Flowers

Wednesday, March 29, 2017

Seusia aku 28 tahun ni, baru sekali aku dapat bunga. Itu pun dari umi. Masa konvo dulu. Kenapa tak pernah dapat bunga, sebab aku bercinta time belajar. Budak-budak mana ada duit nak belikan bunga untuk awek. Apatah lagi bila awek tu selalu kata "Saya tak minat bunga"

Hakikatnya memang aku tak berapa minat bunga. Tak taksub dengan lawa bunga tu. Bau apatah lagi. Bunga zaman moden ni rupa je lawa, bau takde. (Siapa tangkap mesej mendalam yang aku cuba sampaikan? Hahaha)

Bunga ni cantik dia sekejap. Memang semua benda bernyawa sifatnya sementara. Waktu dia kembang mekarlah kita petik dia, simpan dia dalam pasu dalam rumah, kagumi kecantikannya. Bila dah layu, ke mana hilangnya nilai bunga tu? Kenapa bunga itu harus cantik, harus wangi? Supaya ada kumbang datang dekat dan bawa debunga liar untuk disenyawakan. Untuk menjadi buah. Untuk menyambung kelangsungan species. Itu tugas bunga.

Dan sesetengah manusia akan menyamakan tugas bunga dengan tugas perempuan. Untuk disunting, dinikmati kecantikannya dan untuk melahirkan anak penyambung legasi. Mungkin. Tapi tak semua perempuan ditakdirkan untuk melalui susur hidup macam tu. Ada bunga yang kembang mekar, disunting kumbang lalu membentuk buah yang masak ranum. Ada bunga yang disunting orang, jadi hiasan sementara di kamar beradu lalu layu hilang makna.

Aku?
Aku bunga plastik, cantik tak setanding bunga asli. Harum tiada. Tempat singgahnya debu bukan kumbang.

Kadang-kadang aku gembira dengan status ni, kadang-kadang aku rasa sunyi dan terbeban. Dahla.. Kumbang yang aku nak pun dah pilih bunga lain. 

Kalau Kei wujud dalam dunia ni, aku rasa hari-hari aku dapat bunga..

Adieu Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Weyh aku bukan pondan weyh.. Jangan salah paham pulak

4 comments:

  1. Senyum Siqah tengok gambar keempat tu. Hii. Wanita dan bunga bagaikan kawan akrab walaupun tak selalu jumpa <3

    ReplyDelete
  2. Okey nanti aku hadiahkan ko bunga segar bila ada chance jumpa ko nanti... (~ "^w^)~

    ReplyDelete
  3. wow deepnya perumpaan yang kau utarakan tapi betul la perumpamaan kau tuu. Ada logiknya di situ. Aku pun x suka bunga. Tengok suka (tak semua) tapi untuk memiliki aku x suka sebab aku tak tahu nak buat apa dengan bunga tu haha.

    Aku pun bunga plastik Day, mari aku teman kau hehe.

    ReplyDelete
  4. kihkihkih.

    i never get one. nak kata teringin tu takde ler. tapi kalau dapat mestila simpan. kan tu a part of hadiah juga

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*