Give Away 2.0

Sunday, February 14, 2016

Hi guise..

tepuk tangan untuk cubaan poster yang gagal

First of all aku nak bagitau yang aku sangat menghargai kunjungan korang ke sini. Tak kira la silent reader ke, kaki merapu kat komen section ke. I sayang chu'ol. Sebagai tanda penghargaan, aku terpanggil nak adakan Giveaway kat blog berhabuk ini. *clap* *clap*

Itu salah satu sebab la. Ada lagi satu sebab ni. Bagi yang belum tau, aku ada perangai kumpul barang melukis. Kadang-kadang barang baru dua tiga kali guna, dah tersadai tak bersentuh. Aku sangat kasihan tengok anak-anak alat tulis yang tak digunakan. Makanya aku dengan rendah hati nak mencari tuan baharu bagi mereka. *sobs*

Puas duk fikir, format Give Away macam mana aku nak buat kali ni. Seperti Giveaway sebelum ni, tujuan aku bukan untuk kumpul follower. So jangan bimbang, tiada paksaan dalam cinta blog following. TAK PERLU FOLLOW DENGAN TERPAKSA YE. Saya dah jelaskan di sini..

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk hadiah-hadiah yang disediakan:




Format Give Away kali ni adalah cabut undi dan cara-cara nak menang adalah seperti berikut:

Step 1
Komen kat comment section. DI ENTRY INI SAHAJA YE. Pastikan korang declare penyertaan korang, nanti akak terlepas pulak nama tu. Hanya deklarasi pertama yang dikira sebagai satu kertas undi. So kalau korang komen dua kali cakap "Akak, aku nak join" tu dah tak dikira ye. 
Bagi yang nak tolong kawan menang, silakan jerit " I vote si polan for president". Boleh vote dua tiga nama sekali gus tapi tak boleh berulang-ulang. Contohnya macam Jeon Kookie kat bawah sana, kalau jerit "I vote Taetae for president" 8 juta kali pun dikira satu kertas undi. 
Komen selepas 11:59pm, 29 February 2016 adalah tidak dikira.

Step 2
Tunggu kertas undi dengan nama-nama korang dikumpulkan dan dimasukkan dalam kotak undi. Kalau ramai join, mungkin ambil masa sikit nak kumpul semua nama. So harap bersabar.

Step 3
Tunggu akak tayangkan proses undian di blog ini kelak. Jangan bimbang, hakak record dik, hakak record. Lepas tu barulah kita berkomunikasi melalui email atau pun Facebook message untuk maklumat nama dan alamat surat-menyurat.

OK tu je. Senang!

Meh akak ulang bagi yang still confused. Siap ada rajah lagi nak kasi penjelasan yang lebih terang bersuluh:

Haaaaaaaa.........Ko tak macam makan kacang ke tu senang gila. Tapi ingat peraturannya ye:-
  1. Alamat surat-menyurat pemenang di luar Malaysia akan dikira batal. Cabutan akan dibuat semula dari pool undian yang sama. Aku taktau nak post hadiah ke obersee weyh
  2. Peserta anonymous adalah tidak dibenarkan. Bagi yang takde akaun Google/Blogger/Google+, jangan bimbang, komen guna pilihan Name/URL. URL tu letak URL facebook profile korang. Leceh sikit tapi sebab memang susah kalau anonymous. Macam mana nak tau sape menang kalau dah semua duk nak anon je manjang. Apa malu sangat kome ni, masuk pertandingan pun nak anon bagai.
  3. Jika jumlah peserta tak mencapai at least 5 nama, peraduan ini akan terbatal. Dan aku mungkin akan depress seminggu.
  4. Jika nama sama yang dicabut, cabutan kedua dikira batal. Senang cerita satu peserta, satu hadiah. Kira adil la kan?
  5. Jika hadiah tidak dituntut dalam tempoh seminggu, cabutan akan dibuat sekali lagi dari pool undian yang sama.

Sebarang pembaharuan terhadap syarat sah peraduan akan diumumkan sepanjang peraduan berlangsung. Peraduan akan berakhir pada 29 February 2016. Aku bajet keputusan undian tu boleh ditayangkan dalam minggu pertama bulan 3.

Paling lewat 5 March 2016.

Kalau kes penyertaan terbatal dan undian terpaksa diadakan semula, akak tak record dah tau. Akak direct contact je korang so be alert. Hadiah akan di pos seawal 13 March 2016 dan selewat-lewatnya 31 March 2016. 

Beri perhatian kepada tarik penting ini:

14/2/16 - 29/2/16 : Tempoh Giveaway 2.0 berjalan
4/3/16 @ 5/3/16 : Pengumuman pemenang
13/3/16 - 31/3/16 : Tempoh tuntutan dan pengeposan hadiah.

Sebelum apa-apa, aku harap korang faham yang ni first time aku nak buat Give Away yang memerlukan aktiviti mengepos dan aku seorang wanita gadis kanak-kanak individu berkerjaya. Harap faham jika ada kekurangan di pihak kami.. Uhuhuhu.. *emo*

Tu jelah... Selamat bertanding?

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat geena218@gmail.com.
       
Jangan ditanya kenapa Geena. Aku khilaf okay.. Aku khilaf..

93 comments:

  1. ana join
    http://adna2029.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
  2. Kahkah pandai cakap BM budak2 ni. Hakak, hadik pun nak join la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai la. Nak-nak Jimona tu siap reti berpantun lagi

      Delete
  3. Mona, aku join.
    Aku nak menang hadiah nombor 2.
    Dari dulu lagi aku bercita-cita nak join kelas menjahit sebab nak jahit sendiri beg simpan pensel yang macam tu sebab cari kat kedai asyik tak jumpa je.

    Aku juga vote diri sendiri sebagai President (sebab aku gipang = gila pangkat) walaupun aku tahu ia tak dikira.
    Aku takkan vote untuk orang lain sebab aku nak menang.
    Kalau orang lain vote untuk aku, baru aku consider vote untuk orang lain tu. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Ok aku terhibur dengan komen ko Cero. Fuh, nasib la kalau nama ko kena untuk hadiah kedua. Haha

      Delete
    2. Saya selaku rakyat marhaen tercomel dengan ini vote cEro for president!

      Delete
    3. Thank you Z.
      Gi makan ubat. Hehehe

      Delete
    4. Haa.. ada lagi Citizen ko vote ni, cEro. Cepat ucap terima kasih

      Delete
    5. Terima kasih Citizen Shahida.
      Masa depan negara kita terletak di tangan kita semua.
      **tetiba**

      Delete
    6. Sebab ada masa lapang dan kegigihan, aku buat poster kempen.

      [img]https://3.bp.blogspot.com/-XxCj64rTnZg/VsNef_DMc7I/AAAAAAAAGxU/RCPpLsDZTyM/s0/cEro%2BFor%2BPresident%2B200x.png[/img]

      Delete
  4. aku join.
    aku vote cero dgn aujinz for presiden..
    (woi korang, vote aku balik haha)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait tokey kartunster dah datang..
      Harapkan cero vote, awal-awal lagi dia dah declare xkan tolong. bahahah

      Delete
    2. Since brother Nazha dah vote untuk aku, aku pon vote untuk dia sekali.
      Tapi bagi dia jawatan Vice President je, aku nak jadi President.
      I vote Nazha for VC!

      Delete
    3. hahahahha... aku vote for.. errr.. siapa aku nak vote nie.. :D

      Delete
    4. Jap bro Cero.. Ko kira vote ke tidak ni? OK.. Aku kira vote so Nazha dah ada extra 1 kertas undi dari cero.

      Aujinz.. Amboi mahai nau vote dia.. BUkan suh vote Ahmad Maslan jadi PM Malaysia pun. Janganlah nervous sangat. Hahahaha

      Delete
    5. Aku vote Nazha, Mon. Siapa yang vote aku, aku vote dia balik kalau dia join.
      Bak kata omputeh, win-win situation, except aku win lebih sikit.
      Hahahahahah

      Delete
    6. Baiklah.. aku vote Nazha.. hahahaha..

      Delete
  5. I vote si cEro for president, aku nak tolong member je X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah yeah Plain-dono.. Good luck to your president.

      Delete
    2. Thank you citizen Plain.
      Tak macam calon president yang lain, saya mengenang budi.
      Jadi saya vote Plain as Secretary of Defense.
      Hehe

      Delete
    3. Amboi.. Banyaknya jawatan penting ko vote, Cero. Hahaha.

      Delete
    4. Nuuuuu, plain-sama, nuuuuu...!!! Awat x vote aku??? Nuuuuuuuuu...! QAQ

      Delete
    5. Ahahahaha.. Awkward moment. Habeslah Plain.. Ketahuan menduakan Lee ngan cEro..

      Delete
    6. Aku vote cEro sebab aku terharu dgn kegigihan dia dok rajin komen kat blog aku selama ni... shishishi XP

      Delete
  6. Hi, saya datang bawak virus protozoa. Huahahaha.

    Dari semlm aku fikir nk join ke tak. Akhirnya aku taknak join sbb nk bg peluang kt org lain utk menang. Yiiha!

    *sambung demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut logik syarat penyertaan, once awk dah komen, dah kira join dah walaupun komen taknak join. Dia macam paradox sikit. Hahahaha

      Delete
    2. Noted Zyra.. satu lagi extra vote paper untuk President Cero.

      Oh, tak Cero. Kalau dia tak declare penyertaan, kira dia tak join. Nak-nak Zyra dah declare nak vote je.

      Delete
    3. Oooohhhh...gitew.
      Boleh suruh ramai lagi vote laa camni. Hehehehe

      Delete
    4. Tengah cetak t-shirt 'CERO FOR PRESIDENT'

      Delete
  7. Saya join ...

    http://jombercontest.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted Hani. Confuse jap ngan first comment. hehehe. Good luck!

      Delete
    2. Saya vote for Hani as president

      Delete
    3. Ok Hani dapat satu extra vote card.

      Delete
  8. hahahahha.. Akokkkkkk, saya joinn... tak kire.. nak marker wallet tu jugak.. wkwkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Finally mat ojinz dah datang. Mari kita sama-sama berdoa untuk kemenangan tokey mendapatkan wallet terbabit.

      Delete
  9. Nak join!!
    Then nak vote cero n aujinzz as president!! 😎 berebut la korang dua..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ana. Thank you.
      Sebagai balasan aku vote kau balik. I vote Ana! *pegang sepanduk*

      Delete
    2. Selamat berentap Auni!

      Amboi Cero, aktif ni vote-vote. Dulu layan afundi ke? Hahahaha. Ana dah dapat extra satu kertas undi. yeheh

      Delete
    3. kahkahkah afundi kahkahkah!!

      Delete
  10. Nak join!!
    Then nak vote cero n aujinzz as president!! 😎 berebut la korang dua..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti terdouble comment. Auni, ni kira satu ye? Good luck good luck

      Delete
    2. alamak..guna hp aritu xperasan plak..kihkihkih..

      Delete
  11. Join ..:)

    http://izyanyancinnamon.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait Yan Cinnamon... Nama tercomel hari ni. Hahah. Good luck!

      Delete
  12. keladi join, blog yang sangat menarik..dan cantik....tahnia ya.....http://www.keladionline.com/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you keladi. Nanti akak masukkan nama awk dalam tabung undi. Selamat berjaya!

      Delete
  13. Hai.. saya join yee... ^_^

    http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
  14. salam..saya join ^^
    http://narumihuda.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
  15. salam..saya join ^^
    http://narumihuda.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya vote for Karmila as president

      Delete
    2. Ok Cik Karmila. Declaration terdouble tu kira satu vote card k? Ni Shahida dah baik hati vote kiranya dah dapat dua vote card. Tahniah and good luck!

      Delete
  16. Saya joint..
    Saya nak menang hadiah no 3..
    Sebab nak bagi anak dara saya meluahkan kreativiti di dinding rumah..

    Saya vote diri sendiri boleh.. hehehe

    http://kasihkuamani.blogspot.com/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Shahida ni siap tolong votekan untuk orang lain jugak. Semoga berjaya dapatkan hadiah ketiga ye. Seronok la anak dara awak berseni di dinding rumah. Hahaha.

      Delete
    2. Memang seronok pun.. Kadang2 kalau x perasan dekat badan dia pun ada.. hehehe

      Delete
  17. Kalau budak hingusan mcm saya boleh join tak kak?

    Kalau nak down vote ben osman dgn cero boleh? Muahahaha diorg dah power.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa dosa aku do fiy TT

      Aku vote hafiy, cero, aujinz, yura, amna, lee-kun. Sorang satu jangan berebut.

      Delete
    2. Apa dosa aku do fiy TT

      Aku vote hafiy, cero, aujinz, yura, amna, lee-kun. Sorang satu jangan berebut.

      Delete
    3. Hahaha.. Orait Fiy, nama dah masuk tabung. Tunggu nanti kita cabut nama.

      Down vote pulak dia. Nasib tak enable function downvote lalaalala.. Beng jangan bimbang.. ko belum terkeluar lagi, jangan kalut heret luggage turun pentas k? HAhaha

      Delete
    4. Eeeee, kejamnya Hafiy nak downvote. Hahahaha.

      Sebab Ben vote aku, aku vote Ben balik.
      Baik Ben ni, ramai benor dia vote. Hehehe

      Delete
    5. Hafiy geng Youtube agaknya, tu yang down vote relax je.. Ben ngan ko geng afundi. Hahahahahaha

      Delete
    6. gigih nak menang itu main down vote tu. haha

      Delete
  18. Day, aku, LEE-KUN nak join..!!

    Aku nak vote diri sendiri, boleh tak? Hahaha.. sebab aku nak menang SEMUA hadiah di atas.. Mula2 aku pk, stationary pouch and copic marker wallet tu macam tak diperlukan sangat tapi kalau menang hadiah no.3 tu nanti, mana plak aku nak simpan, kan? So, aku nak menang semuaaaa..!! *pergi upah orang undi nama aku.*

    Pstttttt, Day, tak dapat hadiah ni, aku unfollow ko.. wakakaka.. KEJI nak mampos..*evil laugh.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Nasib baik awal-awal aku dah letak piagam takleh vote diri sendiri ngan satu nama satu hadiah. Tough luck my friend.

      Kalau ko kalah, aku sedia bagi bahu.. Jangan lari, kawan. Nanti aku kejar. Haa takut gila tak?

      Delete
    2. Okla, aku vote....hmmmmmmm......Alaaaaaaaaaaaaaa, nak vote sape ni.. Sape lagi senang digoda kalau dorang menang hadiah tu nanti, Ojinz or cEro..? Kakaka.. Biar aku pikir dulu sape yang senang makan pujuk..nanti aku boleh kenen hadiah sikit..LOL..XP

      Setakat bagi bahu nak takut dah..choiiii..this is Lee-Kunlaa.. Bagi hati pun boleh, eceywaaahhh..! UvU

      Delete
    3. Cepat sediakan angpau kat geng-geng supaya semua pakat vote hang. Kasi penuh kotak undi dengan nama ko Lee. Hahahaha

      Delete
    4. Ramaiinya joinnn! Ahaha.. Aku vote Lee & BenBen lah. Sebab yang lain ramai dah yang vote. Good Luck semua! XD

      Delete
  19. Replies
    1. Ok Sarah.. Nama awak masuk tabung. Tunggu waktu cabut undi nanti ye. Good luck!

      Delete
  20. I vote for Sarah as a president because she is my 'cute' friend hahaha goodluck maess

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woah.. Sarah's clan datang menyerang pada waktu yang sama.. Fuh masyuk..

      +1

      Delete
    2. Kejap, komen ni takde link back ni.. Sorry dear, tolong letak link back ke Google+ akaun atau FB account ye.. Those are the rules.

      Ni kira invalid ye.

      [img]https://31.media.tumblr.com/bd11d6377fe9c72b3cab482042548a3e/tumblr_inline_mz3ajuCQKu1qa5xgm.gif[/img]

      Delete
  21. I VOTE SARAH AS A PRESIDENT!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarah's friends.. No URL, invalid.. Sorry dear..

      [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/1e/a0/2c/1ea02c103e5a17ff85b5151acdd0d795.gif[/img]

      Delete
  22. fatin farihah aka tentong16 February 2016 at 16:07

    disebakan kau merayu sesunguh-sungguhnya, yelaaa maes gedikk ;

    i vote sarah as a president =,=

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is so sweet, helping your friend. But no link back so this is invalid..

      Omg I feel bad about this. Please don't be discourage.. Good Luck Sarah!

      [img]https://media.giphy.com/media/BiWvaZsaYZXoI/giphy.gif[/img]

      Delete
  23. Aina join ^^

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/02/give-away-20.html

    ReplyDelete
  24. Saya nak join jugak Deaday.

    Dan saya nak vote semua nama yang dah join setakat ini as President, boleh gitu Deaday? Banyak sangat nak tulis nama satu2 huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noob pun cam cero suka mengundi. hehehehe

      Delete
  25. Saya join :)

    http://akhalilah.blogspot.my/2016/02/giveaway-20.html

    ReplyDelete
  26. Nak join!!
    Saya vote keladi ubi & anis Khalilah as president!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait Radhia, penyertaan dan undia anda telah diterima dan bakal diproses. Good luck

      Delete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*