Give Away 2.0

Sunday, February 14, 2016

Hi guise..

tepuk tangan untuk cubaan poster yang gagal

First of all aku nak bagitau yang aku sangat menghargai kunjungan korang ke sini. Tak kira la silent reader ke, kaki merapu kat komen section ke. I sayang chu'ol. Sebagai tanda penghargaan, aku terpanggil nak adakan Giveaway kat blog berhabuk ini. *clap* *clap*

Itu salah satu sebab la. Ada lagi satu sebab ni. Bagi yang belum tau, aku ada perangai kumpul barang melukis. Kadang-kadang barang baru dua tiga kali guna, dah tersadai tak bersentuh. Aku sangat kasihan tengok anak-anak alat tulis yang tak digunakan. Makanya aku dengan rendah hati nak mencari tuan baharu bagi mereka. *sobs*

Puas duk fikir, format Give Away macam mana aku nak buat kali ni. Seperti Giveaway sebelum ni, tujuan aku bukan untuk kumpul follower. So jangan bimbang, tiada paksaan dalam cinta blog following. TAK PERLU FOLLOW DENGAN TERPAKSA YE. Saya dah jelaskan di sini..

Sila rujuk gambarajah di bawah untuk hadiah-hadiah yang disediakan:




Format Give Away kali ni adalah cabut undi dan cara-cara nak menang adalah seperti berikut:

Step 1
Komen kat comment section. DI ENTRY INI SAHAJA YE. Pastikan korang declare penyertaan korang, nanti akak terlepas pulak nama tu. Hanya deklarasi pertama yang dikira sebagai satu kertas undi. So kalau korang komen dua kali cakap "Akak, aku nak join" tu dah tak dikira ye. 
Bagi yang nak tolong kawan menang, silakan jerit " I vote si polan for president". Boleh vote dua tiga nama sekali gus tapi tak boleh berulang-ulang. Contohnya macam Jeon Kookie kat bawah sana, kalau jerit "I vote Taetae for president" 8 juta kali pun dikira satu kertas undi. 
Komen selepas 11:59pm, 29 February 2016 adalah tidak dikira.

Step 2
Tunggu kertas undi dengan nama-nama korang dikumpulkan dan dimasukkan dalam kotak undi. Kalau ramai join, mungkin ambil masa sikit nak kumpul semua nama. So harap bersabar.

Step 3
Tunggu akak tayangkan proses undian di blog ini kelak. Jangan bimbang, hakak record dik, hakak record. Lepas tu barulah kita berkomunikasi melalui email atau pun Facebook message untuk maklumat nama dan alamat surat-menyurat.

OK tu je. Senang!

Meh akak ulang bagi yang still confused. Siap ada rajah lagi nak kasi penjelasan yang lebih terang bersuluh:

Haaaaaaaa.........Ko tak macam makan kacang ke tu senang gila. Tapi ingat peraturannya ye:-
  1. Alamat surat-menyurat pemenang di luar Malaysia akan dikira batal. Cabutan akan dibuat semula dari pool undian yang sama. Aku taktau nak post hadiah ke obersee weyh
  2. Peserta anonymous adalah tidak dibenarkan. Bagi yang takde akaun Google/Blogger/Google+, jangan bimbang, komen guna pilihan Name/URL. URL tu letak URL facebook profile korang. Leceh sikit tapi sebab memang susah kalau anonymous. Macam mana nak tau sape menang kalau dah semua duk nak anon je manjang. Apa malu sangat kome ni, masuk pertandingan pun nak anon bagai.
  3. Jika jumlah peserta tak mencapai at least 5 nama, peraduan ini akan terbatal. Dan aku mungkin akan depress seminggu.
  4. Jika nama sama yang dicabut, cabutan kedua dikira batal. Senang cerita satu peserta, satu hadiah. Kira adil la kan?
  5. Jika hadiah tidak dituntut dalam tempoh seminggu, cabutan akan dibuat sekali lagi dari pool undian yang sama.

Sebarang pembaharuan terhadap syarat sah peraduan akan diumumkan sepanjang peraduan berlangsung. Peraduan akan berakhir pada 29 February 2016. Aku bajet keputusan undian tu boleh ditayangkan dalam minggu pertama bulan 3.

Paling lewat 5 March 2016.

Kalau kes penyertaan terbatal dan undian terpaksa diadakan semula, akak tak record dah tau. Akak direct contact je korang so be alert. Hadiah akan di pos seawal 13 March 2016 dan selewat-lewatnya 31 March 2016. 

Beri perhatian kepada tarik penting ini:

14/2/16 - 29/2/16 : Tempoh Giveaway 2.0 berjalan
4/3/16 @ 5/3/16 : Pengumuman pemenang
13/3/16 - 31/3/16 : Tempoh tuntutan dan pengeposan hadiah.

Sebelum apa-apa, aku harap korang faham yang ni first time aku nak buat Give Away yang memerlukan aktiviti mengepos dan aku seorang wanita gadis kanak-kanak individu berkerjaya. Harap faham jika ada kekurangan di pihak kami.. Uhuhuhu.. *emo*

Tu jelah... Selamat bertanding?

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s: Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke alamat geena218@gmail.com.
       
Jangan ditanya kenapa Geena. Aku khilaf okay.. Aku khilaf..

Countdown to GiveAway 2.0

Friday, February 12, 2016

Eheyy TORA datang lagi..

Hi guise,

Ni aku nak foreshadowing sikit. Dalam lagi dua hari bakal berlangsung give away kat blog ni. Honestly cakap, aku nervous ni. Takut takde nak join. Aku pulak jenis sensitip bab-bab kena ignore ni.

Nanti korang tolong promote gak eh? Tak sudi? Haa.. ye.. Tak pelah.. Aku ajak je.. Ajak secara agressif. Hey hey hey, join Giveaway aku la jom. Weyh.. dengar tak? Weyh.. cepat ah, join..


Erggh.. Siyes.. nervous breakdown aku dibuatnya.. Bercakap pasal giveaway, aku tengok banyak orang buat giveaway sebab nak tambah follower, which is really effective if you know how to promote your giveaway. Tapi aku tak berani nak kumpul follower macam tu.


Having many followers is a double edged sword. Sure ko rasa macam ramai yang baca nukilan kau. Ramai yang dapat tengok hasil kerja kau. Tapi tu jugak bermaksud ramai yang dalam senyap kritik kerja ko. Banding-bandingkan kerja kau. Erghh.. Tapi bagus jugak kalau dalam senyap je. Nak kutuk, kutuk la senyap-senyap ye. Kami ni hati tisu.

With all seriousness, audience makes me nervous. But I want more audience. I want it but I don't want it. Do you understand my predicament? Jadi sebab tu la aku tak wajibkan orang follow blog aku. Sebab aku takut aku takleh deliver good content every time. Blog ni pun asalnya untuk aku merapu. Bukan untuk buktikan aku ni awesome ke apa. Aku awesome bab lemak. Lain tak.

Ok la. Aku nak bagitau lagi sekali. Ada Giveaway nak singgah blog ni lagi dua hari. Hadiahnya.. Urm, bagi aku agak menarik dan aku sayang sangat barang-barang tu semua. Tapi bak kata novelis, lepaskanlah yang kau sayang. Biarkan dia bahagia. ejewah..

Merapu banyak-banyak pun bukan ada komik entry ni. Haih..

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

p/s:

Limpahan

Thursday, February 04, 2016

Hi guise..



Dah tiba masanya office aku dihujani limau mandarin. Biasanya office contractor akan hantar berbondong-bondong limau mandarin ke office kitorang. Meriah wa cakap lu! Aku ingat lagi first year aku join construction, excited gila tengok limau berkotak-kotak diorang hantar. Tu tak campur limau dari HQ lagi.

Fuh.. memang jutawan limau la pendek cerita. Oleh kerana ketika itu aku masih mentah dan berhingus, perasaan tamak mengusai diri.. Maka aku angkut dalam tiga kotak bawak balik rumah. Ye la, senior-senior aku memang tak hadap dah limau-limau ni semua. Dah lali kata depa. Harus aku ingatkan, circa 2013 camtu aku menyewa sorang-sorang. So korang boleh bayangkanlah aku punya pelahap makan limau sampai tiga kotak tu sorang-sorang.

Lessons learned the hard way.. the very "soft" way.

Mengenangkan tragedi tahun-tahun yang lalu, tahun ni aku angkut sekotak je. Tu pun mengingatkan adik aku yang tengah mereput kat rumah tu. Hah, kenduri la kau makan limau.

Tapi beringat..

Makan limau biar berpada..

Nanti kena libas ngan mak alam..

Cirit kau sampai akhir bulan.

Adieu

p/s: Aku...aku still tak faham toning jadaharam ni... Arghh..

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

A Loving Mother

Monday, February 01, 2016

Hi guise..


Senyum..
Tak perlu kata apa-apa..

Adieu

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entry ini. Silakanlah merapu di ruang komentari bersama saya. Yeaha~

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*