh meriam tu. Boom! Boom! PErgh, boleh tahan penangannya. bingit woah..

Tapi nak dijadikan cerita.. Dari jauh nampak benda laju je, warna putih, meluru ke arah kitorang.. Penyapu kat tangan kanan, bertelekung.. NENEK KITORANG!!

"Whoi!! Aku tengah sembahyang Zohor korang duk pumpang pumpang bakar meriam. Tunggu situ siap aku kerjakan' - not the exact word. But you get my meaning.



Tudia, orang Terengganu cakap "Chak rapok ye lari" maksudnya lintang pukang budak-budak tu cabut dari tempat kejadian. Selamat dari dibantai dengan penyapu. nenek aku jeling aku dengan bengisnya.. Aku cakap "Tu la budak-budak ni. Bulan-bulan puasa main meriam. Kalau meletup ke muka tak tau la. Penat akak nasihat tadi" sambil pelan-pelan berjalan sopan ke basikal..


Hehehe..

Pengajarannya, jangan main meriam time masuk waktu solat..

And, bila akak korang cakap nak join main meriam, Yes kan je..HAHAHAh

Adieu


-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

12 comments:

  1. Nice drawings.. What application did you used?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photoshop Element...Tried to use Illustrator but it came out to be a bit complicated for me.

      Delete
  2. malangnyer la bebudak tu dpt akak sepupu camni :)
    tp untung la tk kena bantai ngan nenek ye~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung jadi pompuan.. KAdang-kadang terlepas bila buat jahat. hehehehe

      Delete
  3. wakakakaka... biasa laaa.. bebudak lelaki kan nakal.. nasib baik hang tak join sama...

    ReplyDelete
  4. wow charmed series.. teringat angel series... yg tu mmg epic ah zmn dulu. sezaman ngan drama popular. hehe.. lol berani main meriam. daebakkk. klu aku mercun bola pong nakkuk happah..

    ReplyDelete
  5. hahahaha... deno pernah tengok sepupu dan ayh saudara main meriam buluh tanah.. mmg kuat bunyinya.. betoi2.. org trg kata "cak rapok lari"// hihi... hanya org trg fhm bahas trg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriam buluh tanah tu cane pulak?

      Delete
    2. Haah.. meriam buluh tanah tue acaner?.. ke gua tak khatam lagi bab bab mercun meriam nie?

      Delete
    3. Haa tu la pasal.. musykil gak ni

      Delete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*