Weekends for Loner

Sunday, December 22, 2013

Hi guise..

While my friends are getting married and making kids, I am, as usual, burdened with this thirst for art. I want to try something new.. Nak try sangat coloring. Aku sebenarnya siyeslah sangat tak tau pape pasal cat-mengecat ni. So aku try search kat internet, looking for list of things that I need to have to start this new endeavor. I tried asking around for types of pen and where to get them (KL area la preferably).

Few days back I sent a PM to one of Malaysian Comic Blogger who I considered as a mentor. Aku silap bagi emoticon kucing, which is never supposed to happen. It was embarrassing. Aku takut gak dia tersilap paham plak kan? Mana la tau kot-kot dia ingat "Minah mana tiba-tiba emoticon bagai ni?". Thankfully, my sifu tak gelabah makyong so he let it pass and answered my question in a cool manner . Ecewah.. Ko nampak tu? Ko tau ko sape, sifu.. HAHAHAHAH -saje je mention ni sebab nak address my apology for sending inappropriate personal message. Trust me, I'm not a weird person.. T,T

To cut the story short, I went for an art supply shopping with my friend Yus. Kitorang pegi kat Art Shop area Taman Melawati. Awesome! Aku suka sangat pegi tempat cani. Huhuhuhu.. Sangat la gatal tangan nak beli semua pen. Sayangnya dah akhir bulan dan aku agak pokai bulan ni.. (Almaklumlah ramai yang kawen bulan ni. Ada kaitan? Macam la aku sponsor walimatulurus depa. HAHAHAHAHA)

So, antara hasil buruan barangan seni.. (ejewah seni):-


1) ZIG Clean Color II (No.9 Grey) : RM7.90 (ni aku beli dekat Art Friend The Curve)
2) ZIG Kurecolor Waterbase Ink (838) : RM 6.00 (Art Shop Taman Melawati)
3) ZIG Kurecolor Alcoholbased Dyestuff Ink (740 Pale Blush): RM10.50 (Art Shop Taman Melawati)
4) ZIG Kurecolor Waterbase Ink (W10) : RM 6.00 (Art Shop Taman Melawati)
5) Kunst (15 Geranium) : RM 4.20 (Art Shop Taman Melawati)
(Harga sebagai rujukan sahaja)

Aku nak cari sekali bleedproof paper yang sesuai untuk marker coloring tapi susah gila nak jumpa. Mungkin aku try beli online pasni. Tapi tadi aku ada gak beli kertas yang have the same properties like the bleedproof paper. Licin, senang nak blend color. But as you can see, I still need to work on my strokes. Jangan malas!

Aku sebenarnya cari Copic Marker sebab ramai reviewer cakap Copic lagi senang nak blending. Yang lain pun ok cuma nampak berbelak. But that also depends on skill which I have to improve. Tapi kepada sifu-sifu kat luar sana yang tau mana nak dapat Art Supply macam Copic marker, bleedproof paper, tolong la share ye.

Jadinya lepas beli barang-barang kejadah ni, aku ngan Yus lepak kat kedai kopi mahal, sambil duk try out markers. Lazat sekali perasaan itu. Aku serius nak belajar lagi.

Before anyone has the urge to ask " Hey Day, tak rasa membazir ke beli benda-benda mahal macam tu? Ko bukan buat benda ni untuk cari makan ke apa..". Personally aku rasa, bila dah penat keje kalau benda yang aku minat gila (harge bawah RM50 plak tu) aku takleh beli, aku rasa rugi sangat. Keje bukan main tapi akhir bulan nak belanja untuk diri-sendiri pun takleh ke? Ye dak? Lagi pulak, bagi aku benda ni tak rugi sebab one day when I've given up on doing this, I will give all my stationery (dengan graphic tablet sekali) to my sister who, like me, has immense interest in art. (Art lagi. Hahahah)

Versi Adik Nabil (She's 12)

Versi kakaknya (I'm 24)

Sebelum aku tutup tirai, mohle aku mengeshare gambo aku tengah perasan main marker kaler..

Trimas Cik Yus yang berjaya snap gambo ini.. yep, hidung aku mancung kan dari angle ni? Huehuehue

Jadi itu la yang aku buat untuk weekend kali ni. Di akhir kata, aku memohon ampun kepada Puan Azah yang kawen hari ni. Sorry beb, Aku takleh turun JB sebab kena standby di KL in case anything happen at the construction site. Selamat Pengantin baru Puan Ajah..

Makanya, itulah kesah hujung minggu seorang loner..

Adieu
  

(Meanwhile at home)

Ni topeng kamen rider ni apasal masuk sekali lam mesen baju ni? Eih la Anak Dara..

p/s: Segan aku ada orang nampak aku jemur anak-anak kat belakang umah. Puas sorok dah, nampak gak.. Eish.. Jangan duk ngendap sangat belakang rumah orang buleh dak?

-Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely. And don't forget to click the ads -

20 comments:

  1. suka jugak ke Art Shop Taman Mlawati tu. macam2 ado. rambang mata.
    lukisan lawa gila! ok la tu kita isi masa lapang dengan benda kita suka. macam saya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok gila pegi kedai alat tulis nak-nak yang utk pro user.. Macam-macam benda yang tak pernah nampak pun ada kat situ

      Delete
  2. Lukisan akak ada pengaruh kaoru ek?? Nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. she's one of my favorite artist when I was learning how to draw.. So I guess sedikit sebanyak tu memang style kouru ter-implated dalam style..

      Delete
  3. nothing wrong with buying the stuff you love, comics, art stuff, music instruments... tis your money, you earned it, motivasi beb, penting tu... eh ada deviantart tak? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde deviantart.. Minat nengok je artist2 deviantart yang osem

      Delete
  4. Art Friends @Mid valley-The Gardens disana kelambakan Copic Marker.. kalau nak tahan ink basah, guna marker brand Prismacolor atau Copic.. mata pen soft dan tidak mengembang.. so kalau render warna guna paper biasa macam 80gsm pun ok... Tapi kekurangan tak boleh refill ink macam Kurecolor.. m(_ _)m.

    untuk elakkan berbelak-belak, waktu render ink tengah basah, cepat-cepat tindih warna balik sehingga dapat tona, yang ni saya pun tak lepas2 lagi, sebab baru nak buka tutup marker, dah dakwat kering T3T'', tekniknya macam watercolor.. kalau guna brand Prismacolor, dia ada greyscale marker, 10% - 90% , yang ni khas untuk buat teknik bayang2 atau shadow. ceywah dah macam naruto lak XD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa drpd dulu nak try copic marker tapi mahal seh

      Delete
    2. Osem!!!!!! Copic marker sangat pricey nak banding ngan lain-lain brand yg aku jumpa. Tapi kalau boleh dapat memang macam mimpi jadi nyata laa

      Delete
    3. maap mencelah, nak tanya yang bleedproof paper tu hapa?

      lagi 1, ni pen yang guna untuk buat potret/karikatur ke?boleh blend2 macam kaler air eh kalau warna pakai pen ni?

      #kartunster

      Delete
    4. Bleedproof paper tu special paper yang sesuai untuk inking dan marker colouring. Texture lebih licin, kertas lebih tebal. Dakwat tak cepat meresap ke belakang so takla koyak bergumpal. Lagi pulak special paper macam bleed proof paper ni retain colour, tak macam printing paper yang resap colour untuk cepat kering, making the colour to be dull. Since dia tak cepat resap dakwat, masa untuk blending tu lebih lama berbanding printing paper. Special marker pen ni dia punya pigment tak macam magic marker yang lebih likat. So you can actually do some colour blending and rendering with these kind of markers.. For futher reading on professional marker, boleh try link ni..untuk soalan kedua, personally aku rasa memang sesuai sangat la..cuma kalau tak guna untuk colouring memang membazir la sebab bleed proof paper ni pricey.

      http://www.elfwood.com/farp/markers2/

      P/s: aku budak baru belajar

      Delete
  5. teringin jugak nak pakai copic markers tp thinking that I will mess everything up & demotivate myself, so better dont T_T btw cantikkkkk ur lukisan pakai marker *.*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everyone has their own preference. Use method that u are most comfortable with.. My drawing will look very different when using tablet.. So sangat pelik.. humm

      Delete
  6. Aku sebenonya tak suka pergi art store sebab sekali pergi memang kopak poket gila gila punya... kakakka..
    Copic memang best tapi kopak gak laa nak beli.. level biasa biasa macam aku layak guna ZIG jer laa.. LoL
    by the way, lawo hang blend colour guna marker..

    *selongkar balik stationeries bawah katil*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal gilos.. Tapi kalau dah minat.. fuuuhh.. Takpe.. Cita-cita aku nak kawen dengan tokey pen Copic.. Dapatlah aku unending supply of Copic Markers... Weeeehhhuuuu

      Delete
  7. cantik.. x pena lg saya cuba pakai marker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senkiu.. try la bila ada masa. It's a good experience. Bagi orang yang biasa guna watercolour I think they can master markers faster. Bagi orang yg tak suka mwarna (like me), it can be a good challenge.

      Delete
  8. pergh!! hebak arrrr!! stylo mylo...
    Hak bermain hak kami
    *pakai cermin mata itam
    #iklanmilo

    ReplyDelete
  9. cantik oittt. xreti melukis T.T

    ReplyDelete
  10. Cantik.. Ade ke jual online? Kalau ade ..shop ape ehh yg ade jual pen marker copic..ni..?
    Hmmm.. Teringin sgt...

    ReplyDelete

The way you comment is so telling...

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*