CAFKL Haul Part 2

Wednesday, June 08, 2016

Hi guise,

Selamat datang ke Part 2 pengembaraan CAFKL. Pursuant to my visit to CAFKL3 on 29 May 2016, I'm gonna write about my haul. Tahun ni tak banyak rembat sebab aku tengah sengkek. Anyway, seperti biasa, memandangkan entry kali ni takde komik, aku nak warning je. Kalau korang datang nak baca komik je, boleh la nak slow-slow pandang tempat lain. Takde komik. Aku tak sempat buat, baru balik dari kampung.

Fanikatun by Ahmedfani
Masa aku duk melilau kat cafkl hari tu ternampak zine ni. Aku tak pernah jumpa pelukis so masa aku nampak Ahmedfani aku nyaris-nyaris nak panggil dia nama arkitek kat ofis aku. Nasib baik rambut dia lain, kalau tak aku dah tersilap orang dah. Anyway, pasal zine dia pulak. Fanikatun adalah antara siri komik yang sangat aku gemari kat Facebook. Idea dia padat dan luar kotak. Aku suka style dia yang bersahaja. Topik dia luas dan tak semestinya kritik sosial. Aku nampak lebih kepada finding something funny amidst everyday life. Bagi aku la ye. Pendapat aku. All and all Fanikatun memang santai dan menjentik otak. Elok sangat kalau nak rembat, rembat semua lima-lima ketul.

 Kita Kawan by Aku Napie
Bila aku pergi mana-mana comicfest, aku tak set sangat nak beli komik mana sebab aku rembat mana yang berkenan time-time tu jugak. Dan antara komik yang aku rembat sebab love at first sight adalah komik Kita Kawan ni. Ada orang tak suka tengok kertas kuning. Aku pun sebenarnya. Tapi lukisan dia atas kertas kuning ni rasa nostalgia sangat. Yep, style lukisan pun macam yang aku baca time zaman kecik-kecik dulu. Komik ni tema dia kritik sosial. So kalau kau jenis mudah sentap, mungkin amik masa untuk hadam. Tapi memandangkan komik ni sealiran dengan Buasir Otak, I feel right at home. Pulak tu ada short paragraph lagi kat sebelah dia untuk borak lebih dalam lagi mengenai isu yang cuba diketengahkan.

Aku Engineer by Topek

Komik ni gigih betul Ankel Jonni lobi kat aku. Siap suh amik gambar dengan artis dia sebagai bukti perjumpaan terbabit lol. Memandangkan Topek request for review, meh sini nak review kaw-kaw. Hahaha.. Takdelah.. Aku ni kalau ikutkan bukan level nak kritik komik orang. Pulak tu komik aksi bukan genre favorite aku. So I'll write my honest review on this masterpiece as a reader and comic enthusiast instead. First thing first, idea komik ni sangat unik. Komik ni berkisarkan watak si Engineer yang kena survive di post apocalyptic world. Ok-ok aku taknak bagi spoiler lebih tapi protagonist cite ni adalah manusia biasa yang jadi luar biasa sebab semua orang di sekeliling dia jadi super luar biasa. Hahaha ko putar alam apa ni, Day? Siyes kalau nak tau, go get a copy of this comic. I highly recommend it especially if you like action comic.

Artwork dia cantik. Bagi aku komik ni selesa dibaca sebab biasanya komik aksi ni overfeed the visual sampai lost part content dia. Yang ni personally aku rasa balance. Tak terlalu serabut dan cantik background dia. Komik aksi kan, haruslah terer buat artwork yang fluid dan dinamik.

Satu je yang aku rasa kurang selesa mengenai komik ni iaitu penggunaan dwi-bahasa. Komik ni komik bahasa melayu tapi ada menggunakan bahasa Inggeris untuk penerangan sesuatu istilah. Bagi aku tak perlu terangkan istilah tu dalam bahasa inggeris sebab grammarnya sedikit lemah. Kalau nak guna jugak, sedikit penambahbaikan haruslah dilakukan dari segi grammarnya. Mungkin appoint seorang proofreader? 

(Yang ni je komik yang aku betul-betul review. Dua kali aku baca komik ni sebab nak review lebih tepat. Huhuhu)

Makan-makan Malaysia by Akasumi
Aku takleh menghalang diri dari beli komik comel ni. Komik ke zine? Aku agak tak reti nak beza. Anyway aku beli komik ni sebab suka tengok artwork dia. Vibrant colours, cute illustration. Although it doesn't really represent all Malaysian foods (we got tonnes) it does highlight some of the yummiest. First time aku beli illustrasi si Akasumi ni. Mungkin kalau jumpa lagi siri lain pun akan aku beli lagi (bergantung kepada ketebalan wallet sebab sedikit pricey)

Doctor Strange will be coming to theater soon so as a homework, I bought two copies of these. I know it's not enough to feed me the necessary info about Doctor Strange but meh.. who am I kidding. I was impulse buying.

Anyway, this is my third year going to CAFKL. I must say, it is awesome to see so many indie artists. It was overwhelming to see so many talents in one place. Kalau tak minat nak beli pun, window shopping pun shiok. These are some of my purchase from previous years. Oh comic Trilog tu beli kat Comiccoaching Course.


Cero, ni je haul komik aku. Tak mampu nak bukak library lagi. Hohoho.

Tu jelah kot. Aku mintak maaf kalau ada kekurangan untuk entry kali ni. Aku lost sikit. Hahaha.

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Mesti ingat takde gamba dah kan? hohoho.. Ada.. jap-jap.

Meriah!!

Nak amik gambar sama-sama tapi macam kalut sikit time ni.

Satu-satunya yang berjaya snap gambo sama-sama. Nah Ankel, dah kutunaikan janjiku. Jarang ley nampak Taufiq wal Hidayah dalam satu gambar. Kehehehehe~

Ok, Sekarang baru betul-betul Adieu.





19 comments:

  1. Aku rasa cm nk potosop kasik jad gambo kawen utk yg last tu, muakakaka!

    Komik tempatan ni mahallah pahtu nipis. Det conan tebal pahtu murah, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambui potosop..

      Ko tgk komik Det Conan tu kertas dia tak cantik. Mass production pulak sebab tu murah. Aku still rasa dari segi keselesaan membaca, aku suka comic tempatan. Kalau la printing murah and accessible, harga komik mungkin lebih murah. But that's the perfect world and we're not living in one.

      Delete
  2. Alhamdulillah, selalu tengok taufik hidayat je, kali ni dapat tengok taufiq wal hidayah.

    Sob. Tak dapat pergi. Tak dapat bergambo dengan kau Day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beng!! Kalau ko pegi hari tu aku rasa penuh album la duk bergambar ngan ko je. Takpe len kali kita detim ye awaaa..

      Delete
  3. Replies
    1. Huhuhu thank you.. Lighting cafkl lawa.. pakai baju hitam.. pakai inner dagu.. tadaa!! illusion

      Delete
  4. Hai. Boleh rembat foto saya tu? Ngam2 ahm ahmad pun tgh melintas kat belakang. Btw, sy nak share posting ni kat fb page fanikatun ye.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. bestnya. aku baru tau kewujudan event sebegini rupa. kau bila nak join? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nad, aku belum mampu. Kalau join ni mampus aku.. So buat masa ni aku join sebagai pelawat jela. huhuh

      Delete
  8. Hohohoho.. bila laa agaknya aku boleh mencapub kat event cenggini. Dah laaa asik buat kat key el jer.. kakakaka.. try laaa buat kat Nilai ke, kat KLIA ke, kat Putrajaya ke.. kan shiok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambui request pulak dia hahaha. Alah bukan jauh sangat nak menapak. Alasan niiii

      Delete
  9. Hohohoho.. bila laa agaknya aku boleh mencapub kat event cenggini. Dah laaa asik buat kat key el jer.. kakakaka.. try laaa buat kat Nilai ke, kat KLIA ke, kat Putrajaya ke.. kan shiok...

    ReplyDelete
  10. Lalu aku pun sapu air mata yang berlinang sebab aku tak berkesempatan pergi itu hari.
    Kalau tau, ku redahkan jua hujan badai semata-mata nak lepak dengan kau, Mon.
    Hahahaha...

    Hari tu aku pegi VAX. Bila pergi meja exhibitor macam ni, aku selak browsing copy utk zine or komik diorang, pastu yg exhibitor pun memandang penuh dengan mata berkaca bersinar dengan harapan aku akan beli karya dia. Aku takleh Mon. Aku takleh. Aku bakal mengalah dengan sinaran mata yang sebegitu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula kau cero.. puas aku tanya hari tu.. menyesal tidak berguna lagi. kita try tahun depan bruh

      VAX time aku balik kampung. Nak try gak pg tengok sebenarnya huhuhu. Aku pun cepat kesian kat orang yang berharap beli komik. Hahaha. Tapi bila poket tengah nipis, aku kentalkan je hati buat taktau

      Delete
  11. Nice review mon, oh 10 ketui semuanya... banyak gak turrr... heheh ;3

    Uuuui... "Kita Kawan" tu macam menarikkkk, pinjam? X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pinjam? Datang la KL melawat Ai. Boleh la pinjam. yohohot

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*