How to Woo

Thursday, March 21, 2013

Oh hai..

Hai..

Taknak mukaddimah panjang-panjang. lanjutan perbualan di twitter seperti yg di bawah, aku macam nak menjawablah soalan dak Acid ni. Almaklumlah aku sohabat yang baik lagi prihatin.

maaf la kekanda Acid.. Dinda tak pandai berbahasa isyarat..

Makanya!!

Maka!

Ye.. Kacak kan Kei dengan rambut baru? Aku suka!! HAHAHAHAHA..
Berbalik kepada kisah tadi.. Memang, Kei terer kot ngorat pompuan. Tertinggal sikit ayat kat statement itu.. Kei terer ngorat pompuan supaya segera di-reject. Are you following me on this Acid??

Acid, ko jangan tiru lak aksi kat bawah ni.. Inilah definisi galak sangat mengorat.. Orite?

Leggo Bebey!



1) Bertanya soalan yang obvious semata-mata nak ada modal borak..
"Hai sorang je?"
"Takdelah, ni ada kawan bunian saya kat sebelah ni"

2) Mensuwit-suwit..
Moh ini memang takde awek yang suka kot. Tak tau la mana letaknya logik akal orang yang first-first suwit-suwit nak tekel awek.. Apa dia ingat awek tu akan cakap "Oh kacaknya abiang mensuwit saya. Ni rasa nak serah diri jadi teman wanita abiang.. Kiutnya muntong abiang.. Awww!!" Sah pompuan tu sangap.. 

3) Beria-ria mintak HP number/ Fesbek/Twitter/Friendster mungkin
Ini.. ini.. ini sangat annoying. Kalau dah orang tu taknak bagi, janganlah mintak banyak kali donk.. Ini kalau approve request ni confirm tiap-tiap hari duk ngejas nak dating.. "Meh la datim ngan Abiang. Wajahmu itu kurindui teramat sangat".. Kalau aku memang aku agak anti dengan orang yang suka chat kat fesbek aku semata-mata nak cakap kosong. ANTI YANG TERAMAT!!!

Tu jela yang aku boleh kongsi sedikit sebanyak. Nak tau macam mana nak mengorat dengan cara yang betul? Ko tanya aku? Mana la aku tau, aku tak pernah try mengorat pompuan sebelum ni.. Ke pernah? Hehehehehe.. Biarlah rahsia.. (Ini agak kontroversi kalau tak kupas ni..HAHAHAHA)

Honestly bagi aku, kalau brader-brader ada terminat mana-mana pompuan, yang terbaik aku boleh cadangkan, cubalah ikhlas untuk kenal dia sebagai kawan dulu. Jangan gelojoh.. Niat kena betul. Berkawan sebab apa.. Jangan la sebab sangap nak awek.. Ye dak? Lastly, kalau betul pompuan tu la yang dah ko suka-suka sangat, doalah.. Takyah jenuh duk pikir minyak dagu la. Doa banyak-banyak. Insyaallah kalau dah jodoh tak kemana awek itu..


So, Acid... Aku dah jawab soalan ko..
Cepat-cepatlah tekel awek sorang. Tak sabo dah aku nak tengok kakak ipar aku ni. (Aku rasa ko macam lahir tahun 89. Technically, ko bukan abanglah.. Tapi, ko kan senior.. Ah, takyah kesah benda kecik)

BAK SINI NAK TENGOK KAKAK IPAR!!!!

Adieu

p/s: Tahniah bango yang hari ni dapat result SPM. Jangan tertekan. You did great. I'm a proud sister. Oni too, I believe..

p/p/s:

Acer try cari lagi sekali.. hahaha




[Sedang menjeling ruang komen setiap seminit.. People.. come on.. I'm lonely..] .

8 comments:

  1. itu bukan galak! tu desprate housewives namanya..hahaha..jangan risau..aku masih macho dan tidak melakukan aksi2 seperti itu.


    p/s: nanti aku pikir entri khas cara-cara mengurat awek secara macho bagi menjawab entry ngko ni

    ReplyDelete
  2. kah3 memang selalu orang buat macam tu. tapi yang paling hampeh kalo perempuan tu tengok lelaki tu tanpa perasaan . ehh :D HAHA

    ReplyDelete
  3. kei kembali!!!!!!!!!!! rindu kei..


    btw bango, i do proud of u... klo stress, dengar laa abg ipar mu maen violin... kyaaaakkkkkkkkkkk.......

    ReplyDelete
  4. waaa...comei jer doodle tu... guna tablet ekk??

    ReplyDelete
  5. miahahah! kah-sih-an KEI, dhlah dari mula hpnya jatuh retak seribu, kemudian terpaksa tinggalkan cik deaday,nk bg bahagia xnk jd pghalang, dan skrg.. icon utk megorat?? XDD! best lah...(terabur gigi dibuatnya, adeh)

    *tgh bygkan, klo kei ni adalah org yg betul2 wujud, takdirnya ditentukan ddlm blog vespa ni. fuhh~ XD cm cite omputih tu kn**

    ReplyDelete
  6. camne nak ngorat lelaki yg beku hatinya...?

    ReplyDelete
  7. welkem bek kei..!!1 hisashiburi da na..!!!

    haha, semua2 kat ats ni ngorat galak terlebih rupenye, br taw..kehkeh..

    ReplyDelete
  8. Acid ni tunggu umo 50 karang baru dia taw desperet hauwaif tak desperet hauswaif.

    ReplyDelete

Hang tau dak hang boleh post gambaq kat sini?
Haa.. Cakap utagha pulak..

Day,


Part time normal, most of the time comic enthusiast. Almost always borderline crazy. Still experimenting with comic blogging. An engineer with a vision to not be taken seriously. Everything you read on this blog doesn't represent my gender, religion or profession as a whole. Other name you might associate with me are Deaday, DayGoon, JaeminGoon and *cough* Mona *cough*