Dah tiba masanya office aku dihujani limau mandarin. Biasanya office contractor akan hantar berbondong-bondong limau mandarin ke office kitorang. Meriah wa cakap lu! Aku ingat lagi first year aku join construction, excited gila tengok limau berkotak-kotak diorang hantar. Tu tak campur limau dari HQ lagi.
Fuh.. memang jutawan limau la pendek cerita. Oleh kerana ketika itu aku masih mentah dan berhingus, perasaan tamak mengusai diri.. Maka aku angkut dalam tiga kotak bawak balik rumah. Ye la, senior-senior aku memang tak hadap dah limau-limau ni semua. Dah lali kata depa. Harus aku ingatkan, circa 2013 camtu aku menyewa sorang-sorang. So korang boleh bayangkanlah aku punya pelahap makan limau sampai tiga kotak tu sorang-sorang.
Lessons learned the hard way.. the very "soft" way.
Mengenangkan tragedi tahun-tahun yang lalu, tahun ni aku angkut sekotak je. Tu pun mengingatkan adik aku yang tengah mereput kat rumah tu. Hah, kenduri la kau makan limau.
Tapi beringat..
Makan limau biar berpada..
Nanti kena libas ngan mak alam..
Cirit kau sampai akhir bulan.
Adieu
p/s: Aku...aku still tak faham toning jadaharam ni... Arghh..
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~
AHAHAHA. Kei got it worse. Siannn! Berapa jam la agaknya nak tunggu mass destruction tu redha.
ReplyDeleteTakkan reda nampak gayanya.. elok pulak cuaca sejuk2 ni.. Memang rancak la memerut.. Harus kena ada stock pil chee kit tek aun musim-musim camni
DeleteHahaha aku suka limau, pernah habiskan sekotak dan mak tak kisah. Tapi... bila aku makan setin buah peach, man.. all hell break loose.. sampai hati mak!
ReplyDeleteAwat tak gore? Sepatutnya Kei terberak kat sebelah Day, kahkahkah!
Lain macam standard perut ko ni Zygha, pilih buah pulak dia nak cirit. HAHAHAHA... Kau yang melantak, mak kau pulak salah. Bertuah betul ank mak ni. Babap bontot!
DeleteKalau buat acara berak beriringan tu dah bukan gore, itu pengotor
Anyway, aku nk mintak tips macamana nak duduk serumah dgn lelaki tanpa ahem ahem. Kalau aku tak boleh kot, koffkofff! *Darah hidung
DeleteLoL Zygha!!!
DeleteTips 1:
Pastikan lelaki itu adalah bayangan semata-mata. Sopaya tak kena sergah dengan pegawai agama
Tips 2:
Jangan pikir nak ehem-ehem la kot
Tips 3:
Kalau berdarah hidung, sapu cepat-cepat nanti orang tau niat yang tak berapa suci tu. *nasiblah hidung aku gagah. Xberdarah secara tiba-tiba*
limau paling sedap sejuk-sejuk and masam masam manis. So far aku makan byk pun tak sakit perut. good stomach *usap-usap perut.
ReplyDeleteNice perut perkasa..
DeleteAku sekarang perut dah kena overhaul. Kadang-kadang makan cam biasa pun proses pencernaan tu advanced sangat sampai memerut tak hengat. Bahahaha.
Kem salam sket kat perut ko yang gagah tuh.. Jeles
Kei... mana rambut hensem tu... mana?mana?
ReplyDelete*meroyan*
suka limau. makan dua kotak... berkotak kotak kotak pon boleh.
cirit? lagi suka. EH????
Kei makhluk istimewa.. Rambut dah panjang balik hahah..
DeleteDia tengah excited makan limau tu, sampai lupa nak ikat rambut.
Suka cirit? Eip.. Unik jugak pembaca blog ni.
bagus..
[img]http://s2.quickmeme.com/img/be/bea685ace6558735f6e2cb2478286fdc96ad4981375834ad29021318aab9462b.jpg[/img]
suka jugak makan limau.. tapi xde la hadap sgt. pastu pilih2 jugak limau ni.. xnak yg masam. mau memulas perut nanti klu makan byk2. klu yg manis xpe.. hohoho
ReplyDeleteTu la.. Tapi ada satu benda yang menyampah sikit dengan limau mandarin ni. Kat luar nampak cantik. Warna galak.. Kulit kental macam baru petik kat ladang. Sekali masuk mulut,kalau tak masam, tawar hebiaq..
DeleteHahahaha...adoiii.. Kat opis ni pun dorang dok deposit kotak limau melambak tapi aku tak sempat pergi berebut..keje banyak, dok ngadap papers and papers and papers jek ni ha.. (tipuuu, sempat plak baca blog and komen)
ReplyDeleteBy the way mak alam, bring it on bebeh..!!! XP
Kaya betul tokey ladang limau musim-musim camni. Hahaha.
DeleteAwok, dah nak raya ni, ngadap paer mendenya.. Jom henjoice *campak limau*
Mak alam is keeping her eyes on you Lee-kun
Kahkahkahkah feel ya, pernah kena. Berkotak-kotak dapat, makan tak ingat dunia. Serangan bergelodak pulak time deting. Berhuhu sampai sudah.
ReplyDeleteDay, aku nampak kemajuan dekat lukisan dan plot. Yeay. Toning lah terutamanya sebab kau tengah usahakan part ni kan. I loike. Nora bagi mona 4 bintanggg XD
Hah.. Kasihan serangan hendap berlaku time detim. Marah Jimmy kena tunggu kat luar tandas. Ah! Aku ingat satu entry ko pasal taik bersembur tu. Mungkin dia overload makan limau? Hmm.. possible?
DeleteNora... Segan Mona Nora bagi 4 bintang.. Nah cheesy banana fritters untuk Nora..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya memberikan aku sejenis perut yang diperbuat daripada adamantium, gagah perkasa tak kira makan berapa biji limau pun.
ReplyDeleteTapi bila menentang air sunquick, terus perut aku kalah. Bukan nak cirit tapi tak sedap perut. Aku rasa bakteria dalam perut aku tak suka air sunquick. Sunquick s*cks! **tetiba tukat topik**
Hahaha cepat je ko declare perang ke atas sunquick. So kalau pergi beraya, ko ni jenis yang pilih air ribena la ni ye? Hahahaa
Deleteokay.... 5x baca baru faham. nampak sangat slow pickup
ReplyDeleteWoah.. Kei!
DeleteTakpe-takpe.. komik ni macam sambungan entry yang lepas. Bukan slow pikap, tapi silap point start. huhu.
Selamat menyinggah di sini.. Enjoy your stay
Toning jaddaharam apa Dayyy lawa je aku tengok hasil ko apply toning turrr... *baru notice entry ni aku tak tengok lagi sebelum ni huhuh, sorry lambat* (~ "^w^)~
ReplyDeleteingtkn cite ape lah tadi...cite limau ngupenyaaa..ate kome ni..XD
ReplyDeletesaya tak tahulah buah apa yang akan buat saya cirit?heermmmm...saya makan je sume buah,,but tak banyak lah...but buah is really good la for penghadaman :D