DISCLAIMER: ENTRY INI BERKAITAN THIRD MOLAR EXTRACTION. TIADA GAMBAR DARAH DALAM ENTRY INI TAPI ADA SEDIKIT ILUSTRASI YANG MUNGKIN BAGI SESETENGAH ORANG SEDIKIT HARDCORE (tak pun sebenarnya). PROCEED WITH CARE.
Hi guise,
Lama betul aku hiatus disebabkan GiveAway dan dental surgery baru-baru ni. Actually bukan sebab dua tu je.. ada project komik yang nak dihantar akhir bulan di, jadual aku yang penuh dengan kelas di hujung minggu lagi tambah pulak aku ni berkerja. Memang tak berkesempatan nak hapdet blog. FB page pun tak sempat, apatah lagi blog.
Ampun.
Kalau yang masih ingat, Bulan 1 dua tahun lepas aku ada post pasal 3rd molar extraction. Kalau ada nak refresh balik kenangan ngeri itu sila ke link ini TEKAN SINI!!
Di atas kejayaan Dokter Ahmad extract wisdom tooth aku (yang ada sedikit bebal sebab tak pandai tumbuh straight), aku kembali ke Rohana Dental Surgery untuk mengeluarkan lagi dua ketul gigi tak bijak.
Aku pada awalnya nak cabut terus tiga-tiga tapi memandangkan kalau cabut semua, makin susah la aku nak makan so I settled down with removing only two on the left; atas bawah. Sedikit penerangan mengenai wisdom teeth. Most adult have 4 wisdom teeth, which are the 3rd molars located at the last quadrant of human dentition (ayat cedok Wiki sebab aku tak reti istilah dentist ni weyh. Mohon korang baca sikit asal-usul 3rd molar tu sebab bagi aku sangat menarik cuma aku tak sempat cover topik ni takut panjang sangat). Bagi orang yang gigi bongsunya tumbuh straight, takde masalah. Wat lek je.
Masalahnya third molar aku yang sebelah kanan tu sedikit misaligned and in the course of impacting my second molar.
Yang belah kiri pulak bantut nak keluar. Plus selalu kacip daging pipi (mugkin sebab rahang aku kecik atau sebab aku gemuk. Kemungkinan besar sebab yang kedua tapi masa kurus dulu pun selalu je tergigit).
Gigi atas pulak yang muncul dengan elok tapi disebabkan gigi bawah yang diselimuti gusi, gigi atas kerap kacip gusi dan menyebabkan aku sakit sampai nak maki orang. Selalu masuk makanan lak tu celah gusi bawah sampai bengkak. (Swelling is a sign of infection. Kalau tekan keluar benda berair putih tu, maksudnya dah start nanah)
Penyelesaiannya, nak tak nak aku kena cabut lagi dua bijik tu. Belah kanan ko tunggu. Selamat lagi ko sementara tunggu gusi kiri sihat.
Kali ni bukan Dokter Ahmad yang buat tapi Dokter Firdaus. Orang muda lagi. Mungkin lagi muda atau sebaya dengan aku. Lebih sakit nak berbanding ngan Dokter Ahmad tapi mungkin jugak sebab aku punya root dah infected sampai cucuk bius pun still sakit. Tambah pulak aku memang nervous kali ni dan klinik tu tak menawarkan gas Nitrous Oxide (gas ketawa) untuk reduce nervousness. This relates to the pain threshold. Sebab tu orang yang takut pegi dentist, bagi aku, mungkin rasa lebih sakit nak berbanding dengan orang yang tak takut dokter. Telahan aku la. So jangan perlekeh orang yang takut cabut gigi. Dan kalau ko jenis yang memang nervous ngan dentist, aku cadangkan cari tempat yang bagi option untuk ko dapat gas sedation. Sorry aku tak cukup buat homework untuk kupas isu ni.
We come to the part where I give you a walk through on the procedure. Feel free to flee for those who can't stand depiction of oral surgery.
So itulah kejadiannya. Aku dapat mc dua hari. Procedure tu Sabtu malam, lasted for almost 2 hours, mc on Monday and Tuesday. For those who are curious, the procedure costs me RM780 in total; RM80 untuk gigi atas, RM700 untuk gigi bawah. I was on strict diet of soft food for a whole week. Tapi still gemuk, don't worry. HAHAHAHA. Sape bimbang ko hilang lemak Cik Mon oi..
Oh ya.. Kalau ko bawak balik gigi yang dicabut tu, rendam dalam clorox for two days or until all the soft tissue (gum) is dissolved from the teeth. Lepas tu simpan dalam air. Kalau biar je air-dried, dia kering dan huduh. Hahah. Selalukan tukar air tu. Kalau malas nak tukar air, simpan dalam dettol. Aku dah ada tabiat simpan gigi sebab adik aku yang belajar dentistry tu dulu mintak gigi aku untuk buat reference tapi sampai sekarang dia lupa nak amik. Last-last aku buat koleksyen. Angker sangat hahaha. Nasib tak buat rantai je.
Tu jela perkongsian kali ni. Mohon maaf kepada yang tak sanggup baca, Tu aku dah letak lam spoiler. Tekan ikut suka. Hahaha.
Adieu
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya.
Yeaha~
P/S: Kalau salah mohon betulkan. Aku cetek ilmu gigi.. Minat.. tapi cetek..Nak pergi dalam, tak pandai berenang. Nanti mati lemas pulak.
P/P/S: Baru perasan kartun last tu mirror image. Lukis dari memori. Hahahaha.. Tiba-tiba berubah side.
Mon, gigih aku baca sambil menahan ngilu. Hahahahaha! ko tak de rasa nk terajang dokter tu ke hahaa eh Perlu ke aku post entri wisdom teeth aku jugak, yg aku rasa terlebih wisdom hahaha
ReplyDeletehahaha.. Aku rasa nak usap-usap muka dokter untuk bagi dorongan dia cabut cepat-cepat sikit.. Silakan mengepost.. Ke'bijak'sanaan gigi ni patut diwar-warkan
Deletemementang dokter muda!
DeleteMalu nak ngaku tapi...
Delete[img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/07/7c/83/077c839b0cd2c1ee14b00ee6c6e75186.gif[/img]
Aku doa aku tak kena la macam ni. Aku tak suka jumpa dentist lagi banyak daripada aku tak suka tauge. Cepat sembuh Mon2 montel :*
ReplyDeleteWeh aku suka taugeh!!!!
DeleteMON MONTEL!
owh ya.. pengalaman gigi bongsu keluar. seksa..
ReplyDeleteSakitnya masyaallah
DeletePerghhh.. aku pun ade gigi mcm tu, tapi dia baik sikit laa... masa dia nak keluo dulu jer sakit. Tapi sekarang, sisa makanan suka duk bawah gusi. Wuwuwuwuwu
ReplyDeleteBro, kalau selalu sangat masuk sisa makanan kat situ, mohon pegi jumpa dentist, bro..sebelum dia makan bawah gigi ko..
DeletePerghhh.. aku pun ade gigi mcm tu, tapi dia baik sikit laa... masa dia nak keluo dulu jer sakit. Tapi sekarang, sisa makanan suka duk bawah gusi. Wuwuwuwuwu
ReplyDeleteAlhamdulillah aku tak pernah sampai nak kena cabut gigi. takot ar tgk Dr gigi! Korg tak tgk nemo ke? dr tu jahat kot!!
ReplyDeleteSayangnya....Aku belum lagi tengok Finding Nemo. I know.. I know.. I'm so lame..Waaaarghh..
DeleteDokter gigi baik sebenarnya. Tapi dah kerja dia yg kejam nak wat macam mana. Hahahaha
hihi.. nasib baik wisdom tooth tu tak baring betul2. kalau baring kena potong crown gigi tu dulu, nak buang root dia kena gerudi tulang pulok. nanti ade lubang besar kat gusi tu. but anyway harap cepat sembuh. jangan lupa gosok gigi anda setiap hari
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tak baring betul-betul. Dia tido berdiri, hahaha. Alhamdulillah.. Sekarang dah boleh slow-slow makan nasik. Cuma rimas mengunyah belah kanan je. Tunggu dah betul-betul sembuh nanti nak baham sekor kambing
Deleteohmy goddd..baru nk g jumpa doc gigi..xjadi..
ReplyDeleteLaa.. Tak ada apa la.. Elok jumpa awal-awal sebelum jadi kes lagi serius. Gosok gigi cane pun kalau akar gigi prob, xleh wat apa dah..
DeleteSo relaks..
dan jumpalah dokter anda..
gigi bongsu keluar sakit tak? ada orang sampai demam. aku tak rasa apa pun, takkan tak tumbuh2 lagi. tua sgt dh aku ni haha. btw i have no fear to meet dentist. tp dengau cerita ekau seriau jugak, bab duit melayang paling seriau kakaka
ReplyDeleteKalau keluar elok takde hal. Macam kes aku, tiba-tiba je dah nampak kepla dia terbonjol kat gusi. Tapi xkeluar habis. Pastu makan start masuk. Itu yang start sakit.
Deleteaku pun seriau tunggu bil perubatan hari tu.. Fuh.
saya tak kejammm... T.T
ReplyDeleteSabar Gee.. Awak tak kejam.. Awak tak kejam..
DeleteMonaaaaa-chan OMG kawaiso ne... huhuuu damn you're a strong girl *pats mona's back*
ReplyDeleteAku paham apa ko rasa, aku pernah lalui dental surgery tapi bukan disebabkan oleh wisdom tooth yang kurang wisdom, tapi disebabkan oleh eksiden motor (aku pembonceng) masa zaman study dulu. Sementara nak tunggu gusi aku pulih tu, aku lost 3kg sebab tak boleh makan solid food. Lepas dah baik tu, aku takde la nak makan kambing golek, aku makan macam biasa dan naik balik kilos aku yang hilang tu. Huhuhuh... Mona, get well soon, btw aku suka betul drawings ko kat atas *thumbs up* X3
Orang ganas haruslah gagah. Hahahaha.
DeleteAku rasa badan aku makin naik ni. What the hell badan naik lepas seminggu makan bubur. Badan aku memang hasilkan lemak from thin air ke apa? gdi
Hahaha. Serius seronok aku baca cerita gigi kau ni.
ReplyDeleteAku tak ada pengalaman dgn gigi bongsu. Entahlah. Dia keluar elok kot.
Gigi bongsu yang degil kekadang suka tolak2 gigi lain ni sebenarnya berkait rapat dgn evolusi manusia tu sendiri. Satu topik yg sgt seronok kalau nak diceritakan (pd aku laa, pd org lain bosan kot)...hehehehe
Kira la bro.. Aku kalau ikutkan ni je molar extraction yang pernah aku buat lepas gigi susu tanggal. dan gigi aku sangat rapat susunannya.
DeleteAku pun minat gila theory 3rd molar dan evolusi. Aku tengah request adik aku kupas isu ni sebab ada dua school of thought pasal 3rd molar and how it is considered as vestigial. Fufufu..
Bahahaha I cant believe I enjoyed baca cerita gigi.. Comel pulak gigi yang biol kena tampal tu.. Hahaha meh jumpa Mr. Doctor meh
ReplyDeletejalan jalan eh terjumpa post dan teruja...comelnya gigi.. ^_^
ReplyDeleteahaha gambar "Yang kiri" tu pernah memang rasa sakit.wuargh..
teringat ada banyak kali dari first year alam kampus dah sakit.. tapi aci lut at at sakit tu pun. seminggu sakit selang lima enam minggu eh eh sakit.. masa tu duk anggap kot sebab gigi dan gusiku mengada2. *acah2 sasa
tapi bila dah masuk tahun empat, sekali tu pi klinik HEP, nak cuci gigi tapi tapi.. eh eh dah tiba2ha kena asah gigi appoinment dua tiga kali,tak tau la doktor buat apa dan apa sebab banyak kali kena jumpa, lalu doktor pun berkata
"awak tahu tak, awak ada gigi baru tumbuh ni"..
eh eh...seriusan doc? dan sementara nak tunggu last appoinment tu, baru start sakit tak berenti dan tak selesa..siap boleh main2 angkat gusi atas gigi (*gusi macam gambar "yang kiri"). main cak2 dgn gigi eh eh bila awak nak keluar ni..
err panjang pula komen. salam ziarah dan kemaafan. ampunkan patik wahai tuan tanah. *lari